Saturday, 31 May 2025

Pameran Buku PWTC 2025.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

"umie, kakak dengan Intan nak pergi pesta buku." suara Auni sewaktu dalam perjalanan pulang sekolah.
"saya takde rancangan hendak pergi tahun ni, tahun lepaskan dah pergi. why not u pergi sendiri dengan Intan." sesungguhnya aku sendiri tidak rela melepaskan pun, don't you dare going without me, saja hendak menguji.
"alaaa, umie ikut sekali la, ada Fara, Iman tak tahu lagi, ayah dia susah sikit." pujuk Auni lagi.
"nantilah, saya susun jadual dulu. Saya nak kena kumpul kekuatan ni, kita balik Johor tanpa ur abie." jawab aku ibarat separuh emosi dah terbang.
"yeay, umie kan dah pernah journey dengan weols, siap singgah jumpa abie lagi. takpe, nanti kakak tolong temankan." tanpa putus asa Auni memujuk lagi, ye la tu teman. Walhal dia orang pertama akan tidur sebaik sahaja kita memulakan perjalanan.

Setelah berbincang dengan tuan asben, dia memberi kebenaran untuk aku temankan Auni dan Intan ke Pesta Buku Antarabangsa, KL tahun ini yang telah bermula seminggu yang lalu. Pada hari kejadian, Fara tidak jadi ikut  kerana tidak mendapat kebenaran keluar daripada ibubapanya, mungkin mereka tidak begitu yakin dengan kredibiliti aku as a mom, penjaga anaknya nanti. Tidak mengapalah. Rasa janggal pergi bertiga aku mengajak adik iparku Mija, yang dipanggil ciksu oleh Auni. Aku akan menunggunya di stesen LRT PWTC sahaja.

Perjalanan kali ini, lancar. Kita dihantar oleh Linda ke stesen MRT seawal jam sembilan pagi, tidaklah awal pun apabila orang sudah pun laju bergerak menuju destinasi masing-masing. Kali ini kami hanya bergerak dengan Touch and Go sahaja, kena pastikan nilainya cukup untuk perjalanan pergi dan balik. Tidak renyah untuk bergaduh dengan mesin beli token, hehe. Alhamdulillah. Banyak gelak daripada berbual. Entah apa-apa. Intan, aku perasan dia pakai tudung terbalik, tidak sempat sampai ke washroom, rupanya dia sudah betulkan sewaktu dalam kereta Linda tadi, macam magic.

Sampai di Stesen MRT Titiwangsa, kita bertukar tren LRT pula untuk ke PWTC, walaupun satu stesen, jika berjalan kaki mau lencun dengan peluh. Kita menunggu ciksu Mija di LRT PWTC, dia sampai tidak lama kemudian. Comel macam biasa. Adik tuan asben sedang menunggu tawaran mana-mana tempat belajar yang dipohonnya. Hendak berkerja abah tidak lepaskan, hendak duduk jauh-jauh, nanti abah sunyi. Hanya dia peneman abah di rumah, siap abah hadiahkan kereta untuk dia, siap tuan asben hadiahkan motosikal untuk dia, rezeki Mija jaga abah. Dengar sahaja aku keluar dengan Mija, lekas-lekas tuan asben top-up duit belanja. Terima kasih daun keladi, ada lagi tambah la banyak lagi!

Jadi kami bergerak ke pesta buku sebaik sahaja Mija sampai, berkicap juga. Gerai di luar dewan baru hendak memulakan operasi. 
"makan dulu atau jalan dulu?" tanya aku.
"jalan dulu umie, nanti ramai kat dalam tu." jawab Auni.
"betul juga." ok, kita set jam, set the step nak briswalk. Jika sudah niatnya temankan Auni dan Intan, maka memang tidaklah aku berhasrat untuk membeli apa-apa. Iya kah, pasti!?

Syasya dan buku berpisah tiada, lagi-lagi nampak reruai Daie Kreatif Venture (DKV) yang tahun lepasnya bukan main susah ditemui. Disambut pelukis komik Imanimex sendiri dengan ramahnya, tidak memasal aku memborong semua komik yang dilukisnya sendiri. Aigooo! Kemain hebat dia meracun aku supaya membeli, buku komik ilmiah. Best juga, hendak baca novel panjang-panjang, aku malas. Dia bertanya, mana satu anakku? aku memperkenalkan Auni, Intan dan Mija. Dia nyatakan emak pun dah nampak sebaya je ha, keke!

Kita berjalan dan mencuci mata, Intan dan Auni asyiklah hilang dalam keramaian. Lega juga ada Mija, tidaklah aku keseorangan. Sememangnya hari ini untuk Auni dan Intan. Kita sempat main treasure hunt di reruai Iman Publication sambil menunggu Auni dan Intan beratur untuk membayar hasil mengailnya. Cukupkan empat cop dan redeem the gift, tidak pepasal terjebak. Aku bersama Mija yang pada awalnya membelek tajuk buku, bila orang semakin ramai kami beralih main stamping. Dapat redeem, baucer KFC dan diskaun jika beli buku di Iman Publication. Malangnya Auni dan Intan sudah pun membayar buku yang mereka beli tanpa sempat dapat diskaun. 

Naik lagi satu tingkat, menunggu Auni dan Intan lagi bershopping untuk kawan-kawannya pula, baiknya lahaiii. Aku dan Mija menunggu di reruai Al Hidayah House. Bagus anak-anak, korang bagi mak tempat menunggu yang menginsafkan. Mahu sahaja aku membeli satu Ensiklopedia Rasulullah berkulit tebal namun melihatkan tulisannya halus bebenor, aku membatalkan hasrat. Lawa-lawa design kulit buku, memikirkan aku tidak bawa beg sandang, makanya beli yang tipis-tipis sahaja.

