Monday, 8 September 2025

Kidnap Isi Jantung Rumah.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Rentetan kejadian selepas aku mendapatkan keretaku semula di rumah CheTa, masing-masing laju mendapatkan kereta yang sudah aku hidupkan enjinnya. CheTa sendiri belum turun dari keretamya.
"kau boleh keluar tak?" tanya CheTa sambil mengusha ruang ngam-ngam sahaja untuk minibas melepaskan diri.
"bolehla, muat ni" aku menjawab sementara yang lain sibuk dengan barang memasing. Selesai berpamitan aku memandu keluar rumah CheTa.
"korang nak balik ke?" tanyaku.
"taknak" Linda menjawab laju.
"kak ada aktiviti lain ke?" aku tanya puan CEO kita.
"tak ada, hari ni kak me time" amboi gitu.
"Ida nak ikutlah, Ida taknak jaga kedai" Fajjida merengek membuat aku gelak.
"aku baru nak makan bakso kat gerai hang" aku mengusik sambil memandu ke jalan utama.
"eh jangan. Nanti aku tak dapat jalan-jalan lagi" jawabnya.
"jadi, kita hendak ke mana? pergi makan? tadi dah makan? nak coffee-coffee? nak ke Bandar Baru?" tidak teringat pula ada Zus Cafe sebelah bangunan Petronas, aku terus sahaja memandu ke arah Bandar Baru membawa nadi jantung rumah tangga.

"yang Sya kata makan RM7 tu kat mana?" tanya kakMidah, dia duduk disebelahku setelah bergaduh dengan Fajjida yang berebut hendak duduk tempat duduk belakang.
"ooo tu kat sebelah jajan viral, tak sure lah pagi ni dah buka ke belum, jomlah kita ke situ" aku terus memandu ke tempat yang di tuju. Sementara hendak sampai memasing bertikam lidah, berborak macam hendak berperang kekdahnya. Aku perlu fokus. 

Letak sahaja kereta, kita terus turun menuju kedai Hanie Cafe. Pintunya buka bahagian tengah sahaja, ini acah buka ke tidak? dalam pada aku tertanya-tanya datang pekerja dari arah dalam.
"buka jam 11.30am" katanya. 
"tempat lain la Sya, lambat lagi nak tunggu, tempat tadi Sya" ajak kakMidah yang seperti tidak selesa. Aku pun tidak selesa sebenarnya. Sebab di luar tu ada satu meja panjang sudah dipenuhi tempat duduknya dengan pelanggan menanti kedai buka. Tadikan aku datang tertanya-tanya, kenapa tiada seorang pun yang tolong memberitahu kita "kedai belum operasi lagi" sebaliknya mereka merenung kita yang seragam sama ni macam kita bersalah pula siap dengan jelingannya, yiiih! Jujurnya, walaupun murah, aku agak tidak gemar suasana kedai makan tu, entahla.

Aku membawa mereka bertiga ke kedai kegemaranku, Restoran Teringin. Mereka hendak menu yang ringan-ringan sahaja, pilihan sangat banyak di situ. Semua tertumpu kepada aku, sampai hendak pilih tempat duduk pun aku juga yang kena, isk mak-mak ni semua manja. Sebenarnya, mereka memberi keutamaan kepada aku kerana sudah membawa mereka ambil angin luar rumah. Aku memilih tempat berpenghawa dingin.

Kita sambung bercerita, sambil memikir menu untuk dipilih. Fajjida bangun ke kaunter bertanyakan menu dan minta pelayan datang untuk ambil pesanan. Setelah satu persatu menu sampai kita makan bersama. Fajjida dengan mihun sup, kakMidah degan bakso, Linda dengan soto dan aku sendiri memilih mi kari, kan? aku mestilah nak lain jenis. Always are like that. Bertingkah sudu membancuh sambal kicap, aku hanya senyum melihat keletah mereka. Kebiasaannya, mereka kena layan anak masing-masing, hari ini rasa biarlah aku membahagiakan mereka bertiga. Aku salut dengan mereka gigih buat transport hantar anak pergi balik sekolah dan berniaga. Mereka terima aku pun, aku sudah bersyukur.

Habis sahaja makan dengan senang hati masing-masing bangun menuju kaunter, mereka kembali ke pintu selepas cashier kata sudah dibayar.
"Sya bayar ke? berapa Sya?" tanya kakMidah mengekori aku ke kereta.
"apa dia kak?" aku buat-buat tak dengar.
"Sya mana resit tadi? kak nak tengok harga" pintanya.
"dah hilang" ujarku, gigih dia mencari. "Kita hendak ke mana pula ni?" tanya ku mula menghidupkan enjin kereta.
"Linda nak beli ayam depan sekolah" jawab Fajjida.
"Sya makan tadi berapa ringgit?" kakMidah masiih tidak berputus asa.
"nanti jumpa resitnya kita tengok balik" jawabku. 

