Sunday, 24 March 2024

Andai Sudah Tersurat Rezeki.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Aku sedang bergelumang dengan membaik pulih sarung sofa, seorang demi seorang penghuni rumah memberi pesanan untuk ku beli di bazar Ramadhan nanti. Almaklumlah, hari ini hari bazar kerana semalam dapur sudah berasap. Sebelum keluar mengambil Adli, aku meminta Auni membersihkan ruang tamu dan dapur, kerana tuan suami akan pulang hari ini. 

Aku memandu perlahan kerana melalui jalan yang bukan biasa aku lalu setiap petang, ini kerana salah seorang teman ku, Ita membuat sedekah membahagi bubur lambuk secara drive thru, dia meminta aku mengambilnya sendiri. Memandu sambil memerhati membuatkan otak melayang entah ke mana, diikuti dengan kereta belakang yang mengekori bagaikan mahu menyondol sahaja menjadikan aku ingin lekas sampai. Tahu-tahu aku sudah meletak kereta di ruang parkir SRA. Eh? mana Ita yang katanya sudah menunggu di hadapan tadi? tidak mengapalah bukan rezeki bubur lambuk Ita hari ini.

Setelah mendapat isyarat ke bazar daripada Linda, aku bersegera keluar daripada kereta. Memandu kereta tuan asben ni, ibarat bersauna. Hangat! ditambah dengan kehangatan cuaca di luar, pergh! garing. Kami bertiga berpusing bazar, aku hanya membeli kiriman-kiriman penghuni rumah, lengkap dengan kiriman tuan suami.

Selesai bershopping, kami bertembung dengan Ida, seorang lagi teman menunggu anak balik sekolah, inilah penghibur aku. Ada sahaja telatah dia buat aku ketawa.
"eh Sya, ni Ita kighim bubuq kat hang!" loghat utara pekat dia. Tercengang juga, bagaimana Ita boleh kenal dengan Ida namun ku pendam sahaja kerana begitulah kami, selagi punya anak satu sekolah yang sama. Perkenalan bersilang memang tidak dapat dihindari.
"waaah, ada rezeki aku. Ita kirim pada hang ye, thank you mek. Terima kasih" ujar aku.
"eh Syaaa je ke?" tanya kak Midah pula.
"takkan la Ida nak lupakan kakMidah, kita ambil la seorang satu. Hoq dia ni ja special dapat dua." aku sengih sahaja melihat situasi pembahagian bubur lambuk di bawah pepohon yang daunnya seperti sudah tidak ada, cuma redup la sikit.
"uiii banyaknya shopping." Ida sudah mula hendak start mengusik. Jagalah sekejap lagi lagi rancak usikkannya.
"hari ni hari bazar, semalam dah masak." jawabku sambil kami berempat bergerak mencari tempat teduh. Ke kereta masing-masing menyimpan barang.
"abang dia balik hari ni, tu yang dia sakan shopping." eh, kakMidah tiba-tiba bersuara. 
"ooo patutla, malam ni tutup lampu awalla ya." haaa dia mula sudah. Lepas tu mereka berpakat bertiga menyakat aku non-stop sehingga anak-anak keluar daripada pagar sekolah.

Aku menanti Adli, sambil menanti mata memerhati anak-anak tahap satu yang bermain di sekitar pagar sekolah, ada yang menghirup air, ada yang telah jatuh tadi, ada yang memanjat, ada yang bergurau, macam-macam hal. Kadang-kadang melirik jam, peluh yang keluar usah dikata, segenap liang roma berpeluh, aku dengan kaftan dan bawal ringkas pun teramatlah hangatnya.

My bubur lambuk, aku seorang ja yang suka.

Dalam pada keriuhan dan kekalutan di hadapan sekolah tersebut, aku terpandangkan tuan suami yang menunggang motosikal berkuasa besar dalam keramaian orang yang berkenderaan, eh? dia sampai rumah dahulu, hahaa! Teruja betul bila berselisih dengan suami sendiri begini. Sebaik sahaja nampak Adli, kami terus bergerak pulang ke rumah. Terpaksa menahan telinga mendengar bebelan Adli kerana memandu kelisa, tidak cukup sejuk katanya. Alahaiii bersabarlah sekejap, bukan lama pun.

Cuaca panas ni, kena banyak minum air. Namun berpuasa, kena banyak bersabar. Semoga semuanya baik-baik sahaja.

Us: Ida, kakMidah dan Linda.
Alhamdulillah!

Catatan: Jumaat - 11 Ramadhan 1445

Thursday, 21 March 2024

Kerenah anak AL-PUASA.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Puasa hari ke sepuluh, selamat berpuasa dan salam Ramadhan. Alhamdulillah. Seminggu berlalu, baik-baik sahaja. Menjelang hari ke sepuluh, kesabaran aku makin tipis nampaknya. 

Dengan penuh bersemangat aku mengelap pintu luar peti ais sebaik sahaja bersahur pagi tadi. Bersinar terang pintu itu tanpa lekatan fridge magnet dan tanpa apa-apa pelekat. Hilang kisah aku hendak menampal wallpaper bagi menutup kecacatannya. Selesai mengelap, aku mengejut Arrizqi. Macam biasa, matanya sungguh berat untuk dibuka, aku heret sahaja dia naik tangga sehingga dia bangun berjalan sendiri. Protes. Gaya hendak memonteng sekolah.

