Friday, 21 August 2020

Sya2time dengan Shuriza dan sauna.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Annyeonghaseyo!

Jika hendak berjumpa kawan dengan atur rancangan berskema, memang jarang termakbul. Bila rancang secara spontan, haaa insyaaAllah ada rezeki berjumpa. Sejak mendapat tahu dia berkerja berhampiran dengan rumah aku, beria rasa hendak bertemu, Shuriza one of my best of friend. Shuri kata, jika hendak bertemu dengan puas, jumpa hari Jumaat. Aku mula menghitung Jumaat yang sesuai untuk Shuri.

Malam sebelum Jumaat, sekali lagi mempastikan waktu untuk bertemu. Lepas tu, busy la aku mencari outfit of the day sangat sampai masuk dalam mimpi. Jumaat datang, eh? tuan asben tidak kerja? apakah? alaaaaaaaaa...  lari lagi jadual aku nampaknya. Macam biasa, pantang aku hendak keluar dia yang keluar dahulu. Apakah? lelaki memang payah difahami. Tuan Asben minta aku bawa kelisa, alamak dia minta aku bawa sauna tu, huaaaaaaaa... memang tinggi la suhu bila scan nanti. Eottokhe-eottokhe?

Jadi, tak apalah aku bawa juga si sauna tu. Berusaha mengisi kesejukkan, biar Shuri naik nanti rasa selesa. Aku menunggu Shuri betul-betul di pintu hadapan tempat kerjanya, rasa sweet pula tunggu teman, ajak makan. Aku sweet tak Shuri? hari inilah rezekinya memandangkan daktiga tidak ke sekolah. Shuri keluar, berbaju blue black sama dengan aku, juga bertudung biru agak muda sedikit juga sama dengan aku. Owh what!!? hahahaaa, kebetulan memang terjadi. Aku menjadi biru (kebiasaannya hijau) hari ini memang demi Shuri. Kalau tak sweet juga taktau la.

And, kita tak tunggu lama untuk berborak mesra dalam kereta. Shuri hanya punya waktu rehat pendek sahaja jadi borak selagi punya waktu. Ketawa-borak-ketawa-borak-lagi. Kami tidak punya waktu sepi. Seorang bercakap, seorang lagi mendengar, memberi respon yang wajar dan kadang sama, bersederhana. Masing-masing punya cerita, hormat mendengar cerita sehingga ke penghabis. Sebab itu aku lebih memilih untuk berdua berbanding ramai-ramai. Keluar berdua dengan Shuri pada kali ini, aku dapat spend lebih dengan dia sahaja, mendengar ceritanya dengan jelas, mendengar ideanya dengan jelas, dia tahu keadaan aku, aku tahu keadaan dia. Aku bersyukur dapat berkenalan dengan insan yang ku panggil Shuri ini. Senang hendak sebut, Shuri-Syasya. Punya adik beradik sama, kedudukan dalam keluarga sama, nama panjang pun yang dekat hendak serupa Noor Shuriza -  Noorulsahida (NS) dan kami sebaya, cuma aku lahir dahulu.

Kami makan nasi ayam sahaja, aku teringin sangat akan nasi ayam. Alamak kedai pun macam sauna even duduk bawah kipas. Tahan la sejam sahaja lagi-lagi bila Shuri kata "api neraka lagi panas." Fuh! berdesing pula telinga aku sekejap, hahahaaa... selesai cerita, dan tapau nasi ayam, aku menghantar Shuri di pintu yang sama, sebelum turun mari wefie dua ketui. Alhamdulillah... Shuri, jika ada masa lagi nanti, aku datang ambil kau makan tengah hari macam tadi k, terima kasih temankan. Terima kasih sudi kawan dengan aku. Sekian, pertemuan aku dengan Shuri. Sekejap tapi berisi padat.


Persahabatan yang kuat tu, tak perlu pun berbual setiap hari atau pun hendak sentiasa bersama. Selagi ikatan persahabatan tu kekal dalam hati, ikhlas, kawan yang baik sentiasa di sisi. Betul tak?

Thursday, 20 August 2020

Sya2time dengan kakak Ziela.


Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Annyeonghaseyo!

Ahaks, cakaplah apapun aku is takde hal, umur-umur sekarang ni, malas sudah hendak ambil pusing cakap-cakap orang lain, biarlah depa hendak kata apapun, dorang punya mulut. Aku tetap aku. Pusing-pusing hanya beberapa kerat je kawan yang aku boleh hangout dan masuk air.

