Friday, 5 March 2010

redah je


K
isah pun bermula, di pagi Jumaat yg agak kusam, mood tak dok mau keje. cikPA, Nabihah mengajak aku berfoya-foya, hahaha! dia nak gi bayar loan keta, so mengajak aku sebagai teman, best gak!

Bergerak la 2 org yg agak brani² takut, bagi aku skali skala bukan slalu pun. Kuar awal makanya jalan pun tenang² aje, tak sampai 10mnt cikPA memandu, kami sampai kat OU. Maka penjelajahan mencari parking, kitorang ni pemandu baru, so smuanya serba slow belaka. Tak kisa janji selamat. Misi berjaya. eleh! sape kata kitorang tak buleh?, redah je.

Terlebih dahulu pergi melunaskan tugasan pertama bank. Seterusnya makan, berjalan la kami ke ChickenRiceShop, hahaha! makan sampai licin sambil bergelak-gelak tak hirau masa berlalu.

Seterusnya, aku teringat mau membeli kasut, cian kasut aku sekarang sudah peeling, mintak yg baru. Semua kedai kasut diterjah, kedai paling mahal, kedai paling murah, dan rupanya aku ngn cikPA memang suka Nose dan Vincci. Bukan sebab mahal tapi kualitinya berbaloi². :D

Vincciku yang purple

Aku jakun, sebab 1st time aku beli kasut dapat paper bag, waaa....kesian kan? hahaha! jakun tahap maksima. Habis je sesi berjalan dgn arah tujuan, kitorang balik opis, mcm takde apa² je sebab kitorang la antara org paling last masuk opis, ngalahkan orang solat Jumaat, haha! ada aku kisah?

Orchidku yang purple ;)

Hahaha! sempena hari Breast Canser, boss aku telah bagi aku Orchid. hehehe! semua staff perempuan dapat, bukan aku sorang je ye :D

Balik macam biasa, tapi aku agak suspen bila masuk federal, jammed gila. pergh! 2 hari lepas memang lengang jalan ni, tapi hari ni pe dah jadi? Aku pun slow² je, dari hari cerah sampailah ke malam, rupanya traffic light area LRT Universiti tu rosak semua, waaa...ada dua bijik bas tersengkang tak lepas nak masuk federal yg aku ni lak kena ikut jalan bas tersengkang tu, adoiii caner ni? dgn selamba kataknya aku terus menyongsang arus, gilo ko, setelah aku meredah baru aku tau betapa beraninya aksi itu, aku berhadapan dgn kemalangan bebila masa je, tapi kalo aku tak redah, aku taktau la pukul bape aku sampai rumah. hahaha!

Akhirnya aku sampai gak rumah pukul 7.30mlm, huh! 2jam tu. Menggigil kepala lutut aku, aku selamat, dan aku harap pihak yang bertanggungjawab dapat la atasi masalah traffic light rosak dgn kadar segera, ini akan mengakibatkan semua terkandas.

*** Purple dengan tidak sengaja...hahaha! jangan ada yang jeles ya! ***


4 comments:

Unknown said...

Ramai orang berkata purple ni adalah warna pilihan orang pompuan..
Tapi tak semua kala tu kot..nanti pandangan pun jadi purple nanti kang...
p/s-ch@ kena cuba buat nasi goreng purple lak amacam...? hee

ch@ said...

PakLan -> nasi goreng pepel? kang jadi nasi kerabu :)

sya said...

mahal ke vincci? tak penah tgk lg harga kat situ. nak survey2 jgk ni :)

ch@ said...

sya -> sila la survey, tak mahal la. kite dulu masa bujang² mmg keje kumpul kasut vincci :D