Aku memulakan hari seperti biasa, hari ni happy sedikit sebab kakak Auni tiada sambung kelas lepas habis sekolah nanti, dia tiada kertas peperiksaan hari ini. Yeay, ada geng berborak bila balik nanti, ini kerana setelah dua hari berturut aku tidak balik dengan anak sendiri tetapi membantu membawa teamkakmidah yang lima orang namun semuanya mulut bagaikan terkunci, diam tanpa berkata. Hanya suara aku sahaja yang suka bertanya itu dan ini, YA ALLAH, I is jenggg!
Dorang memang tidak ramah betul antara satu dengan lain, sedangkan tiga orang daripadanya dalam satu kelas yang sama, satu aliran dan tingkatan. Pemalu ke? tidak geng ke? rasa macam eh korang ni, memang semua pendiam ke? bukan baru tahun ini pun mereka satu kelas, bahkan daripada tahun enam lagi. Dahulu, mereka sekelas dengan Arrizqi dan Nazir (anak kakMidah), naik tingkatan satu hanya Arrizqi dan beberapa yang lain memilih kelas aliran biasa di sesi petang, berbanding Kelas Aliran Agama di sesi pagi. Bila semuanya sudah krik-krik-krik aku sambung karaoke je la macam biasa, nasib situ.
Selesai hantar semua berlima pulang ke rumah masing-masing, aku masih berborak dengan Auni, bercerita tentang hari happy day satu kelas hari ini kecuali beberapa orang yang ambil kertas Tasawur Islam. Sampai rumah emak terus sambung tidur sekejap mikirkan masak tengahari pun sudah suma tinggal angkat jemuran saja sekejap lagi. Hari ini terlalu mengantuk, mungkin sebab puasa dan kekurangan minum air. Bangun solat Zohor dan sambung buat quilling sambil layan Wang Hedi drama The Guardian of Dafeng.
Petang ini aku tidak berhasrat untuk duduk bersembang sementara nunggu Adli dan Arrizqi pulang sekolah, kepala memikirkan rancangan esok hari, tangan membelek komik Slam Dunk. Sedang jauh berfikir, tingkap kereta diketuk. Linda, Nada dengan kakMidah menjengah, eh? kenapa? sememangnya, aku meletak kereta diantara kereta mereka berdua.
"sya, sorry lambat, naaaah!" Linda hulur sekeping kad dan beg kertas, alaaahaiii!
"terlajak birthday, selalu dengar terlajak raya je kan? kali ni terlajak beday, sorry tau lambat"
"aduhaiii kenapa comel sangat korang ni" aku buka kad membaca semua ucapan dalam tulisan tangan, aku sukaaa sangat! kakMidah pula ambil giliran, dia meletakkan beg kertas sebelah beg kertas Linda tadi di kerusi penumpang depan.
"sya, kad tu kira sekali tau, selamat hari lahir!" ucap kakMidah. Mama, me is going to cry.
"alaaa... kenapa susah-susah sangat ni. Bukan hari tu dah wish ke? kita suka yang macam ni je." aku angkat kad ulangtahun tadi. Aku belek lagi. Sambil mereka membebel dan bersembang menunggu anak masing-masing.
"tak cantik macam sya buat tau, sorry." Linda lagi, sudah berapa kali dia minta maaf. Semua orang tidak buat salah pun, why? why? aku suka kad dan ucapan bertulis tangan dibuat dari bahan kitarsemula, entah. Kreatif tu tidak ada yang salah, cantik di mata penggemarnya. Terima kasih, Linda, kakMidah, Fajjida, Nurul, Qatrunnada, Qisya, Shakeel, Qhaseh dan Qalesya, korang memang sweet, sayang ketat padat sampai tak muat.
Sebaik sahaja Arrizqi masuk kereta, mereka semua bersedia untuk pulang ke rumah masing-masing, aku masih tersengih membelek kad pemberian mereka.
"dapat hadiah lagi umie" kata Arrizqi.
"Syad, pergi beli eskrem potong dua" arah aku sambil hulur wang RM10, kacau betul aku nak layan perasaan. Sebaik sahaja Adli masuk kereta, dia membebel pinggang seluarnya sempit, dia yang dah besar seluar dipersalahkan, maleh aku. Sampai rumah, aku menyambung membelek hadiah lagi, tak boleh move-on. Kad ucapan tu, kreatif sangat!
Sekian hari yang biasa-biasa jadi luar biasa sedikit. Semoga hari pembaca baik-baik sahaja. Selamat berhujung minggu, kekanda ku pulang minggu ini, yeay! hati munga-munga. Nanti kita balas berkunjung okey.
![]() |
terpaling mahal. |
![]() |
sweet besfren ever. |
![]() |
buat love ye, comel tau siap pin macam hantaran. |
![]() |
she pasang cctv at my tiktok rasanya ni, she tahu warna tudung yang belum check-out. |
![]() |
pantang dengar aku nak diet, she order she bagi rasa. hmmmm... |
= Sahabat Sejati, Kini dan Nanti =
11 comments:
Tiba tiba boleh baca komik slam dunk tu mmg rare hahaha.. tak geng kot tu yg tak berckp or else semua pemalu hahahaha.. naik kete ramai2 tapi semua is krik krik.. mmg jeng dibuatnya .
Hadiah semua sweet sgt esp card tuu😍🥳
alolo sweetnya, Kak Fuzy pun turut tersenyum sendirian rasa mcm diri sendiri dapat
Betul kak. Segala sesuatu yg dibuat sendiri, pastinya sangat berkesan Krn lebih customised kan. Penerima akan merasa dihargai lebih, sebab itu buatan sendiri dan tak ada dua nya ☺️😉.
Bak kata pujangga... "Diet bermua esok..." hehehehe
semua mulut terkunci senyappp je ye hehehe.. sesungguhnya segala yg handmade itu mmg ada special value hehehe
Time Traveller:
Killing time, baca komik.
Mama Zharfan, fanny Nila, anamizu:
setuju, suka sangat!
umifuzy:
senyum kak senyum, awet muda.
uncle gedek:
takjadi juga esok, kena lusa.
sweet.yes, handmade card tu yg paling special kannn...
mummy_ayu:
sungguh betul.
Terasa janggal agaknya bila dah ramai-ramai atau tak tahu dah nak borak apa. Agaknya pemalu lah jugak kot. Buat kad sendiri tu ada sentimental valuenya berbanding kad cantik yang dibeli. Sweetnya masing-masing. Senyum sampai ke telinga ni. hihi...
Aphizha:
Dorang ni memang mengisi kesepian, tgk muka kita moring sikit, lekas je dorang tanya, kenapa? nak pinjam duit ke? nak makan apa-apa ke? baik sangat dorang ni. alhamdulillah.
Post a Comment