Tuesday, 25 November 2014

Dia, istimewa.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Garu kepala yang tidak gatal sambil tersengih-sengih, ah tiba-tiba terbayang Go Nam Soon, watak drama School 2013. Ye, saya sudah tidak gigih untuk mencabar diri dalam cabaran 30 days blogs challenge. Maafkan hamba, sobs. Ini semua Kim Woo Bin dan Lee Jong Suk punya pasal. Pula. Well, sibuk sangat dengan siri drama terbabit menyebabkan bloghijau ini, terbengkalai. Tambahan lagi, disebabkan masa sekarang begitu singkat, saya hampir sahaja tidak sempat untuk berbuat apa-apa. Argh! Klise.

So, tinggalkan tentang drama Korea, tinggalkan tentang cabaran. Saya hendak meluahkan rasa terharu paling dalam, saya hendak luahkan rasa tidak percaya,  saya hendak meluahkan rasa entahla di luar jangkaan barangkali kepada satu-satunya anak perempuan saya, kakak Auni.

Sekarang ini, amat jarang bercerita tentang kakak Auni, kakak Auni yang bisa meningkat darjah kemarahan emak naik mendadak, kakak Auni yang bisa buat emak huru-hara, kakak Auni yang bisa buat emak kelu tidak berkata apa, kakak Auni yang ergh! buat emak rasa memandangnya besar-kecik-besar-kecik. Kakak Auni, berumur 5 tahun berjaya menghabiskan sesi persekolahannya.

Walaupun tidak menghadiri majlis rasmi konvokesyen namun pihak sekolah telah mengadakan satu majlis perpisahan tamat persekolahan sesi 2014, sekali meraikan cikgu kakak Auni yang akan berpindah, sakali meraikan anak-anak yang berumur 5 tahun serta meraikan AJK-AJK yang terbabit dalam pelbagai majlis sepanjang 2014.

Sedang sibuk melayan Adli pada malam terbabit sambil telinga mendengar dan mata terarah ke hadapan ruang kelas, acara penyampaian hadiah sedang berlangsung. Satu persatu nama anak-anak dipanggil untuk menerima hadiah akhir tahun yang berupa beg galas berisi barang peralatan sekolah serta sijil tamat persekolahan. Saya senyum bangga dalam hati, that's my Auni. Baru lima tahun sudah pandai mengira, sudah pandai mengeja, sudah pandai membaca perkataan-perkataan ringkas, sudah pandai doa-doa pendek, sudah tahu alif ba ta. Dia sudah mengalahkan saya, di mana saya mula mengenali huruf waktu 6 tahun. 

Menambahkan lagi rasa sebu dalam perut, namanya dipanggil sebagai penerima 5 tahun terbaik, Norerdina Auni. Hampir sahaja air mata saya gugur, mujur ada Adli menyebabkan perhatian saya beralih sedikit. Kakak Auni buat sehingga jayanya. 

Saya seperti rasa bersalah pula kepadanya, kerana saban hari me'naga' dengan perangai yang mengalahkan adik-adiknya, kerana saban hari dia kerap terganggu dengan saya meminta pertolongannya, kerana saban hari dia rela membantu menjaga adik-adiknya, kerana saban hari dia tetap membantu dengan rela hati membuat kerja rumah tetapi dia membuktikan dia boleh buat saya menangis kerana bangga dengan kejayaannya.











Saya berterima kasih kepadanya dan berharap hubungan antara kami dapat dipulihkan dengan keadaan yang lebih baik lagi. Saya mahu dia tahu betapa bermaknanya pelajaran dalam kehidupan, dan betapa bermaknanya kehidupan dengan pelajaran. Setiap hari kita belajar, walaupun kita bukan dalam waktu persekolahan. Kakak Auni, you make my day. Sekurang-kurangnya, saya berasa sedikit lega dengan penat lelah mengendalikan kakak Auni di rumah. Saya juga perlu lebih berusaha gigih untuk terus belajar selepas ini. Kalau Go Nam Soon dan Park Heung Soo yang malas belajar itu pun boleh tersengih menerima pelajaran, kenapa pula saya tidak boleh bukan?

Ok, tiba-tiba dah kuar drama Korea pula, let's kita mulakan tugas hari ini, walaupun rumah telah bersapu, almari buku sudah menjadi semakin tinggi-ubah lagi, muehehe. Tinggal mandikan trio and saya kena pergi kedai hari ini, bekalan makanan sudah habis. Jumpa lagi, daaa...

Selamat cuti sekolah, oh kerja saya masih kekal sama ;)

Tuesday, 18 November 2014

Kesukaan.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Saya akan mengambil masa memerhati anak-anak sambil menonton televisyen. Auni, bila sudah besar, bila sudah pandai alih rancangan kegemaran, dia pula buat syarat untuk emak. 
"saya punya tv waktu pagi" katanya.
"awak punya malam je" sambung Auni lagi. Terkebil-kebil saya dibuatnya. Namun, pasrah sahajalah demi dia tidak mengganggu saya buat kerja di meja kerja.

Adik-adik dia pasrah sahaja, apa rancangan pun boleh. Adli suka Mickey Mouse, Arrizqi  suka Boboiboy. Kalau yang dua tu sebut rancangan kegemaran memang saya sengih, comel. Auni sudah tidak gemar menonton Disney Channel, itu kartun untuk adik je-katanya. Macam la dia sudah besar sangat.

