Tuesday, 2 December 2025

Visa. Passport dan Vaksin.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. 

Hai selamat datang Disember, hrmmm sekejapan sudah hujung tahun. Ada yang terkesan banjir ke? yang terkesan dengan ribut Senyar tempoh hari? yang terkesan berhibernasi selama beberapa hari? ahaaa, kita terkena yang terakhir tu. Sejuk betul, tidak cukup dengan berstokin dan berselimut, bergulung pula dengan toto. Sampai digelak dek tuan asben. Sudahlah dia pun jauh cemana nak hugs? ihiks~

Empat hari sejuk, empat belas hari menunggu dia balik. Alhamdulillah semuanya baik-baik sahaja. Aktiviti 1 Disember dia sambut dengan MC, melayankan isteri menghantar dokumen ke travel agensi. Kali ini berkereta, bawa Alza keluar jenjalan. Semuanya kita pulun buat dalam satu hari.

Kita ke klinik dulu, untuk buat kad suntikan. 41tahun kena vaksin. Hadoih, sengal juga bahu aku, tahap sampai hendak ketiduran dok menunggu giliran, orangnya tidaklah ramai pun namun prosesnya punyalah lama. Klinik Shamsuddin, Bdr Baru. Selepas itu kita ke kedai gambar, bergambar untuk hantar ke pejabat travel agensi untuk proses hantar dokumentasi visa nanti.

Aku tidak boleh belah tengok muka sendiri, sebesar alam. Lelagi pakai tudung warna hitam. Biarpun aku suka dengan warna hitam, namun....~ hrmmm... selesai bab 2.2, pakej Alza kena saman sebab parking luar petak. Gasak situ, bukan aku yang drive. 

Sebelum ke travel agensi, tuan asben berpusing dua kali cari petak parking untuk mengisi perut, berputaranlah kita sambil mulut aku tidak diam baca doa makan, memang hendak makan pun kan? jadi sekali jalan je la. Patutnya sarapan pagi namun melihatkan meja hidangan kedai makan Warung Kami sudah terjamunya menu tengah hari. Ayuh!
"makan tengah hari teruslah" kata tuan asben. Letsego! Sesungguhnya aku sudah lapar benar, tidak sempat minum air pun masa keluar rumah tadi. Sudahlah sepanjang berputaran, macam-macam cafe aku nampak area Bandar Baru Sg. Buloh ni. Antaranya, Bask Bear Coffee AmBank, ZUS Coffee, Wallace Burger Chicken, 4 Fingers, Sans Francisco dan bla-bla-bla... which is sabar tau, one day aku datang serbu dengan daktiga, muahahaaa~ lepak cafe camtu sesuai dengan gen Z. Tuan asben more tekak melayu, NASI.

Tuan asben dengan ayam goreng dan kentang sambal bilisnya, aku dengan ikan kerisi pedas dan kerabu mangga, air sirap dan teh o ais memasing, semuanya berharga RM21. 
"sedaplah ayang" aku.
"biasa je" tuan asben.
"tahu tak kenapa sedap?" aku.
"kenapa?"
"sebab bukan saya yang masak, bukan sendiri masak, memang sedap" ahahahaaa~ jadi sudah tahukan kenapa aku kurang makan di rumah? hahahaaa~ tuan asben terus berdepan dengan handphonenya, daripada tadi-tadi lagi. Naik menyampah pula aku melihatnya, jadi apasalahnya curi sedikit perhatian.

Selesai makan, kita terus ke Shah Alam. Eh? 
Mungkin sebab aku kata hendak ikut tadi, jadi dia terus sahaja gerak usai mengisi minyak Alza. Jika tidak, dia hendak menaiki motorbike sahaja. Ewah, semalam sudah terpaksa aku berkongsi masa dengan kawan dia, gantilah semua masa kita tidak bersama semalam. Kan?

Sampai sahaja di travel agensi di Shah Alam sekali lagi berputaran mencari parking. Ini lagiiilah haru parkingnya, sepetak pun tidak nampak bayang. Tuan asben menyuruh aku pergi sendiri untuk hantar segala dokumen. Alhamdulillah orang tidak ramai, namun dak pempuan jaga kaunter tu alahaaai slowmo betul buat kerja. Aku masuk sahaja semua mata tertumpu pada aku. Melihat dokumen yang aku pegang, dak lelaki di kaunter minta aku duduk dahulu, dia sudah tahu urusan aku kerana dak pempuan slowmo tu sedang sibuk dengan pelanggan sebelum aku.

Suasananya agensi sama seperti yang aku search dalam website cuma yang ini versi sepi sangat. Kentut jenis slowmo pun boleh dengar. Tiba giliran aku, macam biasa suara aku melebihi dua orang dak kaunter yang ada, pelanggannya aku sahaja, beranilah~ lagipun ini penerbangan aku yang pertama, haruslah teruja dan macam-macam benda aku hendak tanya.
"pejabat korang ni memang sepi camni ke?" aku. Pening pula rasanya hanya dengar bunyi ketikan tetikus dak lelaki yang tidak diam dari tadi. Muka macam Zahid AF. 
"ha'a memang macam ni, takde customer baru kitorang buka lagu" dak lelaki tu menjawab memandang aku, yang pempuan tengah isi dokumen menguruskan aku, sekejap-sekejap dia tersenyum.
"sunyi betul bunyi kipas pun takde" rungutan random tidak dijangka dari aku sambil menurunkan tandatangan atas dokumen. 
"bunyi kipas, hahahaaa~" dak lelaki tu ketawakan aku, mesti dia tidak jangka akan randomnya penyataan seorang pelanggan pada hari ini. Alaaa aku tengok dorang tu adik-adik ja, dorang yang tengok aku berkali-kali.
"serius umur 40? kenapa macam 24 je?" dak pempuan tidak dapat simpan pertanyaan, saja buat aku blushing. Sebelum aku terbang, baik setelkan cepat-cepat urusan ni, aku hendak terkucil.

