Monday, 29 September 2014

Kisah kita aje. Abang.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

"Rama-rama itu terbang bebas tetapi menghiasi dinding
Teratai itu terapung cantik tetapi akarnya tak mencapai dasar
Matahari itu megah memancar sinar mencerah alam semesta
Bulan itu berseri limpahan cahaya mendamai hati
Kucari diri dengan kesabaran yang pasti"

Mencari diri daripada Noor Aliza Mohd Asmi-2006 
Bicara tanpa suara, Antologi Cerpen Dan Puisi.

Hrmmm, bermadah nampak? hiii. Sejak dua menjak ni kan, hobi baru membaca sajak. Nampak macam poyo je kan, oldschool. Lantak, aku sudah mula suka. Well mana tahu, tiba-tiba jadi penulis sajak pula-dah berangan. 

Ok, lupakan pendahuluan yang agak mustahil untuk masuk di akal mari teruskan dengan cerita kisah realiti kehidupan. Baru-baru ini, dua hari lepas seorang yang tidak mahu dikenali dengan namanya, telah menyambut hari ulangtahun yang ke tiga. Abang Adli, menyambut hari ulangtahun kelahirannya awal sehari, abi trio punya kerjaan, berikutan dia berkerja pada hari yang sama dengan tarikh ulangtahun abang Adli maka dirai awal satu hari. Tidak kisahlah.

Gembiranya, abang Adli sudah pandai tiup lilin-saja suka-suka, pengaruh kartun banyak sangat. Sudahnya Arrizqi yang makan lilin, hahaaa. Trio yang sudah pandai makan sendiri, makanya aku berikan mereka pinggan warna-warni satu seorang. Pinggan IKEA sahaja, colourful dan paling penting plastik. Pinggan, cawan dan sudu semua cap IKEA. Cantik, mudah dikendalikan, mudah untuk dibaling-baling dalam sinki, boleh dibawa buat main pondok-pomdok juga. Murah tetapi kerjanya efisyen.

Hadiah untuk abang Adli ialah kereta control. Beli semalam hari ini jahanam, moto seorang kanak-kanak yang belum pandai menjaga harta sendiri dengan baik, Arrizqi. Ye, abang tu tersangatla menjaga harta-Adli ialah seorang yang sangat pandai menjaga mainan. Arrizqi paling kerap memunah, apabila Arrizqi geram, baling. Apabila Arrizqi main dengan betul, pun baling. Apabila Arrizqi berebut dengan abang atau kakak, balingannya akan bertambah mantap. Macam manalah mainan tidak rosak. Berbeza dengan kakak Auni, nama sahaja ketenangan. Bila mainan di tangan dia menjadi ratu modified. Pakar ubahsuai yang tidak boleh disangkal. Sedangkan diri dia pun boleh menjadi kerusi, apatah lagi mainan yang pelbagai fungsi akan transform kepada pelbagai-pelbagai-pelbagai fungsi yang kesimpulannya, rosak.

Demi daya pemikiran yang kreatif dan inovatif. Demi aura kesenian yang berkembang. Demi sel-sel otak yang aktif berhubung, aku biarkan sahaja. Alaaa, apa hendak dikisah, masa kecil aku pun sama. Aku penjaga mainan sebab aku perempuan, bila aku beradik semua mainan punah di tangan lelaki manja tu, hahahaaa-ini diakui oleh mama aku sendiri. Jadi, bila beranak pinak yang melebihi mama aku makanya layankan sahaja walaupun pandangan mata aku melihat objek di hadapan berubah saiz dengan cepat selari dengan aura amarah. Sabar mak, sabar.

 Teruja. Semua sudah tidak sabar.

Cahaya kesyukuran keadilan.

Bersemangat bila soal makan. Makan-makan-makan.

Untuk abang Adli, semoga abang terus sihat dan kurangkan sedikit sakit manja tu ya, ihihihi. Semoga abang Adli membesar bagaikan juara. Umi sayang abang Adli ketat-ketat. Sekian sahaja bebelan untuk hari Isnin, jumpa lagi di entry lain. Salam sayang...daaa.

Ulangtahun kedua Adli. [Cahaya kesyukuran keadilan.]
Ulangtahun pertama Adli.[Entry terakhir.]

Wednesday, 24 September 2014

Menghabiskan masa.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Cara emak menghabiskan masa, macam biasa layan drama Korea atau baca novel atau buat art atau tidur. Ahah! yang terakhir tu sangat best kebiasaannya dibuat ketika abi trio berada di rumah, take turn please.

Cara anak-anak emak menghabiskan masa? hrmmm...hrmmm...(menggumam) nak taip atau tidak ni, aku rasa pastinya semua orang tahu bagaimana anak-anak atau kanak-kanak menghabiskan masa lelebih lagi cuti sekolah. Dorang memang sangat membuli emak, konker tv, konker fikiran emak, konker ruang rumah, konker suara emak, konker kesibukkan emak, bila ada tiga yang sedang membesar bersama, gabungan tu menjadi luar biasa hangatnya.