Selesai, aku bertanya mereka sama ada mahu shopping lagi atau keluar daripada situ kerana orang semakin padat, jalan pun sudah tidak nampak lantainya. Mereka mengajak keluar, jalan melalui truck menjual makanan, banyaknya. Namun, kita hanya berlalu pergi, bawa ge'girl' kan? semua sabar bila part makan. Macam biasa kita melawat Sunway Putra Mall untuk cari tempat makan tengah hari. Auni dan Intan sudah aim Mr. DIY, LAH! Kita makan di Secret Recipe, masing-masing dengan menu tersendiri. Intan dengan nasi goreng, aku dan Auni memilih pasta dan Mija dengan chicken butter. Air pun weols share sahaja, Auni coffee hazelnut, Mija epal asam boi, aku dan Intan air masak yang di bawa sendiri bagi mengurangkan bebanan beg.

Selepas makan, berjalan lagi di mall untuk mencari Mr. DIY, dalam perjalanan berjumpa pula dengan deretan Bakhlava from Syria. Alahaiii ini sangat menggoda. Ini kegemaran aku. Sukanya. Satu box RM40, aku beli dan aku makan seorang, huhuuu. Bila lagi! Keluar kali ini, aku berjaya tidak mencari coffee. Syabas Syasya! Sambung lagi, menuju Mr.  DIY. Aku dan Mija duduk bersila di hadapan pintu masuk Mr. DIY, kitanya menua. Lenguh betul kaki aku. Auni dan Intan menghilang lagi. Aku buka Bakhlava, makan satu, buat macam di rumah pula  siap berlunjur kaki duduk bersandar, ahahaha. Datang dua orang lain, duduk sebelah buka bekal, eh? memang baik punya port ni.

Aku merayu Auni supaya cepat, kejap lagi kita perlu menunggu bas, nak drive lagi. Cepat? tidaaak. Sambung shopping dalam Noko pula, aku hanya beli pewangi dan Mija beli tempat makanan kucing, ahahahaaa. Dapat plastik lutsinar pula, Mija ajak masuk Brand Outlet (BO) untuk dapatkan beg plastik canggih sikit. Eh, aku jumpa kasut sama persis dalam chart ttshop aku wei, ermmm. 

Habis sahaja shopping, ayuh kita pulang. Kita berpisah dengan Mija di stesen LRT PWTC. Tukar naik MRT di Titiwangsa dan terus pulang ke Sg. Buloh. Ngam-ngam tidak lama kemudian, bas pun hendak bergerak, kita turun di sekolah kebangsaan kerana di situlah aku meletakkan kereta tadi. Membeli ayam crispy kiriman Arrizqi dan menghantar Intan pulang ke rumahnya. Tidak berhasrat untuk ke mana-mana maka terus balik rumah. Kepenatan.

Di rumah, barang-barang ttshop mula tiba satu persatu. Alhamdulillah, sudah surut sikit chart ttshop aku, ahahaha! Aku beli mini vakum brand Simplus. Best-best! Aku beli baju kurung. Aku beli mini periuk nasi ngam-ngam untuk masak empat orang. Semoga my tuan asben terus dilimpahkan rezeki berkah melimpah ruah. Alhamdulillah. Sekian cerita PBAKL tahun 2025 ini, ada rezeki continue nextyear. Suka!

bila kau depan, memang HD la kekdahnya.
some of my friend said, semua nampak sebaya apabila gambar ini dimuatnaik di status wA.

Auni dan Intan.

ralit main ni, mengisi masa.

makan.

pencuci mulut.

nanti jumpa lagi okey.

berat jugak.

begitulah kehidupan.

iya, terbeli. RM45. tak puas pakai kasut putih sekolah dulu.


HAPPINESS is FREEDOM

 

Wednesday, 28 May 2025

Ujian Meningkatkan Kesabaran.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Jam menghampiri 10malam, ok masa untuk kemas meja kerja, makan malam pun sudah selesai, dapur sudah berkemas, buka Netflix, cari kudapan, bentang tilam, time for landing sambil menonton The Starry Love. Mula macam so-so je citer ni, eh melekat pula hendak menyampaikan episod terakhir. Kejap terlena, kejap tersedar undur semula scene Starry Love sampailah terdengar bunyi mengiau yang panjang.

Makin lama makin nyaring pula, tepi telinga je bunyinya ni. Suaranya halus tetapi nyaring. Argh sudah! aku buka mata besar-besar mencari punca siapakah punya suara membingit telingna di hari hampir ke tengah malam. Mata ku liar seisi rumah yang sudah separuh gelap, Krimer dan Vico catwalk dari arah dapur, memasang telinga juga, kepala keduanya tegak. 

Aku pasti ini bukan suara Vico, suaranya besar sedikit. Aku buka lampu suluh di handphone menjengah bawah sofa.
"alaaaaaaaahaaaaaiiiiiiiii Latte!" suara aku mengeluh, dalam hati rasa nak memaki. Sebenarnya aku dah kurung si Latte ni, untuk ia beranak dalam sangkar yang semuanya dah disediakan. Tuan asben la ni, gatal pergi keluarkan dan tidak dimasukkan semula. Ergh! 
"Kenapa umie?" Arrizqi datang menunduk gaya sama dengan aku. 
"Latte dah beranak, ada dua ekor." aku menjawab sambil berfikir macam mana aku hendak ngejakan. Bawah sofa nyah! mau tidak kena angkat sofa ni, keluarkan warga si Latte. Ruang tamu kembali terang walhal tengah malam.
"Lah, umie gunting je alas hitam tu, nanti angkat sofanya." kata Arrizqi. 
"ada tiga ekorlah anak dia, umie gunting dulu benda hitam tu, nanti saya tolong." tawar Arrizqi. Dia keluar membuka kandang dan mengambil besen. Jam 11.30malam weih. Aku dah lali-lali kena berkerja. Nama Adli pun kujerit sama, suruh membantu Arrizqi. Mereka berdua memindahkan Latte dan kiddos masuk sangkar. Sofa sudah pun diangkat untuk memudahkan proses membersih. Kerja-kerja membersih siap dengan seadanya, esoklah sambung deep cleaning terus, fuh! apa-apahal tidur dulu.