Menyebut tentang siri tv kegemaran saya, sudah semestinya Runningman. Salah satu rancangan hiburan Korea. Betul, ada orang tidak gemar siri ini, terpulanglah kepada mereka. Saya menyukainya kerana siri ini benar-benar buat saya ketawa berdekah-dekah, siri ini benar-benar buat stress saya menurun kepada zero. Siri ini, walaupun rancangan hiburan, variety show namun masih boleh diambil pengajarannya pada setiap episod. Hrmmm, jangan tidak tahu teruja menonton siri ini apabila mereka menampilkan artis-artis Korea di luar set penggambaran drama atau pentas, hehe.

Selain Runningman, rancangan variety Korea juga, Roommate. Entahla, saya tengok sahaja, mereka dikumpulkan dalam satu rumah dengan pelbagai perangai masing-masing. Nama pun rancangan hiburan, sudah sahla menghiburkan. Menonton tv kan untuk hilangkan stres jadinya kita carila rancangan yang betul-betul melegakan kepala, yang tidak perlukan pemikiran jalan cerita yang berbelit-belit. Yang tidak perlukan kita jadi pengulas pada ending drama dan yang tidak perlukan kita menyimpulkan apa yang akan terjadi, hehe.

Siri lain, ialah drama Korea. Sama juga, drama yang simple-simple, siri yang tidak meleret-leret, siri yang kelakar, romantik sikit. Bukan saya tidak menonton drama Melayu, tonton juga antara drama Melayu yang masih baru ialah Suamiku Encik Sotong. Tetapi kebanyakan siri tv kesukaan saya apabila menonton tv adalah Korea, hehe. 

Jadual saya untuk tv hanya pada waktu malam, hanya beberapa jam sahaja. Kebiasaanya 45minit hingga ke satu jam. Lain-lain, suami berebut remote dengan anak perempuannya. Paling untung Auni la, apabila saya sibuk dan suami main ps3 dia akan konker tv. Jam 12mlm tv akan berhenti beroperasi, semua masuk tidur. Auni akan tidur lebih awal kerana dia sudah tidak tidur pada siang hari. Simpan tidur sebaik sahaja lepas makan malam hingga esok paginya. 

Gaya menonton tv masing-masing. Bila macam ni, memang lega sesangat.









Sekian sahaja, entry pendek dan simple. Pendek? hahaha, panjang jugak. Jumpa lagi di entry akan datang, have a nice day. Daaa...

Monday, 17 November 2014

Rindu. Tiada siapa hendak marah.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Dari bandar Tun Razak, menuju Kelana Jaya,
kaki melangkah mengatur gerak, bersama kak Azi ke tempat kerja.

Menaiki LRT di pagi hari,
mata mengantuk dengar MP3,
ke Masjid Jamek bertukar LRT,
sambil berjalan mata memerhati,
pelbagai telatah manusia mencuit hati.
menceriakan suasana di awal pagi.

Bagaikan faham isyarat hati.
bagaikan tahu apa yang akan terjadi,
arah di lencong sesuka hati,
LRT Putra di biar pergi,
tinggalkan diri kami tegak berdiri,
dengan sengihan lebar bergigi.

Kami duduk di bangku LRT,
memerhati manusia mengejar masa,
tanpa menghirau mata yang memerhati,
kami selamba, kami ketawa.

Mencari tempat untuk bersarapan,
kedai mamak dan roti canai,
hendak ke opis tinggal harapan,
esok sahajalah in shaa Allah kami sampai.

Matahari sudah menunjuk diri,
suasana juga sudah berganti,
kami merancang pelbagai strategi,
strategi baik punya untuk sepanjang hari ini.

Bangunan SOGO tersergam gah,
bangunan pertama ada di sebelah,
Jln. TAR bertentang arah,
apa nak jadi, jadi sahajalah.

Sambil berjalan, sambil cuci mata, hendak shopping duit tak ada,
bersenda gurau, bergelak ketawa,  mari-mari tak payah fikir kerja.

Jalan-jalan cari makan, perut kenyang hati sakan,
orang tanya kita iakan, LRT stuck sebagai alasan.

Terimbau manis kenangan lama,
cerita tentang kak Azi dan saya,
kami berdua selalu bersama,
walaupun berwatak jauh berbeza.

Kenangan manis, kami pernah juga bertukar rancangan sebaik sahaja tiba di Stesen LRT Bdr. Tun Razak. Bila difikir semula, tindakan yang sengal sebab susah payah bangun pagi, mandi dan bersiap turun tingkat 5, berjalan kaki menuju LRT dalam suasana yang masih gelap. 6.45pagi. Bertambah gelap sekiranya hari hujan. 

Kebiasaanya bertukar rancangan sebaik sahaja turun LRT Star untuk bertukar ke LRT Putra dan menaiki bas di Kelana Jaya. Betul, hanya saya dan kak Azi sahaja yang meredah perjalanan jauh di antara ramai-ramai perkerja lain, hehe. Itu belum part pergi shopping or facial lepas waktu kerja. Pulangnya jam 10-11mlm begitu lewat untuk anak dara. Dapat tahu dek tunang saya, memang masak telinga.

Ok, sampai sini dulu hari ni. Best tak pantun yang tidak berapa hendak pantun tu, layankan je la.

Dasyat betul muka baru lepas nikah.