Thursday, 21 June 2012

Pentingnya berasa sihat.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Today, aku datang opis dengan keyakinan yang nyata walaupun, masuk tidur jam 12.30pagi. Walaupun Auni tidur jam 3.30pagi mendera emak bangun mencuci yak pada CD. Petang semalam balik kerja awal kerana ada sesuatu yang membuat aku teruja akan sampai malam nanti [malam tadi].

Lemah betul bila ada orang pindah masuk pangsapuri ni, sah-sah ambil satu lift untuk keluar masuk barang yang bukannya sedikit. Terus je decided ambil anak-anak dahulu tetapi dalam kepala membayangkan biskut Auni yang bertaburan atas tilam, segala makcik mainan bersepah daripada bilik ke ruang tamu.

Struggle ni struggle mengemas dengan anak-anak kejap lagi. Balik semula ke blok rumah sendiri, wahaaaaa macam hendak menangis menanti lift yang betul-betul hanya tinggal satu. Sebab satu lagi rosak. Bongok betul maintenance ni, bayar mahal. Ye aku menyumpah. Mujurlah aku dengan anak-anak, walaupun ruang yang sedikit, tuan-tuan dan puan-puan dalam lift tetap memberi ruang kepada kami bertiga.

Auni? itu jangan di kata, pot-pet-pot-pet buat aku rasa sedikit segan. Bila lift terbuka, aku gegas je heret dia selit-selit. Sebab lift tu hala turun. Tahu pula dia lift tu hendak turun, aku pula kena marah dengan Auni sebab naik lift turun.
"bawahla umi, penuh umi, penuh. hrmmm tak muat" 
"kecilkan sikit badan Auni" semua orang senyum tengok dia membongkokkan badan konon-konon kecilla tu. Dia mengelak beg orang pun ye juga. Lawak dak ni. Bila sebahagian dah turun, dia bergayut pula pada palang besi di dinding lift. Alahai Auni. Adli yang berdukung gasak mengetuk dinding lift membuatkan aku tidak sabar hendak sampai ke rumah. Anak-anak aku ni, haih! bikin malu omak je.

Hampir je habis aku menyapu pintu rumah di ketuk. Ye, cik Zila dan puan Nas sudah sampai. Trainer aku. Alhamdulillah, aku sayang kawan-kawan aku yang sangat memahami situasi. Aku masih lagi berbaju kerja, mulut masih bising membebel dengan Auni ditambah suara serak basah Adli yang mengamuk tidak sudah.

Mereka datang membawa rezeki, pandai pula mencari air, cawan, pinggan mangkuk di dapur. Membantu meladeni Adli sementara aku habiskan kerja rumah. Hihiiiii... Selesai bercerita, makan, ketawa, berkongsi masalah. Sesi yang dinanti tiba.

Badan aku diukur. Atas bawah. Baru cik Zila tahu akan ketebalan spare-tyre makcik ni. Hihiii. Memanglah nampak kurus, pakai baju sedikit besar nampak normal. Akan tetapi kegusaran hati empunya diri yang tidak biasa dengan spare-tyre itu boleh merudumkan emosi.

Yeay, buat pertama kalinya aku memakai PB pada hari ini. Premium Beautiful. Aku tidaklah hendak cantik sangat, memang aku terima badan aku seadanya, tapi mengenangkan hanya perut ja yang kedepan sedangkan yang lain-lain sama macam ranting, rasa tidak seimbang pula. 

This pics. again [after Auni birth]. Need to wear this baju kurung moden again. Huuuu...

Lagipun, aku terbayangkan kebaya nyonya, kebaya moden, kebarung, baju kurung moden dalam almari tu, sayangnyaaaa tidak dipakai sedangkan baru pakai sekali dua. Dapat sedikit shape tidak seperti orang mengandung lagi jadilah.