Sebaik hantar Auni ke sekolah, aku mengadap sangkar Latte dan bala tenteranya, bukan dua ekor bukan tiga ekor anaknya tapiiiii enam ekor. Noooowh! banyak kau. Aku hantar gambar buat si bapa aka tuan asben, macam biasa dia hanya bagi arahan sahajalah. Maleh aku! Aku tukar alas kotak, topup makanan dan air untuk Latte. Hang dudukla dulu jaga anak, jangan harap dapat keluar sangkar, lepas mandul baru kau bebas, ada faham! Ngiiiiiiiaoaaaaw! - ok bagus.
"ada berapa ekor anak ia umie?" tanya  Adli.
"enam." aku menjawab pendek sambil menguli si Vico dan Krimer yang landing atas sofa sama tempat aku duduk.
"banyak betul!" itu je respon si Adli.

Awal-awal ni harmoni je lagi, tunggu le besar si Vico - Krimer ni esok, mau terbalik rumah aku. Vico dan Krimer ni pun anak si Latte juga. Seekor lagi Kopi, suka sangat masuk bawah kereta, ikut tuan asben keluar hilang di pertengahan jalan. Udahlah gelap gelita bulunya, hilang tanpa khabar berita. Okey sekian cerita di satu hari di tengah malam. Kita wait and see je la dorang membesar.

semoga bertambah dakkutip ni, bertambah tinggi jugalah kesabaran aku.

Tuesday, 27 May 2025

Ais Krim Yang Mencair.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Akhir-akhir ini, aku craving dengan ais krim potong kacang merah, harga pun singgit dimakan sebaik sahaja selesai makan nasi. Stok dalam peti sudah habis, makanya petang semalam sebaik nampak kelibat Arrizqi balik sekolah, dengan tidak berfikir panjang memborong ais krim potong sampai RM6 dan entah apabenda lagi si Arrizqi beli jadilah RM12.50. Bila Adli masuk kereta aku tengah layan ais krim poli yang sudah bocor plastiknya, aih! melekit. 
"wei, saya lupa la nak pergi sc tapi pergi beli ais-krim pulak." bebel aku sambil mata memerhati sekeliling, suasana masing terang dan perkarangan sekolah rendah itu agak lengang kerana sekolah rendah tutup hari ini.
"kalo balik rumah dulu, saya dah malas hendak keluar semula." menunggu pendapat Adli-Arrizqi.
"ajom pergi sc, sempat la umie!" Adli menjawab pantas.
"tak cair ke? satgi meleleh bagai." aku beralasan.
"boleh je umie, balik nanti boh la dalam cawan." Arrizqi di tempat duduk belakang menyampuk. Oke nampaknya semua hendak pergi sc.

Bila sampai sc, dapat parking cun-cun ja, Arrizqi tarik bakul seraya memilih coklat.
"boleh beli sampai berapa umie?" tanya Adli sebelum hilang di rak biskut.
"beli je la apa abang nak makan." aku menjawab, memang selalunya begitu. Paling tinggi pun RM200 sekali belanja. Bawa dak berdua ni, dorang akan membeli sambil mengira, masih dapat beli semua barang namun harganya masih di bawah RM200. Sampai pertengahan, rasa macam banyak pula hendak dibeli, dari bakul tukar troli. Arrizqi tolak, Adli jaga depan. Troli pasaraya biasa dengan ketidak synchronize nya. 

Jalan-jalan cuci mata, aku beli apa yang tiada di rumah sahaja dan sendiri hendak makan, urusan bekalan stok kudapan serah pada daktiga, kerana mereka sahaja yang makan, jika aku pandai-pandai makanya tidak berusiklah makanan tu nanti.
Leka berjalan turun naik pasaraya, barulah teringat ais krim dalam kereta. Eh?
"wei ais krim cair, jom balik. Korang pergi kaunter dulu, saya nak cari minyak masak." aku menghilang di rak kawasan belakang dan Adli muncul.
"cepatlah, lepas ni turn adik" muka cuak si Adli, ahahahaaa. Ghisau kome ye! 
Tiba giliran kami di kaunter bayaran Adli tarik aku menjauhi meja kaunter, dia dengan Arrizqi menguruskan barang-barang, aku hanya swap mydebitcard dan memandu pulang sahaja, ooogitu!

Balik rumah, Auni sambut barang dagangan di muka pintu. Arrizqi berlari menyelamatkan ais krim yang sudah cair. 
"okey tak eskrem saya?" tanya aku memecah keriuhan didapur, mereka mengemas barang.
"ok tapi bentuknya dah jadi lain." jawab Arrizqi.
"ada satu batang kayunya dah hilang, tenggelam." terang Adli membelek ais krim. Aku melihat sahaja dari pintu tengah dapur. Biar sahajalah di peti tu, nanti-nanti bekulah semula. Alhamdulillah, selesai satu hari yang tenang. Hari sibuk bakal bersambung lagi nanti. Sekian cerita ais krim potong.

eskrem potong sudah hilang sebungkus.
aku fikir, ceo drama china je pergi shopping smart macam ni, anak aku pun tergolong sekali rupanya. Yang belakang tu, hendak keluar kan baju pun dia minta permission masih lagi bertali leher.

tema black-white minggu ni, tudung bawu.

Sunday, 25 May 2025

Kasut. Kesilapan Mata Memandang.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Bila celik mata, aku suka betul ukur tapak kaki aku dengan Adli atau Arrizqi, hahaaa! Jika ada tuan asben, aku buat benda sama. Entah, jadi tabiat lak. 

