Monday, 8 March 2010

berbaloi-baloi?



apa perubahan kat aku ye?

Sempena Hari Wanita Sedunia, aku hanya ingin mengongsikan pengalaman hidup aku ni, huhuhu! pengalaman yg tak sebanyak mana ni, orang baru nak mengenali dunia katakan, takpelah kita kongsi eh.

Selama ni aku tertanya-tanya berapakah gaji seorang anak perempuan, isteri dan juga emak? adakah kaum Adam perlu memberi gaji kepada pasangannya? Entahlah, aku pun taktau jawapannya.

Bagi aku, menjadi anak sulong perempuan adalah sangat berbahagia, apa tak bahagianya, aku sorang je anak perempuan dalam keluarga, hahaha! apa aku nak semua aku boleh dapat, bukan aku nak berlagak tapi tu la kenyataannya, tapi aku tak suka sangat dimanja, bagi mama and papa akulah anak dia paling berdikari, hahaha!

Tingkatan 1 je sampai la ke tingkatan 5 aku dah tak duduk ngn family, aku duduk asrama, Asrama Pusat Kota Tinggi (APKT) namanya, syok wei. Ramai kawan, paling best saat mula puasa bukan dengan family, hahaha! mama berendam air mata kat rumah sebab tak cukup korum makan sahur, aku? sonot ngn kawan² bersahur jam 4.30pg. hahaha! bila aku malas bangun sahur takde la orang nak berleter kat aku. Sebulan yg pertama parent aku datang tiap² minggu, adoiii! masuk bulan seterusnya dorang datang time amek aku, atau pun barang2 keperluan aku dah habis. Sebabnya? aku tak kasi datang, wahahah! teruk tol.

Habis skola, aku dah malas nak belajar, aku nak kije, tapi papa membangkang keras. waaa...tension, dia soh aku blaja, aku pun isik borang dlm terpaksa, ada orang nak support blaja, terpaksa ar, hamek ko aku terus tercampak kat KL. padan muka aku. berdikari la aku lagi. kali ni langkah panjang parent mmg jauh terus kat mata, nguahaha! tapi sebab aku dah biasa berjauhan ngn parent so no problem. pastu dah abis blaja, aku cakap lagi, aku takmor sambung blaja. skali lagi papa membangkang keras. walawei, maka tercampak la aku ke Shah Alam plak. sama je blaja dlm terpaksa, tapi seb bek cinta hatiku ada bersama jadi aku lebih bersemangat.

Habis kat Shah Alam, aku mmg nekad nak balik Johor, camar pulang ke sarang la konon, haha! cinta hatiku di KL asyik calling 24, 48 jam mana leh tahan, gatal lagi merenyam-renyam, ahaks! maka aku pun terus je la menyambung perjuangan kat KL ni, hahaha! sampailah aku menjadi tunang kepada cinta hati ku, dan akhirnya menjadi isteri yg sah. tak sabar sungguh.

Aku sungguh brnasib baik mendapat cinta hatiku itu, kepada sesiapa yg mengenali si dia pada mulanya, percayalah dia tidak seperti dulu lagi, paling ketara perubahnnya? tentulah fizikal, nguahaha! menjadi istrinya? tak payah susah² jadi diri sendiri. jaga diri sendiri, diri sendiri walau tak sempurna tapi ianya tetap sempurna di mata si dia, adeh! macam lagu lak kan?

Kini aku masih di KL, menetap di sini. Di tempat yang aku kira hanya dalam mimpi masa aku kecik² dulu. huhuhu! sekarang ni, aku cakap je dgn cinta hatiku, mrAbi, mana tempat aku rasa nak pergi dia akan bawa (kena booking awal ye!) sehinggalah aku mempunyai hasil cinta pertama, cikAuni. berbaloi bercinta selama 7 thn. Aku dah bergelar umi kepada si demok ini.

Peranan dan tanggungjawab aku semakin besar, kalo sebelum ni aku urus diri sendiri, ikut suka tekak, tangan dan kaki aje, tapi sekarang aku kena urus 2 orang cinta hati. Huhuhu! kekadang terlepas gak keluhan aku sebab semua benda aku nak buat, sebab aku dah biasa uruskan semua benda sendiri, hahah! gila tamak. Tapi aku sangat bersyukur dgn life aku ini, aku sangat gembira, walaupun letih kena buat kerja yg sama tiap² hari. Mujur juga ada mrAbi yg akan tolong bila aku dah flet. hahaha!

Jadi disebabkan major nye aku berdikari, berapakah gaji yang patut aku dapat? adakah berbaloi atau berbaloi-baloi? fikir²kan. Tak nak pun aku tak kisah. hahaha!

*** sayang diri sendiri, sebelum sayang orang lain ***

8 comments:

UnGu VioLet said...

berbaloi2 gitu.. alhamdulillah, syukur seadanya yer kan.. :)

yonna said...

wooo. cinta pertama la ni eh kak? alahai sweetnya,kekal sampai dapat cik auni ni ha. harap2 sampai bebila la eh :)

setiap wanita..yonna percaya dia ada ketabahan masing2 kan? :)

Nida n' Hanafi said...

Kita senasiblah Cha... puas merantau... akak dulu pun duk Asrama Pusat Pengerang.. tapi 2 bulan je, pastu cabut balik..hehe. Dah ler Cikgu Rahmad jadi warden masa tu.. takut maaaaa.
Pastu tingkatan 4 sambung ke Melaka,kemudian ke Bangi, pastu kahwin duk Pahang, amik KPLI kat Terengganu.. la ni kat sini.. uwaaaaa..... bila nak balik ke Johor ni..... uwaaaaaa

ch@ said...

mar -> ha'a mar kita sgt bersyukur :D

ch@ said...

yonna -> hahaha cinta pertama ke? bolehla...betul yonna, wanita ni tabah. insya-Allah kekal sampai bila², trima kasih doa yonna tu ;)

ch@ said...

kakNida -> akak lagi jauh kan? tu la, sabar je la. satu hari nanti pasti kite akan berkumpul semula :D

shakirah_kiyo said...

Cha, ko ni kan, wat aku x sabar nak kwen plak.. Tapi aku blom punya cinta hati la...

ch@ said...

kiraKiyo -> hahaha saba-saba, aku mmg tak saba punya org, ko soh la parent ko cari cinta hati :p