One day, aku orderkan kek marble jelita untuk kak Miza dan kak Su yang seperti biasa membuatnya kak Ziela. Bila dah siap, kak Ziela yang biasa aku panggil dengan panggilan penuh 'kakak' mengajak aku mengopi sambil bergosip. Dengan spontan perjanjian aci redah jam 8am. Huarrrgh! get ready to wake-up early la gamaknya.

So project on, jam 6.30am aku bangkit macam biasa waktu cuti, jika waktu sekolah aku akan bangun lebih awal. Selesai bersiap hampir sahaja kepada pintu aku di tanya tuan asben.
"balik pukul berapa?" ahaaa aku mula rasa hendak mendidih. Pantang betul jika aku hendak keluar, ada sahaja benda yang mengacau hati aku sehingga rasa tidak tenteram. Bengang!
"hrmmm, kita belum keluar lagi sudah ditanya baliknya. Sampai hati betul. Ye, kita tak jadilah hendak balik lambat. Lepas jumpa member nanti kita balikla."
"abi hendak pergi Sabak Bernam." aku mula rasa mendidih.
"ye la, pergila kejap lagi kita balik." aku sudah mula merajuk.
"takpela, keluarlah. Takpe-takpe." tuan asben mula berbolak balik.
"tak payah la, dah tak seronok pun, perasaan tu dah tak sama." aku terus tutup pintu start enjin kereta dan berlalu pergi. Kang lagi lama, lagi tak boleh kontrol kepala otak aku ni.

Sementara tunggu kakak tiba, aku menaip menyusun ayat balik semula, menghantar kepada tuan asben. Memandangkan rancangan tidak dijangka, aku menaipnya baik-baik. Setelah dapat balasan aku mengalihkan kereta bersebelahan dengan kereta kakak. Kereta kami besar gedabak, kena parking elok-elok. Kakak turun dengan selipar Jepun dan palazo. That's my sister. Kami ke kedai makan Che Bunga. Normal baru, berface-mask, mengisi buku laporan dan scan suhu sebelum masuk untuk makan.

Pagi-pagi pekena roti canai sarang burung, nasi lemak dan teh ais madu. Alhamdulillah, rezeki kakak kali ini, aku bayar. Apa adahal! Kami berbual dan ketawa daripada Che Bunga lengang sampai menjadi sesak. Melihat jam hampir ke angka 9pagi dan makanan di tapau juga sudah ready, kami berangkat pulang. Aku sempat singgah di kedai untuk membeli keperluan masak tengah hari nanti. Anak-anak ramai menunggu di rumah tu, tuan asben pula akan keluar sebaik sahaja aku tiba di rumah. Memang tidak beri peluang langsung untuk aku keluar berlama-lama. Aku jadi geram pula, hahaaa.

Memang elok aku sampai tuan asben sedang berjalan ke garaj keretanya. Sabar sahajalah! Apapun, sempat aku singgah di rumah kak Miza untuk menghantar kek yang dia tempah. Alhamdulillah selesai urusan untuk hari ini, lain kali kita lepak lagi kakak! mudah-mudahan.


biar tudung senget janji perut kenyang, haha!

Petangnya, kak Su pula datang ambil kek di rumah aku. Sampai juga dia di rumah aku yang nun jauh di pedalaman, hahaaa. Yang lagi bestnya, aku juga baru dapat tahu bahawa rumah kak Su sangat berdekatan dengan rumah kak Conie, malah simpang tempat aku ambil dan hantar kak Conie bila hang-out merupakan simpang utama untuk ke rumah kak Su, ya Allah! kami sungguh berjodoh untuk bersahabat. Syukur!

True friends are always together in spirit.

Thursday, 6 August 2020

Sya2time dengan Khaida dan sambal bilis tumis petai.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Annyeonghaseyo!

Lagi, ai macam tidak ada kawan lain je kan? ihiks, tahun 2020 ai memang tidak mencari kawan baru, apatah lagi dalam keadaan pandemik waktu ini, jadi ai berkawan dengan siapa yang kebal dan tahan dengan perangai ai. Sejak entry terakhir hangout dengan Khaida kali lepas, ada dua tiga kali Khaida datang bawa rezeki yang melimpah ruah sehingga tidak termakan demi menemankan ai.