Dengan Adli aku sudah kalah tiga saiz, saiz 40. Dengan Arrizqi, eh? 
"umie kena belikan saya kasut baru." pabila aku membanding tapak kakiku dengan Arrizqi. 
"kasut saya dah bocor kat ibu jari." betullah tu kena beli kasut baru. Saiz seluar pun sudah menghampiri saiz abang. Abang naik lagi satu saiz apabila seluar tuan asben pun dikebaspakai. Adeih!

Bermulalah ukur mengukur tapak kaki. Disebabkan aku malas hendak bawa ke kedai, kita beli online saja. Try test coba. Bila ukur kaki Arrizqi size 39, hang biar betik Arrizqi? 
"confirm ke Syad?" aku bertanya, macam risau, macam kenapa besar sangat? tak percaya.
"confirmla, beli je la umie. Kalo besar sangat umie pakai, kalo kecik kita sedekahkan, kawan-kawan umiekan ramai." balasnya selamba. Gitu pula! aku pun check-out dengan selamba. COD rumah oren, sebab kakak SPXpress tu memang da cong baik dengan aku. Dulu, sama menggebang tunggu anak-anak balik sekolah. Alih-alih dia jadi kurier pula.

Bila sudah dua tiga hari senyap sepi tanpa khabar, aku jadi curious. Selalu tu, cepat je sampainya. Dan, barulah terbuka mata luas nak semak semula pembelian. Lah!!! not from Selangor, it's from China, aaahaaaah! bersabarlah ya. Jangka sampainya 26hb namun 24hb kak CT SPX sudahpun hantar notis untuk penghantaran. Yeay!

"Syasyaaa...!" kak Siti memanggil namaku sebaik melihat aku membuka pintu.
"risau akak, ingat Syasya pergi bersukan di sekolah." katanya.
"taklah, kita mana ada anak sekolah rendah lagi." jawab aku mengenakan tudung, tudung pun terbalik, lantak situ.
"eh, dah takde sekolah rendah? ooo ye la anak kau sebaya anak akak." dia tanya dia jawab. Lepas tu panjang lagi berborak di pagar sahaja, kisah kasut juga. Kasut barunya habis dikebaspakai oleh anak-anaknya, ahahaa. Masing-masing tengah membesar.

Aku menyuruh Arrizqi cuba kasut yang baru. Aku sarung, longgar nyah!!! size 39, lah sudah panjang betul kakinya.
"elok umie, ngam-ngam!" sebaik sahaja sepasang kasut baru disarung. Anakku membesar lagi, huuu....
"terima kasih umie. Sempat saya pakai Isnin nanti." katanya sebelum tenggelam bermain game dengan Adli. Ada kisah baca buku? tiada.
 
Sekian cerita kasut yang disangka pesan dari Selangor, rupanya China, hrmmm.
Brooch tudung pun sama, ku fikir ku order dalam Malaysia, lah China juga. Apa sudah jadi dengan otak aku masa hari membuat pesanan tempohari? entahla.


Thursday, 22 May 2025

Buat Aku Tersenyum.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Aku memulakan hari seperti biasa, hari ni happy sedikit sebab kakak Auni tiada sambung kelas lepas habis sekolah nanti, dia tiada kertas peperiksaan hari ini. Yeay, ada geng berborak bila balik nanti, ini kerana setelah dua hari berturut aku tidak balik dengan anak sendiri tetapi membantu membawa teamkakmidah yang lima orang namun semuanya mulut bagaikan terkunci, diam tanpa berkata. Hanya suara aku sahaja yang suka bertanya itu dan ini, YA ALLAH, I is jenggg!

Dorang memang tidak ramah betul antara satu dengan lain, sedangkan tiga orang daripadanya dalam satu kelas yang sama, satu aliran dan tingkatan. Pemalu ke? tidak geng ke? rasa macam eh korang ni, memang semua pendiam ke? bukan baru tahun ini pun mereka satu kelas, bahkan daripada tahun enam lagi. Dahulu, mereka sekelas dengan Arrizqi dan Nazir (anak kakMidah), naik tingkatan satu hanya Arrizqi dan beberapa yang lain memilih kelas aliran biasa di sesi petang, berbanding Kelas Aliran Agama di sesi pagi. Bila semuanya sudah krik-krik-krik aku sambung karaoke je la macam biasa, nasib situ.

Selesai hantar semua berlima pulang ke rumah masing-masing, aku masih berborak dengan Auni, bercerita tentang hari happy day satu kelas hari ini kecuali beberapa orang yang ambil kertas Tasawur Islam. Sampai rumah emak terus sambung tidur sekejap mikirkan masak tengahari pun sudah suma tinggal angkat jemuran saja sekejap lagi. Hari ini terlalu mengantuk, mungkin sebab puasa dan kekurangan minum air. Bangun solat Zohor dan sambung buat quilling sambil layan Wang Hedi drama The Guardian of Dafeng. 

Petang ini aku tidak berhasrat untuk duduk bersembang sementara nunggu Adli dan Arrizqi pulang sekolah, kepala memikirkan rancangan esok hari, tangan membelek komik Slam Dunk. Sedang jauh berfikir, tingkap kereta diketuk. Linda, Nada dengan kakMidah menjengah, eh? kenapa? sememangnya, aku meletak kereta diantara kereta mereka berdua. 
"sya, sorry lambat, naaaah!" Linda hulur sekeping kad dan beg kertas, alaaahaiii! 
"terlajak birthday, selalu dengar terlajak raya je kan? kali ni terlajak beday, sorry tau lambat"
"aduhaiii kenapa comel sangat korang ni" aku buka kad membaca semua ucapan dalam tulisan tangan, aku sukaaa sangat! kakMidah pula ambil giliran, dia meletakkan beg kertas sebelah beg kertas Linda tadi di kerusi penumpang depan.
"sya, kad tu kira sekali tau, selamat hari lahir!" ucap kakMidah. Mama, me is going to cry.
"alaaa... kenapa susah-susah sangat ni. Bukan hari tu dah wish ke? kita suka yang macam ni je." aku angkat kad ulangtahun tadi. Aku belek lagi. Sambil mereka membebel dan bersembang menunggu anak masing-masing.
"tak cantik macam sya buat tau, sorry." Linda lagi, sudah berapa kali dia minta maaf. Semua orang tidak buat salah pun, why? why? aku suka kad dan ucapan bertulis tangan dibuat dari bahan kitarsemula, entah. Kreatif tu tidak ada yang salah, cantik di mata penggemarnya. Terima kasih, Linda, kakMidah, Fajjida, Nurul, Qatrunnada, Qisya, Shakeel, Qhaseh dan Qalesya, korang memang sweet, sayang ketat padat sampai tak muat.

