Monday, 29 December 2025

Kelas. Klinik dan Mengimbau Kenangan.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. 

Kenangan manis kau dan aku takkan terhapus
Duri ranjau dalam bercinta ......................~

Kita hadir kelas Ustaz Hamizan pada Sabtu yang lepas, bulan ini tuan asben pulang setiap kali Sabtu kecuali minggu ini, kerana aku akan pulang balik kampung, yih~

Kita perlu menghadiri kursus sebelum berangkat awal bulan Januari nanti. Laman tempat letak kereta lapang, masih awal pagi. Host pun belum sampai, pintu kelas masih rapat berkunci.
"gi breakfast dulu, nanti nak membuang" ajak tuan asben. Dan kita berjalan berpimpin tangan menuju kedai mamak, halaaa-halaaa-halaaa.

Roti telur, barli suam, roti kosong dan teh tarik. Pergh, rasa manis teh tarik melekat terus di tekak. Lima belas minit sebelum sembilan pagi, kita bergerak ke kelas semula. Terdapat satu keluarga berempat menuju kelas yang sama. Seorang menegur tuan asben selepas bersalaman. Aku hanya bermain di halaman kelas sambil membaca setiap penjuru papan tanda bangunan. Kelas terletak di sebelah pusat tusyen terkenal PTTI. Kalah semua papantanda dek terserlahnya papan tanda PTTI. Aku pernah masuk PTTI ni, tipu ke bohong? ahahaaa... tengok youtube, pakcik aku kata jika hendak jelajah dunia tanpa travel, layan youtube. Betul juga.

Kelas berlangsung selama tiga jam, kelas yang mulanya lapan orang entah bila menjadi penuh. Tuan asben melayan ngantuknya, dia mana suka mengikuti program begini, aku sahaja yang berkobar. Masa belajar dahulu, aku tukang salin nota, dia disebelah layan tidur. Jika kelas yang dia tidak gemar, memang tidaklah nampak mukanya. Terkadang satu hari aku tidak nampak mukanya, pensyarah pula yang bertanya kepadaku di manakah dia berada. Eh?

Namun aku percaya, lelaki ni bijak. Nampak muka blur dan kosong, bila minta idea bertubi-tubi keluarnya idea tersebut. Apabila kelas berakhir, kita orang pertama angkat kaki kerana kita ada program yang seterusnya. 
"hendak makan apa?" tanyanya.
"Pizza" Aku teringat Arrizqi sebenarnya, sudah berminggu dia minta Pizza. Namun kita ke klinik lebih dahulu, sepatutnya aku ada temujanji dengan doktor untuk consult pil delay hari datang bulan. Tuan asben mencari klinik yang boleh claim micare. Klinik Anda, belum jadi panel lagi. Bergerak ke Poliklinik Prima pula, ok cun. Hanya kami sahaja pelanggan di situ. Cuma pil untuk aku, tiada stok. Tuan asben tapau segala jenis ubatan untuk dibawa bersama nanti, mujurlah doktor tu super sporting. Selesai tanpa bayaran, kita ke klinik terakhir, Klinik Utama. Ketiga klinik ni, berdekatan sahaja. Sudahla warnanya hampir serupa.

Klinik Utama serupa dalam hotel, ruang pendaftarannya mewah gila. Aku lanjut sahaja selepas namaku terpampang di skrin tv besar. Okey setel, dapat sebeban pil untuk dimakan sampai pulang semula ke tanah air nanti. 

Selesai semuanya, tuan asben bawa naik SBMall, mencari beberapa barang keperluan dan tapau pizza, aku tidak lalu sudah hendak berlama di luar. Dapat jugalah berdatingan dengan tuan asben walaupun sebentar, ihiks~ 

Kita balik rumah dan menyambung mendobi pakaian yang masih belum selesai, alhamdulillah~ semoga diberkati ALLAH dan terus dipermudahkan urusan Erwandi-Syahida ke tanah suci, juga urusan kita semua. Lepas ini sesi mengemas bagasi pula, namun hold dahulu kerana mama sudah membunyikan semboyan untuk anak cucu kembali ke sarang. Tuan asben juga sudah mengisikan penuh tangki minyak, mengisi angin tayar dan menambahnilai touch and go sambil memberitahu, Syasya, u need to driveself back to Johor. YES TUAN~

Bestnya jika sambung study bersama-sama. Tiber.
Adtec 2005
The Vibes,
Nota telah dimodified.
Banyak uols, ni pun belum cukup lagi ni. Sabar jap.

Haaa, kan panjang ceritanya. Ahaks~ jadi semoga semuanya baik-baik sahaja okey, see ya!

 - الْحَمْدُ لِلَّهِ عَلَى كُلِّ حَالٍ 
All praises are for Allah in every condition. 

Belajar jadi seseorang yang gembira dengan rezeki orang lain, jika ALLAH kata bukan rezeki kamu, maka bukan untuk kamu namun ada yang lebih baik menanti kamu.


18 comments:

Ezna Khalili said...

Banyaknya pil bagai ni......kalau nak makan memang kalau akak la susah juga....

Mama Zharfan said...

waaa bestnya ada gmbr berdua zm muda mudi yer tu heheheh

uncle gedek said...

Tengok foto dulu dan sekarang tu.... dua-dua tak di makan usia!

Roziah @ Cie said...

Oh jodoh classmate rupanya😄. Selamat menunaikan umrah nanti.

Ammi said...

orang lelaki mana suka belajar benda teori2 ni...
insyaallah, semoga selamat perjalanan pergi dan balik merpati 2 sejoli ni

Kakmim said...

Mengimbau kenangan sungguh ye cha.. belajar rajin2 tau.. nnt exam jgn bwk toyol.. haha

Semoga dipermudah urusan ke tanah suci nnt

adnil linda said...

Semoga dipermudah urusan nya..selamat menunaikan umrah..nak kirim doa...

Mulan said...

Pil nak ke sana tu kena makan betul2 ikut kiraan doktor, sebab masa di Malaysia dan di sana tak sama. Moga dipermudah kan semua urusan nya ya Cha.

ch@ said...

kakEzna: Iya,pil utk semua jenis penyakit. Pil period tu kena ambil 3 kali sehari, sampai balik Malaysia semula nnt.

ch@ said...

Mama Zharfan: Saya sejenis suka menyimpan juga. Zmn masa belajar dahulu dah mula ada kamera digital.

ch@ said...

uncle gedek: Kita makan nasi uncle, ihiii~

ch@ said...

Cie: Alhamdulillah, niat sambung belajar hendak cari calon suami. Maceh Cie.

ch@ said...

Ammi: Betul la begitu. Amiiin YRA maceh Ammi.

ch@ said...

kakMim: Alaaa, caner leh kantoi bawa toyol nih. Maceh sista! Amiiin YRA.

ch@ said...

adnil linda: Amiiin YRA, maceh sis. Nanti wA okey, kak nak print.

ch@ said...

kakMulan: Betulla tu, kita buat reminder. Doktor bagi terus makan 3 kali sehari, pergh! Terima kasih kakMulan.

Ako Retna said...

Cha.... bila peginya tu?? Adoi semoga selamat pegi n blk ye.. adoi terkilan plak x belikan awak sudu garfu kt korea aritu.. pape pun selamat tahun baru. Semoga dipermudahkan urusan cha sekeluarga nnt.. #hugs

ch@ said...

kakRetna: Tak apa kakRetna, sudu garfu sebelum ni pun ada je, ihiks~ no worries okey. Maceh doakan, InShaaAllah.