Aku tidak jadi ikut jalan belakang, balik ikut jalan depan pula.
"Sya jom beli Churros kat TSB" ajak kakMidah. Eh, mujur belum tekan minyak laju lagi. 
"amboi, mentanglah ada driver hari ni" usik Fajjida sambil ketawa. 
"bukan selalu kan Sya" Aku menurut perintah, sambil melawat kawasan TSB dan memberhentikan kereta di hadapan bangunan kedai, hanya Fajjida dan kakMidah sahaja yang turun. Aku mengirim Churros juga, namun kakMidah belanja saja. Dia memang penuh dengan kesopanan dan kesusilaan.

Sampai dihadapan sekolah rendah, Linda sahaja yang turun membeli ayam goreng crispy, tiga ketul RM10. Aku tidak tapau apa-apa kerana asam pedas daging kakMidah bagi semalam masih berbaki lagi. Daktiga pun, hanya minta telur mata dan kimchi sahaja. Aku menghantar Linda lebih dahulu, diikuti Fajjida dan terakhir kakMidah. Tidak berhasrat ke mana-mana lagi, aku terus sahaja balik rumah. Alhamdulillah, termakbul sudah semua hasrat dan hajatku membawa mereka ber"me-time".

Syahida: Mi kari + kopi ais
Fajjida: Mihun sup + fresh orange
kakMidah: Bakso + limau ais
Linda: Soto + teh ais

Pandai customer tu join tema kita.



When the sky is blue.................

Di rumah, aku sambung mendobi dan masak untuk daktiga. Terjumpa ikan selar kuning empat ekor, aku goreng dimakan dengan sup kentang letak su'un. Aku panaskan juga asam pedas daging kakMidah untuk dimakan bersama. Sekian memori untuk hari Maulidur Rasul tahun ini.

- الْحَمْدُ لِلَّهِ عَلَى كُلِّ حَالٍ
All praises are for Allah in every condition.
 

20 comments:

adnil linda said...

alhamdulillah...semoga persahabatan kekal baik sampai bila bila..aamin

Sueann said...

Seronok jalan2 unplanned gini...dapat pulak kawan2 sekepala...

AMIIZAA@Mieja said...

dasyat semua sedondon lilac 😍 murah rezeki sha belanja semua kawan-kawan makan 💗💗💗

fanny Nila (dcatqueen.com) said...

Jantung rumah ini tadi saya pikir ajak anak2 😅😅. Ternyata teman2 ya kak.

Iissshhh sukaaa lah lihat persahabatan begini, dekat, bisa kluar sesekali, hangout bersama. Saya dan sahabat jauh2 lokasi rumah. Bahkan ada yg kedua pulau. Kami ketemu jika pas traveling setahun sekali 😅. Krn beda kota dan pulau

uncle gedek said...

Ini bestie forever la ni....

ch@ said...

adnil linda: Amiiin YRA, terima kasih mendoakan kita semua.

ch@ said...

sisSueann: Benar sekali, alhamdulillah.

ch@ said...

kakMieja: Wah, kakMieja panggil lilac eh? weols just ungu ja, hahaa. Amiiin YRA, terima kasih mendoakan kita semua kakMieja, love.

ch@ said...

fanny: Kita semua ada rezeki masing-masing.
Mak-mak kan jantung rumah masing-masing, ini kes bawa lari orang terpenting dlm rumah. Sesekali dorang memerlukan ruang dgn kawan2.

ch@ said...

uncle gedek: InShaaALLAH, amiiinkan doa uncle ni. terima kasih sudi singgah.

Aphizha said...

Sekali keluar, sakan masing-masing jalan tak ingat jalan pulang. Seronok kan sesekali keluar bersama. Bagi chance lah nak lepak sekejap. Comel je masing-masing sedondon. Eh, customer tu pun terjoin juga warna baju sama. Kebetulan pulak.

Bola Katok said...

Momen indah betul ni. Sekali-sekala dapat keluar macam ni best jugak.

Mama Zharfan said...

alhamdulillah, best dpt spend masa bersama2 gini

ch@ said...

sisAphizha: haaa tu la tu, boleh pula sama. Alhamdulillah, masing-masing tak boleh move-on. Dah balik pun still, apa nak tapau ye hari ni? ingat penghuni rumah. isk!

ch@ said...

Bola Katok: Payah juga nak gathering camni walaupun hari-hari jumpa.

ch@ said...

Mama Zharfan: Alhamdulillah, we did it!

mama tisya said...

kwn kami pernh gk pilih nk color lilac tp susah nk jmpa bj yg sesuai..sudahnya color tema kiranya yg senada dlm golongan pepel hehe

ch@ said...

mama tisya: eh lilac ni bukan ungu ke ea? hahaaa~... jadi baby ungu gitu ke? ku tahu nama warna hijau je, itupun blm khatam lagi.

✿Cik Cappuccino Latte ✿ said...

kadang bukan shopping atau makan yang penting, tapi moment me time dengan kawan tu sendiri yang paling berharga. Gelak sama-sama, borak benda remeh pun jadi terapi jiwa

ch@ said...

CKL: dulu, iya suka shopping dgn kawan2 sebab pendapat dorang sgt diperlukan, sejenis yg mmg suka berjalan. bila dah 40an, mls nak berjalan, just sit and do nothing, kdg bercakap pun guna mata ja, hahaaa~ memasing boleh faham pula tu.