Aku diiringi tiga staff travel agensi, seorang lagi datang entah daripada mana hendak membantu mengangkat barang.
"ini kereta akak ke?" tanya dak lelaki baju sedondon dengan aku. Datang dengan barang-barang menunjuk kereta betul-betul depan pintu agensi. Kita tidak sebertuah itu dek untuk dapat petak parking - dalam hati aku sambil mata meilau mencari Alza yang sudah beralih kedudukan.
"bukan, kereta kak yang tu pakai songkok tu, asben kak ada kat dalam" aku tengah handle hendak pakai kasut dating, payah pula hendak pakai masa dok kalut begini.
"songkok? ooo... hahaa~" dak lelaki dan dak perempuan tu ketawa sambil menunggu aku ke Alza.

Aku mengucapkan terima kasih tiga kali, seorang dapat satu termasuk dak lelaki di kaunter. Mereka bertiga menghantar kita pulang dengan senyuman. Ada rezeki jumpa lagi nanti. Thank you so much. Lalu di hadapan sekolah, ngam-ngam pulangnya anak-anak sekolah rendah, rezeki dapat jumpa kereta Linda dan melambai kakMidah yang menunggu anak balik sekolah, tergamam melihat aku dengan senyuman melebar. Sudah lama kita tidak berjumpa kerana aku tiada trip anak sekolah rendah. Aku tapau nasi ayam, churros, karipap dan air teh ais untuk daktiga. Alhamdulillah. 

Hi December.

Hah, anoyying tengok ghupe sendiri, maleh haku~

Thank you so much tuan asben sudi spend time with me. 

Ke mana kita? sabar tau, nanti kita spill the tea. Buat masa ni, weols nak persiapkan mental dan fizikal dulu. Honeymoon, kena banyak study ouch~ ke ada yang boleh hint? Jadi selamat datang bulan sibuk. Semoga semuanya baik-baik sahaja. 

 - الْحَمْدُ لِلَّهِ عَلَى كُلِّ حَالٍ 
All praises are for Allah in every condition. 

19 comments:

Roziah @ Cie said...

Nak pi umrah ke? Teka je 😄

Bola Katok said...

Selamat mengembara. Jangan ke Hat Yai sudah lah. 😭

Aphizha said...

Alhamdulillah. Di sini baik-baik je. Sejuk tu terasa jugak. Pertama kali tidur malam tak buka aircond.
Memang tak percayalah bila cakap umur 40 kan..untung awet muda. Banyak urusannya dalam sehari. Senang settlekan sekaligus.
Nak pergi umrah ye? Semoga Allah permudah segala urusan kalian. Aamiin...

Mama Zharfan said...

waaaa u nak fly ke mana tuuuu! i is jeles hahahhah

Ana Jingga said...

nak menunaikan umrah mungkin ye Ch@ , tak pe kak ana nantikan next update hehe :)

adnil linda said...

sama tekaan linda dengan semua orang.. nak pergi umrah je dan haji je yang selalunya kena ambik vaksin...semoga dipermudahkan...doakan rezeki linda ke sana juga...aamin...
wah, hampir 20 tahun muda.. terbaik lah

Kakmim said...

Nak buat umrah rasanya.. semoga dipermudah semuanya cha

anamizu said...

waahhhh bestnya nak fly ke mana tu? moga lancar semua urusannyaaaaa aminnn!

*i olls hibernate almost 4 months lebih. pheww~

Mulan said...

Moga dipermudah kan semua urusan nya Cha. Kad kuning tu macam antara keperluan nak ke Tanah Suci.

ch@ said...

Cie. Aphizha. kakAna. Linda. kakMim. kakMulan:
InShaaALLAH doakan sampai tau, terima kasih sudi singgah.

Bola Katok:
Banjir sih. Thank you so much, sudi singgah.

Mama Zharfan:
Ramai yg dah teka tu. Ajoms kita.

Anamizu:
Haaa, perasan juga. Lama sungguh tu, mari kita update berjemaah.

Ezna Khalili said...

Nak pergi umrah ya?....moga baik2 ajer.

ch@ said...

kakEzna: InShaaALLAH, terima kasih kak.

✿Cik Cappuccino Latte ✿ said...

Kemana pun destinasi CCL doakan semoga semuanya berjalan dengan lancar

ch@ said...

CCL: Thank you so much CCL.

Suria Amanda said...

Akak rasa nak pi Umrah kan? apapun semoga semuanya berjalan dengan lancar

Mznimnwr said...

hahaha kereta pakai songkok yee. saya pun gelak jugak!
hm kalau tgok dari gambar, rasa cam nak buat umrah ni. alhamdulillah, dijemput menjadi tetamuNya. saya baru balik umrah last week, rindu sangat2 dah ni :') semoga dipermudahkan urusan kak cha sekeluarga ye!

ch@ said...

kak Suria Amanda: Amiiin, terima kasih akak. Berdebar.

ch@ said...

Mazni: Kak belum pernah sampai lagi ni pun rasa mcm tidak jejak di bumi. Nanti share pengalaman okey. Terima kasih Mazni.

Fanny Nila (dcatqueen.com) said...

negara2 yg perlu ambil vaksin sebelum kesana, cuma arab saudi dan afrika :D.. jadi tebakan saya kakak akan umroh , betul taaak :D.. kalau salah, berarti confirm afrika hahahahah