Aku sangat teruja, aku sangat gembira, aku sangat-sangat gembira…menang loteri? Aish! Dok eh, tak bek main loteri, menang kereta baru? Owh! Tidakkk…
nak gi rumah zara...
Apa lagi kalo bukan perkembangan puteriku cik auni. Aku pergi majlis cukur jambul Arissa Az-Zahra (cik Zara) anak saudara aQies a.ka. makcik. Dan buat pertama kalinya, anak dara aku ni menunjukkan keterroran dia mengangkat montotnya utk langkah permulaan merangkak. Ergh! Aku sgt gembira :p ~ come on cik auni, come on! ~ walaupun tak bergerak, tetapi dia masih lagi mahu mencuba. sweet je!
*cik zara pun lahir lebih kurang sama ngn cik auni, cumanya cik auni masih lagi mendahului : cik auni (1.8kg = 35 minggu) dan cik zara (2.1kg = 36 minggu)
Punch card kali ni cik auni dah tunjuk belang, membebel. Pening org nak melayannya, dan tindakan cekap mak su
cik comot yg cute
Dan abah telah memberi kebenaran utk membawa kereta baru itu balik KL. Hahaha!
Cik auni : yeah! Aku dapat kereta baru…(dlm hati)
Abah : bawak la balik walker tu, tak guna dah kat rumah ni, disimpan je sayang…
Mr. Abi : harta pusaka turun temurun
Aku : wah! Auni dapat kereta baru
Abah : kereta 2nd hand :p
Mr. Abi : janji elok (sambil menjijing ke kereta)
Balik KL macam biasa singgah giant taman conought, belanja barang dapur. Wow! Ramainya orang…ponuh, cik auni dah bantai tido dalam stroller, tapi…selesa mana la stroller
Jeng! Jeng! Jeng! Skali lagi aku kagum…cik auni pandai duduk sendiri, waaa…terasa nak menangis keharuan. Kukuh dia memegang kiri kanan stroller tu. Tak bersandar, mata cantik, hidung cantik, mulut cantik, lalu sebelah orang ramai, smua mencuit. Adoiii…cik auni, you are the best. Tersengih lebar.
cik jakun
Dan selepas ini bermula la episod aku berperang dgn cik auni, hahaha! Dia dah pandai mengesot guna tangan, dah nak merangkak. Dah pandai membebel, mengemas…waaa!!!!
*** aku semakin pening, rumah ku semakin kecil ***
8 comments:
salam..Jeles betul dgn orang yg ada anak kecik nih...
cik auni semakin membesar dan mengganas..haha
Lepas ni semua barang2 naik satu tingkat lagi..
hee..
Salam Cha..
Itulah puasnya seorg ibu bila melihat perkembangan anak2... lepas ni bila Auni dah pandai melaju, penatlah maknya nak kejar..hehe
incik nasier -> sila jgn jeles :p
miss oren -> blh tlg lyn dia b'cakap tak?
PakLan -> rumah dah lapang :p
kakNida -> huahuahua skrg pun dah main kejar-mengejar kak!
Post a Comment