Jadi, Khaida mengajak ai temani dia membeli barang dapur sekolah. Ai yang kebetulan memang free, masak pun sudah makanya setuju untuk ikut sahaja. Sempat ai pelawa dia untuk makan dahulu, ai telah siap nasi lemak dengan sambal bilis tumis petai pagi tadi, sudah bekalkan Arrizqi walaupun yang minta nasi lemak telur larva ialah si Adli. Sepatutnya, sambal bilis tumis petai ni, ai share dengan kakak Zila. Namun rezeki tidak menyebelahi, kakak Zila tidak dapat untuk bertemu dengan ai. Sambal tumis ai kongsi dengan kak Suraya pula, rezeki masing-masing la kan? Sedap atau tidak belakang kira. Kak Su balas dengan snek popia simpul, alahaaai ai tidak minta dibalas pun namun syukur.

Selesai hantar Auni ke sekolah, ai menonton It's Okay Not To Be Okay, Kdrama ni best sangat. Belum sampai setengah Khaida main bell pagar. Ai ajak makan dahulu, dia tidak mahu. Pergi dulu pastu baru lepak, sebabkan dia yang ajak maka ai ikutkan sahaja kehendaknya. Khaida ke rumah pengasuh anak-anaknya dahulu, untuk ambil roti yang ai tempah. Sekali dia turun, kiri kanan roti sudah macam benggali roti gamaknya, haha. Dia lambakkan di tempat duduk belakang kereta.

Kami berbual macam biasa, luah meluah perasaan dan menuju ke SCNeighbourhood tempat untuk membeli barang dapur sekolah. Selesai meletak kereta, menarik troli dan mengisi buku log juga ujian suhu, Shopping Time! Puas ai berfikir apa yang hendak ai beli namun satu pun tidak terlintas dalam kepala otak ai, haha. Macam rasa sengal pula. Agaknya penangan nasi lemak, kepala ai jadi mamai. Tapi masih dapat menerima apa yang diperkata Khaida.

Balik SC, Khaida menuju depan sekolah, hendakkan takoyaki. Ai tidak mahu, dibelikan juga. Balasan sebab ai sudi temankan dia shopping. Tah apa-apa! Dia turun dan terus balik rumah ai, Khaida sudah bising kelaparan. Sebelum turun kereta sempat dia ambil turun tudung beri pada ai. Khaida ialah sahabat yang membawa rezeki, bukan ambil kesempatan, tapiii itulah Khaida. Mulutnya lantang hatinya pemurah. Dia sangat sayangkan sabahat-sahabatnya, ai kenal hampir semua sahabat-sahabat Khaida. 

Masuk rumah Khaida terus ke dapur, ambil pinggan dan mencedok nasi serta lauk, yes... ai sangat suka sahabat yang begini, buatlah seperti Khaida. Ai memang sangat tidak kisah, salah satu sebab ai selesa berkawan dengan Khaida. Ai duduk atas kerusi, dia duduk atas sofa menatang pinggan penuh nasi dan sambal bilis tumis petai. Dengan mulut penuh, ajak ai duduk sama atas sofa~ jap ni rumah siapa sebenarnya ni? 

Khaida mengangkat isyarat bagus tanda sedap, if kaki  bole buat isyarat bagus kaki pun hendak di angkatnya. Alhamdulillah. Menjadi sambal bilis ai dengan resipi Che Nom. Terima kasih Che Nom. Usai Asar, kami keluar bersama untuk mengambil anak memasing pulang dari sekolah, Khaida tinggalkan makanan yang dia beli, aduhaiii. Kadang ai segan juga, tapi hendak buat bagaimana. Khaida mengelak untuk ai membayar semula. 

"Kita give and take la mek! bila dengan aku, if aku ada... aku buat semua. Akukan kerja, kau je kawan aku yang sudi ikut aku heret ke mana-mana."- Khaida.

Habis sehari siang bersama dengan Khaida, terima kasih Khaida.


Tudung from Khaida.

"Ya Allah, kau rahmatilah semua sahabatku dan keluarga mereka. Kau sembuhkanlah sahabat-sahabatku yang sakit. Kami semua lemah dalam mentaati perintahmu, ampunilah kami. Siapalah kami tanpa rahmatmu ya ALLAH."~ Amiiin YRA.