Projek cuti sekolah? untuk anak-anak, just stay at home. Untuk emak, mulala pening kepala, fikirkan menu, fikirkan aktiviti, fikirkan emosi anak-anak, fikirkan rumah, fikirkan suami, fikirkan kampung halaman, fikirkan bla...bla...bla...namun bila tekanan emosi tidak dapat dielakkan, emak nangis dalam hati dan membebel-bebel-bebel sampai bertukar jadi hijau, haha.

Hasil daripada aktiviti cuti sekolah kali lepas, Auni sudah pun masuk bilik tidur sendiri, aku tidak sangka pula dengan rela hati dia mahu tidur sendiri-sendiri. Oi! terasa aku sudah tua la, anak sudah berjauhan dengan aku-ceh statement macam anak duduk tempat lain. Lepas ini, kena tunaikan janji untuk lebih mem pink kan biliknya. Almaklumlah, basic cat untuk bilik hijau belaka, haha. Mahu cadar pink, mahu langsir pink, mahu tikar pink, adeih!

Adli, dalam proses latihan ke tandas, dia tidak mahu dipanggil Adli atau Aie, dia membahasakan dirinya "abang". Siang bebas pampers, sudah berjaya hampir satu minggu. Teruk jugalah hendak melayan sakit manja yang ada pada dia. Seluar yang biasanya boleh buka sendiri, tiba-tiba jadi tak boleh nak buka, baju yang biasanya sesuka hati pandai buka tiba-tiba boleh jadi isu air mata pula. Geram saja aku menengoknya. 

Arrizqi pula yang melebih-lebih, tahu-tahu tidak berseluar, tahu-tahu pampers sendiri sudah dalam tong sampah padahal baru sahaja ditukar. Dia buat kerja sendiri, eeeee kecik besor-kecik besor je aku tengoknya. Arrizqi si kaki bodek, pandai sungguh part pujuk memujuk. Sejak pandai cakap berpatah-patah ni, dia berlawan dengan abang Adli. Kejap dipanggilnya abang, bila geram dia panggil Aie sahaja. Marahkan kakak Auni pun sama, Ni...Ni... Bila baik panggil kakak. Aku memang perhatikan Arrizqi dan Adli bila tiba bergaduh. Arrizqi suka ajak abang bergumpal, abang tak kacau dia pun dia saja cari lawan, ambil bantal busukla, rampas basikal abangla, kadang tengah baring dia saje je bergolek-golek tindih badan Adli. 

Adli, bila dia tengah ralit tengah asyik main atau buat aktiviti memang jangan di kacau, sama ada dia balas balik atau dia menangis cari emak, dia cengeng sedikit banding yang lain-lain. Bila Adli menangis, memang Auni tidak akan layan sangat. Arrizqi nangis, Auni akan tolong, haha. Tapi bila main, memang Auni lebih suka ajak Adli, kalau ajak Arrizqi, Arrizqi tak mau Auni akan dapat cop gigit. Kakak borek adik rintik, tu la dia. Pangai sama betul. Kental. Kena marah buat bibir terbalik, kejap je buat muka, dia main angkat-angkat kening pula, eeee memang minta kena picitla.

Satu hari tu, tahap kebosanan melampau aku bawa pergi taman main. Amboih tak cukup tanah memasing berlari sakan, habis seluruh pelosok taman dijelajah tiga beradik tu, cukup masa aku ajak balik pasal emak nak layan Korea pula, turn emak. Auni sudah ambil tugas mandikan adik-adik, aku hanya tunggu dengan baju bila semua habis mandi, haha. Senang kerja emak. Makan pun masing-masing sudah tidak mahu bersuap.

"saya nak makan sendiri"-Auni
"takpe, abang boleh buat sendiri"-Adli
"nak-nak-nak"-Arrizqi. "umi suap Arrizqi"-emak.
"nanak!" sambil geleng-geleng kepala. So, lepas makan emak la kerja lebih sikit, macam biasa, haha.

Then, menjelang petang bila barang dapur sudah menyusut mulalah emak pening kepala. Memikir, apa hendak di buat. Ke kedai, malas. Cookies, melempeng, nasi goreng, jejemput bilis, kek milo choc chip, habis keluar skill emak yang selama ini tersimpan. Anak-anak tengah membesar, kena layankan. Bila tak dilayan, sendiri yang stres balik semula.

Ruang tamu rumah agak bersih sedikit sebab mainan semua sudah dipindah masuk bilik Auni, makanya seram juga bila tiga beradik tu di atas, risau dorang main benda-benda yang tidak ingin aku lihat, aku tawakal je la dengan barang-barang yang hanya tinggal botol kosong sahaja, huhu. 

