Usai Subuh aku tersadai atas sofa, pegang handphone. Antara Ren Jia Lun dan housekeeping, aku pilih handphone, tiada selfie from my asben okey lemau, tidak jadi hendak workout. Lagi-lagi di luar suasananya lembab sahaja. Goodbye workout.
Namun, ada satu pesanan yang menarik perhatian aku. Berkali-kali aku gosok mata baca nama yang telah aku simpan, maklumlah teman aku yang bernama Linda ni ada tiga orang. Linda yang anaknya sebaya sahaja ada dua orang. Jadi ini yang mana satu? Okey B Linda merujuk kepada Blogger.
APA?????? Linda hendak singgah, okey let's go bersiap. Macamlah dia hendak datang berguling padahal singgah sahaja. Selesai housekeeping, selesai update planner, selesai itu dan ini. Linda update minta lokasi. Tidak lama ku termenung sendirian, sebuah kereta berhenti depan pagar, wow~ very the besar. Pagar automatik ku buka satu sahaja pintunya, kerana hujan hanya Linda dan kak M sahaja yang turun.
Mulutnya riuh seperti teman yang sudah lama tidak berjumpa, seiras seller Auni Tapakkuda By Dapur Azraa. Seiras, bukan sama. Dedua kepoci, ahahaha percayalah ini kali pertama kita jumpa, itupun tidak masuk dalam rumah kerana Linda hendak celebrate Anniversary nya gitu. Mereka sekeluarga baru selesai follow up abang Mu'eez di Hospital Sg. Buloh.
Entah apa yang diborakkan, ketawa lebih pada isi perbualan. Linda bagi Tulip Putih dan Flower Port, Linda beri sahaja. Argh, terharu. Sudahlah beri dihantar pula sampai ke rumah. Linda shooooosuwit~
Terima kasih Linda, nanti ada rezeki kita lepak okey. Comel sangat dak nih~ Aku suka dengar dia leterkan kak M, terpinga-pinga si kak M tu. Ibu dengan anak sama comel.
![]() |
| Sukanyaaa kita, love-love-love. |
![]() |
| Flower Port atas meja makan. Thank you so much Linda, eee kreatifnya. |
![]() |
| Tulip Putih atas meja. |
![]() |
| Love sangat, terima kasih tukarkan latarbelakang haunted house kita tu. |
![]() |
| Check-it out: https://rizzlinn.blogspot.com/ |
Makna Bunga Tulip Putih.
- Kesucian & Kepolosan: Sering digunakan dalam majlis perkahwinan untuk melambangkan permulaan yang suci.
- Simpati & Maaf: Sesuai untuk menyatakan simpati di majlis pemakaman atau untuk memohon maaf.
- Penghormatan & Kehormatan: Melambangkan penghormatan yang tulus.
- Harapan Baru: Menandakan permulaan yang baru, meninggalkan kisah lama, dan membuka diri kepada kisah cinta baru.
- Cinta Baru: Menandakan kehidupan cinta yang baru dan bersih.
Sumber: Al overview.
- الْحَمْدُ لِلَّهِ عَلَى كُلِّ حَالٍ
All praises are for Allah in every condition.
EVERY NEW FRIEND IS A NEW ADVENTURE. THE START OF NEW MEMORIES - Patrick Lindsay.





6 comments:
Wahhh...rezeki Cha tu...korang ni macam adik badik la..muka ala2 iras...cantik tulip putih...iolls is berkenannnnn
hahaha..kantoi, ibu suka bebel2.. terima kasih banyak juga buat Cha..eh.. kakak Cha.. dah salam cium tangan kan?? (hahhaa, sopan betul terasa diku masa tu).. nanti boleh la detim2.. dah tau stesen MRT mana nak turun.. kikiki...
Cantiknya berkenan pulak nengok bunga tu. Letak atas meja memang cantik sangat.
cantik bunga tulip putih tu Ch@
so sweet! dua2 orang yg suka buat kraft bertemu akhirnya :D
Alhamdulilah rezeki dapat hadiah tak dijangka. Air tangan kak Linda lak tu. Special betul hehe
Post a Comment