Monday, 30 August 2010

31 Ogos


"Negaraku
Tanah tumpahnya darahku
Rakyat hidup bersatu dan maju
Rahmat bahagia Tuhan kurniakan
Raja kita selamat bertakhta
Rahmat bahagia Tuhan kurniakan
Raja kita selamat bertakhta"

Salam 31 Ogos, salam 1 Malaysia,
Aku mengambil kesempatan mengucapkan selamat hari merdeka kepada semua penduduk Malaysia, semoga kita sama-sama menjaga keamanan, kesejahteraan dan perpaduan sesama kita.

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!
Aku bangga menjadi rakyat Malaysia...

~)@ Uiii semangat betul aku malam ni... cikOni boleh bangun pulak...

Tak puasa

Hujung minggu yang biasa-biasa aje, huiii setel juga memasang langsir, ketuk sana, ketuk sini, panjat sana, panjat sini. Puas hati aku. Mujur juga la cikOni tu buat hal sendiri, takde la dia duk sama menyibuk time aku buat kerja-kerja tersebut.

Sabtu, going back to Langat, punch-card macam biasa. mrAbi ada bisnes baikkk punya, malas nak masuk campur. Yang penting aku tak lekat kat rumah, habis semua kaum makcik aku ziarah. Ziarah singgah berbuka namanya. Kehkeh, hari Ahad aku bantai tidur, sama ngan cikOni.

Sampai tahap, mrAbi kejut suruh siap balik KL, haha... tak guna punya menantukan, tak boleh diharap langsungkan. Nasiblah. Lagipun puasa takde apa yang boleh dibuat melainkan tidur secara berjemaah.

Haaa... budak ni tak puasa, dia sedang asyik makan biskut. Habis bersepah satu rumah. Kerjanya asyikla nak berjoget. Pantang dengar muzik cepat je dia.

Bila dah dapat kaki, dah berlari, panjat turun sofa, dia tidur sendiri. Haha... Letih sangat la tu kan?

Iya... bila berbuka dia joint sama, belum azan lagi air dia dah secawan habis. Dah pandai minum guna cawan tu, tapi... tumpah basah juga baju.

Bila balik Langat, macam biasalah. Kerja pusing rumah to'ki dan umi tok. Main bunga api, meriah.

~)@ Minggu depan balik kampung... yeay!

Friday, 27 August 2010

Projek hari ini

Ok Selangor cuti, mrAbi kerja. Aku tinggal dengan cikOni, sementara rumah berantakan ni, hanya membiarkan cikOni bermain sesuka hati, habis satu ruang tamu dengan biskut. Takpe kejap lagi projek raya bermula.

Pertama buka sampul sofa, huh setelah 2 tahun beraya masuk tahun ke 3 baru nak cuci, gila ar dia punya habuk, siap bersarang labah-labah. Ya selama ni memang tak pernah terbuka hati nak membuka sampul sofa ni. Hari ni pesta.


3 round aku pusing washing-machine, akhirnya sampul sofa berjaya dijemur, dia punya habuk. Humangaih tak payah cerita la kan, punyala banyak sampai kekotoran aku punya mesin pencuci tu. Dasyat.

Tukar alas meja, lipat karpet. Tahun ni aku mahu guna tikar aje senang. Guna karpet buat mengumpul habuk je, tambahan pulak cikOni suka benar menumpahkan, menaburkan, memuntahkan segala macam benda.

Lap almari TV, lap TV, lantai je tak bermop, sudah tidak larat. cikOni ikut 'mengemas' sama, bahkan dia yang melebih-lebih. Tu yang hold dulu sebab bermain dengan air. Ada yang benjol sana sini.

Jemur tilam, fabreeze anti-bakteria lagi, cikOni alah dengan tilam tu, guna tilam sebab mrAbi hantar toto ke dobi, so tilam lama tak diguna macam-macam habuk sudah lekat. Kasi mati semua habuk, kasi tukar dia punya alas, dan cikOni pun tidur. Letih.

Langsir bilik je aku belum pasang, tunggu sampul sofa kering dulu, taktau nak sidai mana bila basuh kang. Hehe...

Lagi apa ye? kuih raya, tunggu bekas cikPA hantar, duit raya tinggal untuk parent aje, baju raya beli kat kampung, cikOni dan mrAbi punya baju dah ready. Kena simpan duit untuk lepas raya pulak. Huuu...

Aku kena mintak belas ngan Nuff ni, haha... blogwalk pun malas, macam mana nak dapat, ye tak?

~)@ Tahun ni perancangan teliti sikit. Tak macam tahun lepas. Semuanya terkejar-kejar.