Sebaik sahaja Arrizqi masuk kereta, mereka semua bersedia untuk pulang ke rumah masing-masing, aku masih tersengih membelek kad pemberian mereka. 
"dapat hadiah lagi umie" kata Arrizqi.
"Syad, pergi beli eskrem potong dua" arah aku sambil hulur wang RM10, kacau betul aku nak layan perasaan. Sebaik sahaja Adli masuk kereta, dia membebel pinggang seluarnya sempit, dia yang dah besar seluar dipersalahkan, maleh aku. Sampai rumah, aku menyambung membelek hadiah lagi, tak boleh move-on. Kad ucapan tu, kreatif sangat!

Sekian hari yang biasa-biasa jadi luar biasa sedikit. Semoga hari pembaca baik-baik sahaja. Selamat berhujung minggu, kekanda ku pulang minggu ini, yeay! hati munga-munga. Nanti kita balas berkunjung okey. 

terpaling mahal.
sweet besfren ever.
buat love ye, comel tau siap pin macam hantaran.
she pasang cctv at my tiktok rasanya ni, she tahu warna tudung yang belum check-out.
pantang dengar aku nak diet, she order she bagi rasa. hmmmm...

= Sahabat Sejati, Kini dan Nanti =

Wednesday, 21 May 2025

Misteri "x".

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Masuk minggu ke dua daktiga menghadapi Pentaksiran Pertengahan Sesi Akademik (PPSA) 2025, bahasa pasarnya periksa tengah tahun. Sebagai emak, aku hanya mengerah dorang membaca buku dan melayari nota subjek di tiktok, hahaaa. Lawa-lawa kot nota yang dikongsikan, aku pun jadi hendak ikut belajar sama. 

Aku tiada masalah sangat dengan Auni dan Arrizqi yang nampaklah juga "belajar"nya cuma si Adli, yang nombor dua, penghidupannya itu sama je, peperiksaan atau tidak "saya kan dah masuk tidur awal." gitu je? gitu je? at least berlakonlah sikit. Buat rasa-rasa vibe peperiksaan. Petang semalam, Arrizqi turun dahulu mendapatkan aku. Senyum.
"Sains tu, senang je umie. Yang saya baca semuanya keluar." ujarnya sambil diperhatikan kakMidah dan Linda.
"Matematik?" aku bertanya.
"okey je, awal-awal tajuk senang." jawabnya sambil berlalu ke kereta. Itu Arrizqi. 

Tidak lama kemudian Adli pula sampai bertanya sama ada emak ada beli kudap-kudap atau pun tidak.  Semalamnya, dia sudah kongsi ayam gunting dengan Arrizqi. Emak jawab tak ada, jom balik makan di rumah saja.
"so macam mana misi mencari x?, okey ke soalan?" emak bertanya.
"saya tak hafal satu rumus, tak sempat hafal Syafik ambil kertas umie print tu." lah! Matematik, kena banyak buat latihan.
"jadi tidak jumpalah dengan x?" tanya emak sambil tergelak membayang perbualan Isnin lalu.

"Matematik senang tak Ersyad?" emak bertanya sewaktu dalam perjalanan balik sekolah.
"senang je" jawab Arrizqi, dia dengan Auni memang suka matematik. 
"mana ada senang, adik tunggulah tingkatan 2 nanti, asyik kena cari x je!" tiba-tiba Adli menempelak. Emak diam, mencerna. Dalam fikiran, iya tak ya juga. 
"x ada sebelah y" jawapan Arrizqi buat aku tergelak, laju kepalanya berfikir. 
"nama je matematik tapi semuanya huruf abc, xyz punca kuasa, tiba-tiba cari x? lah! apa masalah dengan x tu pun taktahulah! misteri betul!" Adli meluahkan rasa berbukunya, membuatkan emak pun jadi berfikir sama. Aku dulu pun kena cari x juga? kaaan?
"kat jawapan takde ke bang? x sebelah y" Arrizqi meng'api'kan perasaan si Adli. Walhal dia pun mengadap sama je, cuma Arrizqi ni nampak suka belajarnya.
"adik tengoklah nanti, daripada tingkatan 1 sampai tingkatan 5, asyik cari x ja villain betul." part ni emak dah berdekah. Berdendam betul Adli dengan Matematik. Lama lagi hendak habis sekolah Adli.
"abang berdendam betul dengan x ni!" emak menambah, macam rasa boleh meredakan emosi Adli.
"entah apa gunanya si x tu bila lepas sekolah, cukupla saya tahu kira tambah, tolak, darab, bahagi, nilai duit, untung, rugi" bebelnya lagi. Ya ALLAH anakku! emak hilang kata-kata. Hendak menyokong, perkataan terbaik hanya tersekat dalam kepala sahaja. 
"takpela bang, abang score mana yang boleh, saya taknak markah tu merah. Itu ja!" emak percaya, Adli sejenis nampak tak belajar, bila keputusan dia boleh cemerlang. Selalunya memang cikgu sahaja yang akan nampak potensi dia.

