Sekarang, semua ada kehidupan sendiri, haluan sendiri tak lupa juga sejarah sendiri dimana tiada dulu tiadalah sekarang.
Kisah dulu-dulu, dia budak baru masuk kelas 4 Cempaka, kelas yang memang ada kelasnya tersendiri, kelas 1st. Budak² pandai. Aku pun taktau caner aku boleh tercampak dalam kelas ni.
Kisah dulu-dulu, 5 Cempaka, ya baru la putik kemesraan, cewah. Berkenalan, berkawan, bergaduh, tiru kerja rumah, bermain cop tiang, masuk kuiz sana-sini, interframe betul.
Kisah dulu lagi, 6 Cempaka, UPSR sama-sama, pergi bercuti sama-sama, mengutip durian sama-sama, mandi sungai sama-sama.
Kisah dulu-dulu juga, tingkatan 1 hingga 3, sudah mula cenderung dengan minatnya. Oooh, dia memang berkualiti seorang penyanyi. Aku suka dengar laungan azannya, aku pernah menangis mendengar laungan azan darinya.
Hari ini, aku terkejut, terpaku, terkesima, tergamam apabila membaca harian Metro-online yang bertajuk "Saya tidak maafkan dia". Rupa²nya disebalik senyumannya, dia mempunyai cerita sendiri. Selepas bertahun-tahun lamanya terputus hubungan. Banyak cabaran yang telah ditempuhinya.
Aku hanya dapat mendoakan kejayaan dan kebahagiaannya dari jauh kerana masing-masing sudah ada komitmen. Macam mana pun sejarah tetap akan dikenang sampai bila-bila. Kan???
~)@ Dulu aku kawan kau, sekarang aku tetap kawan kau walaupun aku tau aku hanyala seorang peminat :)
6 comments:
xpe..doakan kesejahteraan die...hm, x sempat bace paer la ari ni
@miss oren
~ hahaha, slalu tak baca paper pun, tapiii terrrbaca pulak ptg smlm :D
kuat tu aura nye kak...simpan lah sbagai kenangan..hehehe
@*luv Syahnia*
~ yups, hanya secebis kenangan :D
suka suara Fitri tu akak! apesal la dia x masuk imam muda ek :p hihi. tapi tak penah tahu pulak dia kahwin 2. aihh, ke dia kene guna2 eh? T__T
@yonna
~ ye Yonna dia memiliki alunan suara yg mmg sedap. imam muda? taktau nak jawab mcm mana, bkn rezeki dia kot. kawen tu? akak pun taktau...hehe.
Post a Comment