Monday, 1 February 2010

cik auni mengembang

Selamat hari wilayah, KL cuti jln lengang pukul 8 aku dah sampai opis, taklah semangat mana tapi tak sabar nak dgr cerita biha, rupanya aku baru kuar rumah dia dah pun sampai opis, gila awal :p dia memandu sendirian utk yg pertama kalinya (pssst dia bawak kereta baru :p)

Aku sangat teruja, aku sangat gembira, aku sangat-sangat gembira…menang loteri? Aish! Dok eh, tak bek main loteri, menang kereta baru? Owh! Tidakkk…

nak gi rumah zara...

Apa lagi kalo bukan perkembangan puteriku cik auni. Aku pergi majlis cukur jambul Arissa Az-Zahra (cik Zara) anak saudara aQies a.ka. makcik. Dan buat pertama kalinya, anak dara aku ni menunjukkan keterroran dia mengangkat montotnya utk langkah permulaan merangkak. Ergh! Aku sgt gembira :p ~ come on cik auni, come on! ~ walaupun tak bergerak, tetapi dia masih lagi mahu mencuba. sweet je!

*cik zara pun lahir lebih kurang sama ngn cik auni, cumanya cik auni masih lagi mendahului : cik auni (1.8kg = 35 minggu) dan cik zara (2.1kg = 36 minggu) kan? Sipi² je :p

Punch card kali ni cik auni dah tunjuk belang, membebel. Pening org nak melayannya, dan tindakan cekap mak su myra (aku mmg kagum adik ipar aku sorang ni jaga baby) dia telah memasukkan cik auni dalam walker (cik su mija nyer). Huhuhu! Wow! Buntang bijik mata aku, bukan main laju lagi cik auni membawa kereta barunya itu. Dia sangat cekap. Dgn keluasan rumah mertua aku itu memudahkan cik auni menjelajah sepelosok rumah :)

cik comot yg cute

Dan abah telah memberi kebenaran utk membawa kereta baru itu balik KL. Hahaha!

Cik auni : yeah! Aku dapat kereta baru…(dlm hati)

Abah : bawak la balik walker tu, tak guna dah kat rumah ni, disimpan je sayang…

Mr. Abi : harta pusaka turun temurun

Aku : wah! Auni dapat kereta baru

Abah : kereta 2nd hand :p

Mr. Abi : janji elok (sambil menjijing ke kereta)

Balik KL macam biasa singgah giant taman conought, belanja barang dapur. Wow! Ramainya orang…ponuh, cik auni dah bantai tido dalam stroller, tapi…selesa mana la stroller kan??? Sekejap je, dia bangun sendiri berusaha utk duduk.

Jeng! Jeng! Jeng! Skali lagi aku kagum…cik auni pandai duduk sendiri, waaa…terasa nak menangis keharuan. Kukuh dia memegang kiri kanan stroller tu. Tak bersandar, mata cantik, hidung cantik, mulut cantik, lalu sebelah orang ramai, smua mencuit. Adoiii…cik auni, you are the best. Tersengih lebar.

cik jakun

Dan selepas ini bermula la episod aku berperang dgn cik auni, hahaha! Dia dah pandai mengesot guna tangan, dah nak merangkak. Dah pandai membebel, mengemas…waaa!!!!

*** aku semakin pening, rumah ku semakin kecil ***

8 comments:

nasier said...

salam..Jeles betul dgn orang yg ada anak kecik nih...

Mak Jemah said...

cik auni semakin membesar dan mengganas..haha

Unknown said...

Lepas ni semua barang2 naik satu tingkat lagi..
hee..

Nida n' Hanafi said...

Salam Cha..

Itulah puasnya seorg ibu bila melihat perkembangan anak2... lepas ni bila Auni dah pandai melaju, penatlah maknya nak kejar..hehe

ch@ said...

incik nasier -> sila jgn jeles :p

ch@ said...

miss oren -> blh tlg lyn dia b'cakap tak?

ch@ said...

PakLan -> rumah dah lapang :p

ch@ said...

kakNida -> huahuahua skrg pun dah main kejar-mengejar kak!