Sambil aku bersiap, aku mengejut Auni pula. Anak dara seorang ini mudah sahaja, dia bergerak sendiri, aku hanya guide daripada jauh. Kami selesai bersiap bersama, dia turun dahulu sebelum aku. Pulang daripada hantar mereka berdua, aku mengejut Adli pula. Entah Subuh ke tidak sepanjang aku pergi menghantar kakak dan adiknya. Perangai Adli ni, sukar dijangka, kadang rajin terlebih, kadang dia ignore kan sahaja. Sudah nampak gaya anak bujang sangat, suka buat aku ketawa dengan cerita tak betul dia. Suka benar meng'auta' aku macam aku tidak tahu langsung apa yang dia cerita. Kadang aku pun sama, menambah rasa cuak bila bercerita, sehingga dia pandang aku dan ketawa dengan muka tidak percaya.

Aku beralih mengelap sliding door pula, pergh! feeling hendak raya sungguh ni, sambil mengelap main handphone. Selesai mengelap, aku housesweaping, tingkat atas tingkat bawah, tekak sudah merasa haus, alamak. Untuk rasa lebih segar, aku mandi lagi sekali, sebelum menyuruh Adli bersiap untuk ke sekolah.
"umi saya taknak sekolah?" eh, dah kenapa? bagi 10 sebab kenapa taknak sekolah, ewah-ewah! main game hang rancak, ke sekolah hang tidak mahu. Aku membebel daripada rumah sampai tiba di sekolah, apabila dia membuka buku kerja sekolahnya yang belum siap.
"dah umi, dah siap" dah letih dengarkan aku.
"aik? bukan tadi kata banyak ke?" dia abaikan seoalan aku, hulur tangan dan berlalu masuk sekolah. Isk! aku pantas sahaja buat laporan ke Pahang. Tuan Asben hanya balas dengan icon ketawa, aku hendak menuntut bonus lebih cenggini.

Letak Adli diganti dengan Auni. Auni keluar pagar jam sudah pun lewat 1tgh hari, bermakna pelajar SK juga sudah keluar sekolah. Aku harus menjemput Arrizqi pula, elok dia sudah menunggu dan kami terus sahaja balik ke rumah. 

"saya pening kepala" aaargh! drama again. Hang jangan la buat perangai nak oiii. Semalam sudah rekod ponteng, takkan hari ini hendak bercuti lagi, aiyooo. Aku sambung berceramah, sampai Arrizqi tidur. Hantar laporan ke Pahang lagi sekali sambil menceritakan hal semalam, sudah sampai pagar sekolah namun Arrizqi tidak jadi turun kereta. Dia tidak jadi ke sekolah dengan alasan dia boring, argh! temperature aku memang sudah hilang kawalannya. Mendidih! Aku syak Arrizqi ni, tidak bersemangat, sebab Adli tidak bersama dengan dia.

Tahun lepas, mereka berdua akan berganding masuk sekolah bersama, balik sekolah bersama, ke kem juga bersama, jadi tahun ini semuanya kena uruskan sendiri-sendiri. Ooo come on kids! we do it together, SRA tu sekejap je, hadaplah 2 setengah jam sahaja. Aku pula rasa hangat seiring dengan kehangatan cuaca diluar. Aku ini punya agenda lagi petang nanti, janganlah kacau perancangan. Akhirnya Arrizqi turun kereta dengan muka mencuka.

Aku pulang sahaja ke rumah, singgah di kedai membeli beberapa keperluan untuk masak berbuka nanti. Walaupun rajin ke bazar namun tiada apa yang hendak dibeli sangat, ikut permintaan daktiga biasanya. Balik ambil Arrizqi dan Adli baru aku sambung memasak untuk menu berbuka. Begitulah rutin setiap kali Ramadhan datang. 

Tuesday, 12 March 2024

Ordinary mother.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Alhamdulillah, diberikan rezeki bertemu dengan Ramadhan lagi kali ini, mudah-mudahkan diberikan kesihatan yang baik untuk menunaikan ibadah puasa, juga semoga Ramadhan kali ini lebih baik daripada tahun sebelumnya.

Emak ialah manusia paling sibuk bila menjelang Ramadhan, lagi-lagi aku memikirkan bagaimana situasi anak-anak balik sekolah petang nanti, mudah-mudah berjalan dengan lancar hendaknya, merupakan tahun ketiga anak berada di dua sekolah berlainan dan balik serentak. Semalam sahaja sudah huru-hara, mujur ada yang memberitahu info anak balik awal, jadi aku cuba berlagak tenang sahaja. Petang nanti pasti lagi sibuk, kerana ada bazar Ramadhan berhadapan dengan SK, ntahlah malas aku memikirkannya, pimaipimai aku kena menghadapinya jua, kita redah sahaja. Sebagaimana tahun lepas, aku hanya menunggu di SRA sahaja, semua balik bersama. Tahun ini, hanya Adli-Arrizqi sahaja ajomlaaa kita jalan bazar.

Yang terakhir sampai ke rumah semalam ialah Adli. Auni pulangnya tengah hari, Arrizqi keluar awal satu setengah jam daripada Adli dan Adli paling terakhir, dia baik-baik sahaja sudah agak biasa balik dengan kakak, kadang-kadang azan Maghrib baru sampai rumah. Selepas Isyak, aku terdengar pintu grill di buka, eh??? tuan asben muncul, tapi aku tak dengar bunyi motosikal pun?

Dia balik dengan Ford Ranger kerana bawa motosikal untuk adiknya di kampung, alang-alang sudah balik, dia balik terus ke rumah. Rindu aku lah tu! hahaa. Dua minggu berkampung di Pahang-Terengganu, tidak sempat hujung minggu sudah muncul di Selangor. Alhamdulillah dapat berpuasa bersama di hari pertama Ramadhan. 

Selamat menunaikan ibadah puasa.

Salam Ramadhan.

1st day school. Yang kanan tu, asyik tanya bila hendak ke sekolah. Member tidak biasa sekolah petang.