Macam biasa, konker tb. Terpaksa aku buat jadual masa tengok tv.

 Lelaki da macam pempuan, pempuan da macam lelaki. Adli, Arrizqi, Auni. 

Lagi. Basikal roda tiga inila yang selalu jadi aktiviti rampas merampas. 

Beratur. Tunggu turn ambil kek yang baru keluar kukusan.

Jujurnya, menjadi seorang pengurus rumah tangga ini, tidak sama seperti yang dilihat dalam televisyen, punya maid, punya driver malah aku sendiri yang buat semua tugas-tugas nan tersebut walaupun aku manager, muahaha (nak jugak). Apapun, aku ok je. Tidak ok pun ok saja. Ok-ok saja, gittu. Oh! maaf entry tentang my trio again. Jumpa lagi di lain entry, daaa. 

Thursday, 18 September 2014

Dicabar.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Sejak laptop out of service, aktiviti art aku pun macam perlahan je. Aku pun sudah mula hendak dijangkiti penyakit M. Bila sakit M mula menyerang memang apa pun tidak boleh, makanya aku hanya duduk atas sofa sambil makan-makan-makan dan makan dengan mata menumpukan penuh perhatian kepada, televisyen, hrmmm...One 393 la apalagas. Pagi sejam, petang dua jam, malam tiga jam, bahahaha. Korea-korea-korea. Oppa!

Ok, disebabkan makin lama sakit drama Korea ni makin merebak makanya aku cuba juga buka sesikit, selongkar kertas-kertas art semula. Korek sana korek sini dan bagaikan tahu-tahu aku tengah menggubah, menampal kelopak bunga, terdengar bunyi isyarat Wechat masuk. Bunyi suara burung itu hanya orang-orang tertentu sahaja yang menggunakannya selain ahli keluarga. Mesej daripada kenalan aku semasa di Kilang semikonduktor, Kelana Jaya, kakYani.

Dia mencabar aku supaya aku belajar membuat guestbook untuk dihadiahkan kepada pasangan pengantin sepupunya. Erk! aku tercekik. Jujurnya, aku memang tidak pernah melihat guestbook, aku tidak pernah menandatangani guestbook, malah untuk membuatnya memang langsung tidak ada dalam kepala berikutan otak aku telah pun diset dengan, susah.

Untuk memudahkan aku, kakYani mencadangkan aku hanya membuat muka depannya sahaja, buku guestbook disediakan sendiri olehnya. Aku berfikir dengan perasaan cuak dan tidak yakin. Ergh! aku punya skill quilling art tahap beginner je, dengan gam merata, dengan bentuk yang entah apa-apa, dengan quilling typography masih dalam proses pembelajaran. Aduhaiii!

Ok takpe, aku teruskan dengan kelopak bunga dicantum menjadi bunga sambil otak merangka apa yang patut ada pada muka depan guestbook. Buat research dengan Google. KakYani kata, buat bulat tampal bunga, amboi senang sungguh bunyinya. Ok, orang buat bulat kita bulat jugalah. Aku guna mangkuk dengan apa pun tak fikir, aku terus buat nama pengantinnya. Mula tu nak ikut hukum tutorial betul typography, nampak bentuk huruf. Malas pula aku nak lukis blok huruf tu, lenjan sahajala janji ter'eja' namanya, muahaha. Macam yang dilihat, aku gulung dan tampal je, main agak-agak. Tanpa komputer, tanpa pembaris. Bila nama sudah siap, datang pula idea-idea lain, yang menjadikan seperti gambar tertera, bingkai-bingkainya, adunan warnanya, kerawang-kerawangnya, semua aku bubuh dan letak. KakYani kata, aku terlebih rajin, huahaha.


 Cantik tak-cantik tak?

Selain muka depan guestbook dia minta aku quillingkan belon, sepasang pengantin pegang belon untuk diframekan. Dia send aku gambar berkomputer tanpa quilling yang diframekan sebagai contoh. Dia lukiskan juga draftnya. Aku pening, sebab laptop aku out of service untuk aku print gambar pasangan pengantin tu. Waktu semakin suntuk, berbekalkan handphone aku google, tiru, lukis atas kertas dan quillingkan mana yang patut. Gila ketui.

Quilling balloons, haaa gambar pengantin tu la yang aku lukis sendiri. Bila tengok dengan HD memang kantoi la guna pen. 

Inilah rupanya, sudah lengkap untuk dihadiahkan kepada pasangan pengantin. kerja tangan aku dihargai, aku rasa terharu sangat-sangat.

At the end, aku berjaya juga menyiapkan keduanya mengikut citarasa kakYani, so far. Eh, cantik juga rupanya karya aku setelah siap dengan lengkap. Cun seh! terima kasih kakYani sebab mencabar aku membuatnya. 

Amacam, cantik tak-cantik tak? hihiii, saja mau perasan lebih.