Sebelum aku terjebak, aku kaji semuanya terlebih dahulu. Keberkesanannya memang terasa apabila aku baru memakai sepanjang 4jam malam tadi. Hahahaaa, pagi ini perut aku tidaklah terkedepan sangat. Dan, aku sangat suka memakainya kerana aku rasa ada sokongan untuk organ-organ dalaman yang telah mengembang setelah beranak dua. Badan terasa sungguh ringan dan segar terasa hendak berlari 100meter sahaja.

Lagipun, apa salahnya membantu sahabat baik sendiri meluaskan empayar perniagaannya, aku memanglah tidak berkemampuan sangat, apa yang aku beli dan buat untuk diri aku sendiri adalah hasil daripada titik peluh sendiri, aku jarang meminta pada abi untuk membeli barang sendiri. Ini salah satu tanda aku menghargai diri aku sendiri.

Sekali lagi aku hendak tegaskan, aku bukanlah hendak cantik seperti anak dara dulu [eh? dulu cantik sangat ke? hahaaa] aku hanya berkehendakkan badan yang sihat dan tough untuk mengurusi diri sendiri, rumah tangga dan kerjaya. Hot ke tak hot aku ni, kena tanya abi la kan... ngehehehe.

Nota hijau: Perghargaan untuk diri sendiri. Badan sihat, hati pun gembira, jiwa tiada berduka, cinta dan sayang tumbuh melata. Jadi, hargailah semua disekeliling kita ;) Peace.

12 comments:

*SiRibenMerah said...

arineh saya kurang sehat.. sob sob sob~

Masya said...

berbelanja untuk kebaikkan sendiri ape salahnya kan.. nnt yg cantik pun kt juga... semoga berjaya.. raya nnt blhlah melaram kan...

@e_da said...

wow makin mengamcam la u lepas ni.. ehhehe

Kakmim said...

kalau sihat kita akn rs happy, x stress... bahagianya

Jue said...

panjang cerita umi..membebelkan auni tak habis...
wah mesti pasni boleh pakai kebaya n mini kurung dengan comelnya...

nad said...

hebat!
tak nmpk ada spare tyre pun aritu

mamaarifakeemaisy said...

teringin jugak nk try PB ni..hehe...tp sure2 lah kena modal sendiri..takde org promote je ni, kalau promote sure tersangkut jugak..perut mmg lain bebenor sgt dah dr zaman bujangan dulu..huu~

ch@ said...

si riben merah:
get well soon. minum air masak banyak2. cuaca tak baik ni.

yana, kak @eda:
:)

mira:
betul tu mira. rasa cergas sepanjang hari.

kak jue:
kalau cerita perihal Auni ni, mmg tidak cukup satu entry. kalau buku latihan boleh habis kulit bertemu kulit.

kak nad:
ada satu gmbr kita bersama di rmh eija hari tu kak nad. mmg nmpk prt terkedepan.

kak ieyna:
nnt kita minta kawan kita war2kan pada kak ieyna. alhamdulillah, pelan2 kak.

eija_sweetmama said...

ohh baru tau sbb pakai PB, td dok baca n3 awal, x baca n3 ni lagi itu yg confius bdn dh slim pakai PB..mmg confirm la makin cun..heheh

sokong sgt support bisness kawan tu...

eija ni pun nak kena mula diet balik ni, dh mula naik balik berat badan ni, tp Cha eija tengok masih maintain slim lg tau..

sal ya said...

dah ramai pakai PB. tp harganya blh tahan. telan air liur jugak la. huhuhu...

Imaan09 said...

mm, nak masuk dalam wish list jugak laa.. bila?xtau.. xpe laa.. verangan je dulu..hehe

ch@ said...

eija:
hahaa...PB is paling utama adalah utk sihat, lebihnya baru cantik.
slim la sgt puan eija oi, nak dibanding ngn anak dara dulu mmg lainlah.

kakSal:
reganya mmg mcm tu walau di mana jua skali pun. ini barang baik-ini barang baik. hehe.

leaImaan09:
masuk skrg sblm yg ke tiga keluar. hahaaa. wishlisted je pun kan.