Hari ini kertas Pendidikan Islam dan Sejarah, kata Arrizqi boleh cair otak hendak kena baca semuanya. Emak hanya gelak, emak tolong mana yang boleh sahaja. Selebihnya diri sendiri kena berusaha. Minggu peperiksaan jadual waktu balik Auni pun tidak menentu, ada hari balik awal ada hari balik lambat kerana ada kelas tambahan. Apa-apa yang berkaitan belajarnya ni, semuanya kena bermula awal. Sekian bebelan emak-emak.

Borak dengan anak-anak SMK ni, kena jadi macam member, baru seronok. Semoga diterangkan dan ditenangkan hati untuk menjawab soalan peperiksaan. Sikit je lagi, minggu depan cuti sekolah pun bermula. Let's go!

abang-adik.

my chaotic duo

with daktiga

Friday, 16 May 2025

Selamat Hari Guru 2025.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Sebulan awal aku telah menyediakan sedikit cenderahati untuk guru kelas daktiga. Aku usahakan membayar yuran PIBG sebelum hari guru menjelma, kita permudahkan urusan orang, ALLAH swt permudahkan urusan kita.

Disebabkan guru kelas daktiga kesemuanya wanita, maka... ku hadiahkan sehelai apron bersulam "Best Teacher Ever", dua batang pen dan sekeping fridge magnet berlabel hari guru. Aku siapkan juga sekeping tag kad untuk kenang-kenangan yang dihasilkan daripada tag baju zumba dahulu, kes sayang hendak dibuang lepas bertahun mulalah terasa semaknya menyimpan.

Balut dengan mudah kerana ketiganya sejenis semua kasi sumbat dalam beg, aku balut dengan sugar paper dan ikat reben diluar. Tidak rajin hendak mencipta kotak daripada kertas kotak yang sudah dilipat susun untuk di letgo ke lori recycle. Apa ada sahajalah. 

Hari ini juga, hari ulangtahun kawan aku Intan, jangan tanya nama penuh dia, aku taktahu. Dia punya sambal bilis hijau sangat sedap dan nasib baiklah dia masih belum lupakan aku, ahahahaa. Mana tidaknya, jumpa pun sebelum PKP, lepas itu memasing entah ke mana-mana, pernah sekali terjumpa di depan sekolah, berborak, siap peluk-peluk, kita suka orang peramah, selebihnya kitorang bersembang di IG sahaja. Setiap tahun aku akan wA dia untuk memberi ucapan hari ulangtahun kelahiran, aku susah hendak lupa ulangtahun dia sebab satu tarikh yang sama dengan crush drama Korea aku, si Joo Ji Hoon oppa! hehee...

"kenapa suka dia? eee tak ensem!" kata kawan aku bila dia nampak drama Joo Ji Hoon di story IG aku. Eh, crush aku suka hati akulah kan, hahahaa. Biar tak ensem janji berlakon tak kayu. Saeng-il Chukhahae Oppa! 

Di hari guru ni juga, entah datang angin sepoi-sepoi, aku pergi basuh dua helai karpet di ruang tamu. Aku sumbat dalam mesen cuci pakaian tu, tukar setting duvet- duvet tu pebenda wei? jap tranlate sat. Ooo cam cadar/selimut yang tebal tu ea, takpe la dah selamat dicuci karpet TTShop tu. Sikit jam lagi kering la tu, boleh terus bentang semula. Sudah rupa padang bola rumahku jadinya. Bila tuan asben tiada, memang kepala aku memacamlah hendak dibuat. Bila dia ada, eheh! tiba-tiba rasa tiada tenaga, semuanya jadi tidak rajin.





teacher at home, driver on the road.

So aku hendak pergi ambil si Auni pulang sekolah, ada kelas matematik tambahan sebelah petang dan dia tidak mahu balik dengan adik-adiknya. Special treatment betui pempuan ni, kesayangan tuan asben, muehehe! Selamat Hari Guru. Semoga semuanya dibawah rahmah Allah swt, daaa...
GURU PEMACU REFORMASI PENDIDIKAN 

Wednesday, 14 May 2025

Ujian dan Kehidupan.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Nampak macam sama hakikatnya memang ada yang berbeza. 

Nampak macam kuat hakikatnya entah berapa kali rebah namun tetap tidak putus asa.

Nampak macam tidak apa-apa hakikatnya hati telah remuk berkecai.

Nampak macam biasa hakikatnya diabaikan berkali-kali.

Nampak macam ceria hakikatnya menangis menanggung emosi.

Nampak macam bahagia hakikatnya kepala merekod segala macam cerita duka.

Nampak macam baik-baik belaka hakikatnya melalui pelbagai perangai.

Kita nampak sama namun hakikatnya tetaplah tidak sama. Kita hendak buat apa? Raikan sahaja.
Ujian kita takkan sama kerana kita punya kekuatan yang berbeza. Kita kekal istiqomah, kita kekal kuat. ALLAH swt setiasa menunggu tangisan dan aduan hambanya. 

#donejiwangs #don'tcryingsyasyaisstrong 

Syeseyekali uols, alhamdulillah semoga semuanya dipermudahkan urusan harian. Minggu peperiksaan sudah bermula. Aku menghilang!



Tuesday, 13 May 2025

Bawal Kosong.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Bawal tapi bukan ikan; tudung bawal.

Markah bila hantar kertas soklan tanpa jawapan; markah kosong.

Hati bila banyak sangat emosi, sampai taktahu hendak diluahkan yang mana satu; hati kosong.

Air minuman yang diperlukan 2 liter hingga 3 liter sehari; air kosong.

Hati tanpa baca Al Quran dalam sehari; hati kosong.

Fikiran tanpa berfikir apa-apa: fikiran kosong.

Kain bila tanpa corak; kain kosong.

Tudung bawal tanpa sebarang corak; tudung bawal kosong. That's the point.

Lately, aku tersuka dengan tudung bawal kosong berbidang 50 dan ke atas, makin besar bidang makin aku suka - tak ustazah sangatkan? Sehingga hari ini, bawal di bawah saiz itu sudah banyak aku sedekahkan kepada orang lain, untuk Auni kita share sahaja bawal yang ada. Auni bukan sejenis suka melaram, dia ke arah apa adanya. Simple!

Satu kelemahan bawal kosong ni, bila sudah basuh jadi pening hendak perhatikan masa satu depan, mana satu belakang, disebabkan itu aku meletakkan butang katup sebagai penanda, guna apa yang ada depan mata, hehe.

Masih ada lagi warna yang belum di shopping kan, sabar dulu. Aku hendak cari warna emerald green, sudah tiga kali check-out bila sampai, warna tak sama dengan yang aku mahukan. Lain kedai, lain emeraldnya. Kenapalah mereka tidak gunakan kod warna sahaja? lebih tepat dapat warnanya.

kena tanda, biar tempat pin tu setempat ja, barulah awning helok.
 
lipat je, letak dalam laci. kebanyakkan bawal corak daripada teman-teman.

Kenapa bawal? sebab bila pakai shawl muka aku jadi bulat betul lepas tu kan melekat kat pipi, aaaa... rasa sesak sangat muka kita. Tapi, jika ride dengan tuan asben, kena pakai bawal style shawl atau pakai shawl, jika pakai bawal seperti biasa rosak awning boleh murung wooo, part pakai helmet tu, tuan asben tekan bior betul-betul elok di kepala, ergh! Biasanya dia akan tanya dulu nak naik kereta atau moto, cepat je la aku jawab kereta, hahahaaa! leh healing sebab ada driver. Kita dah selalu jadi driver daktiga, tudung pun elok, hati pun ikut munga-munga.

Camtula kan? banyak tudung macam banyak kepala, suka sangat. Elleh, tuan asben pun kepalanya satu helmetnya sampai 5, hahahaaa. Jadi, dia layankan saja. Sekian cerita, pabila warna bawal kosong tidak match dengan kurung yang dipakai, ergh! 

style paling suka. terpaling.

style bawal jadi shawl. biasa jadi bila bawal bidang kecik atau awning tak jadi.

shawl, bulat seperti pinggan wajahku itu. ahaaah!

style paling tidak rajin.

Doakan aku sentiasa istiqomah, menutup aurat itu wajib bagiku!

Monday, 12 May 2025

Ada Yang Manis Tapi Bukan Gula.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Kebiasaan Ahad hari gantung kuali kerana tuan asben akan tapau sarapan dan makan tengah hari sebelum balik Melaka. Ahad kali ini, aku ke dapur juga apabila melihat daktiga asyiklah ulang alik dapur dan ruang tempat dorang main game. Megi goreng dan samosa otak-otak sahaja. Itupun merangkap makan tengah hari terus. 

Tuan asben balik mengayuh basikal, itulah aktivitinya setiap pagi bila pulang. Dia datang memberi back-hugs dengan aku yang sedang mengadap tumisan dalam kuali. 
"masak apa?" tanyanya menjengah kuali.
"megi goreng" jawapan pendek kuberi, kita ni emo bila jadual Ahad tu tak macam biasa.
"petang nanti kita keluarlah, pergi tengok wayang" dia bergayut di bahu aku. Eh, macam mana dia tahu aku hendak tengok wayang?
"petang? bawa daktiga?" tanya aku membalik bahan tumisan.
"ikutlah" jawapannya.
"kita kuar malamlah, dating. Berdua ja. Midnight!" aku cuba berkompromi sambil angkat-angkat kening.
"ikutlah, nak petang ke, nak malam." dia berlalu pergi. Aku menghabiskan perang dengan dapur. Sebelum di temuramah Arrizqi bertanya itu dan ini, Arrizqi menunggu aku siap masak.

Petang berlalu, sambil baca komik Slam Dunk otak aku berfikir menu makan malam untuk daktiga. Si Arrizqi minta nasi dan telur goreng, tidak pasal-pasal aku kena masak nasi juga, dak ni tidak beri peluang langsung. 
"kita pergi berdua je ea?" tanya tuan asben di balas dengan anggukan pantas aku dan gegas ke dapur siapkan menu teringkas untuk daktiga. Disuruh buat sendiri, macam-macam alasannya, menyampah aku.

Tuan asben telah tempah tiket jam 8.45pm bermakna kita keluar lepas maghrib tepat jam 8.00pm. Macam lipas aku bersiap, hahaa! Ini bukan midnight tapi night je tapi okey je la, selagi berdua. 

Lama betul tidak menikmati angin malam, lawa gila lampu-lampu di jalanan, kena pula hujan rintik masih turun ditambah lagi tuan asben memandu kelisa membangkitkan lagi nostalgia zaman berchenta dolu-dolu. Dolu, dari Cheras ke Damansara. Sekarang dokek yo sebelah menyebelah, 20 minit terbang, sampai Damansara tu- nampak nipunya. 

Tidak berlengah lagi, kita terus ke TGV Cinema. Akulah, 40kali pergi One Utama (OU) ni, 40kali tu la aku sesat sememang tak kuasa nak menghafal segala ceruk tingkat OU tu, lagi tempat letak keretanya, heh! capek. Aku pernah sesat dalam OU ni sampai lambat masuk opis, hehe! Dulukan kita ulangalik tempat kerja dengan OU untuk keluar makan tengah hari.

Tuan asben belanja pop-corn dan latte, self service. Pastu kita layan wefie jap, layan iklan dan okey time to Beto Kusyairi. Kita tengok filem Gayung bukan untuk ceduk air tetapi Silat Gayung. Untuk aku, ok je leh Google la ye, aku memang tidak reti jadi pengulas filem ni, bagi aku momen menonton filem di panggung wayang tu yang penting, muahahaa!

Bila tayangan sudah habis, kita pun terus berlalu pulang. Aku ajak tuan asben ke pasaraya SC untuk beli sedikit barang dapur, sedikit? tiada maknanya jika yang bershopping itu adalah aku, dua plastik besar juga, aku ambil kesempatan je, tidak mahu balik rumah awal-awal.
"nak burger tak?" tanya tuan asben apabila ternampak gerai Otai Burger.
"belilah, boleh buat breakfast esok pagi" yeye'or je la si Syasya ni. Balik karang dia bedal gak.
"budak-budak?" 
"dua taknak sos, yang lain macam biasa, burger daging." jawab aku dan membelek hp. Menjawab pertanyaan Auni bertanyakan bila mahu pulang, dorang nak stanby lettew. Aku memang percaya ketiganya tidak akan tidur selagi tidak dengar bunyi pintu pagar dibuka, esokkan cuti.





Dan memang tepat, buka sahaja pintu Adli dan Arrizqi sedang acah-acah tidur, ahahahaaa. Mereka membantu mengemas barang yang aku bawa dan Arrizqi bercerita segala abang dan kakaknya masak megi walhal aku sudah masak nasi. Masing-masing sudah kenyang rupanya namun Adli dan aku makan juga burger yang tuan asben beli, kan? Breakfast konon! Dua jam lepas tu baru aku masuk tidur, eheks!

Sekian cerita. Akhirnya dapat juga berdating berdua sahaja dengan tuan asben. Dulu, lagi syiok siap midnight esok pagi masuk kelas dengan mata rabak. Sepanjang midnight buat apa? nonton wayang, pi jamming, lepak mamak sampai ke Subuh, adeih!

Thursday, 8 May 2025

Smartwatch Tanpa Pengecas.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Bingung aku memikirkan bagaimana hendak cas smartwatch ini, sudah dibeli pengecasnya namun tidak serasi, tidak ngam. Hendak cari semula butiran lanjut, aku malas. Pula tu, smartwatch aku dan Arrizqi adalah tidak sama jenis. Maka, aku kena cari akal. Hendak beli pengecas lagi, tidak mahu pisang berbuah dua kali. Boleh beli, kena cari kedai yang memang supplier brand yang sama - ini tidak rajin.

Setelah membuat penyelidikan di youtube maka terjumpalah satu video "How to charge smartwatch without charger." Aku ni, setengah part memang menggigih. Smartwatch Adli tu, lawa pula memang sayanglah jika tidak berfungsi.


Klik je la link tu ada caranya, guna kabel USB yang biasa-biasa tu ja, aku ikut betul langkah demi langkah dalam video. Jenuh gakla, tapi bila tengok bateri smartwatch tu penuh, happy beb! Adli kata terbaikla umie, you are genius! hahahaa. Sedangkan Adli sudah beli jam tangan baru kerana sekolah tidak benarkan pelajar memakai smartwatch kerana pelajar jadi leka main game di smartwatch.

Bila Adli tidak mahu pakai, Arrizqi juga ikut tidak mahu pakai. Keduanya diberi kepada aku sampai aku kehilangan smartwatch aku sendiri, entah di mana letaknya, sampai ke hari ini aku tidak berjumpa. Bolehlah aku pakai ikut turn cuma aku pula jadi tak rajin nak workout, hrmmmm.

rasa mcgyver sangat.

sedang operasi.

done.

Sekian cerita random, semoga semuanya baik-baik sahaja. Nanti, aku marathon blog ke blog. Daaa...

Wednesday, 7 May 2025

Core Hari Kemenjadian.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Korang okey ke tu di bumi? kita belum rasa nak balik bumi lagi ni, hahaaa. Ayat mengusik generasi terkini, aku pun tumpang sama. Setelah semalam jerih diusik adik beradik, sepupu rapat, teman sekolah rendah, teman sekolah menengah, teman tempat belajar, teman tempat kerja, teman rumah lama, teman briskwalk, teman merangkap jiran, teman nunggu anak balik sekolah, termasuklah teman blogger, TERIMA KASIH.

Aku diusik hanya kerana sekeping gambar yang dimuat naik di status wA siap dengan lagu. Yang pertama mengusik sudah tentulah adik beradik tuan asben. Masa kejutan sampai pun, aku sudah tergamam. Tanya soalan sampai tiga kali pada yang menghantar tu. Tahun ini Auni menjadi orang pertama memberi ucapan ulangtahun kepada aku, lebih istimewa dia menghantar ucapan dalam berbentuk video pendek yang dia grafik sendiri, comel sangat. 


daripada Auni.


ahah! dia bikin lomantik.

Berbeza dengan tahun lepas, semua aku sediakan sendiri, daripada ucapan sampailah ke kek, semuanya buat sendiri. Tahun ini, banyak dapat kejutan. Mungkin masing-masing sudah menua, jadi ucapan yang biasa sepotong ayat bertukar menjadi ucapan panjang penuh emosi. 

Aku pun sejenis manusia, yang bila tahu ulangtahun seseorang, aku usahakan untuk ingat dan beri mereka rasa dihargai. Bagi aku hari menjadi lebih istimewa jatuh pada hari ulangtahun kelahiran dan hari ulangtahun perkahwinan. Sudah emak-emak begini, jika tidak diri sendiri siapa lagi hendak hargai diri sendiri, eh? bolehla.

Antara ucapan yang buat aku luluh semalam:



teman blogger sejak 2009.

teman sekolah menengah sejak 1999.

terpaling transparent, teman blogspot is bestie. love u chingu.

teman sekolah menengah, iya lelaki. crush aku masa sekolah. dah habis sekolah baru dia dapat tahu aku suka dia, ahahaha! masih kawan pengganti arwah Ahmad Sapix.


"HB Syasya, semoga Allah anugerahkan segalla yg baik2 buat awak sekeluarga, amiiin." - mama.

"Happy Birthday yg ke-14, semoga berbahagia dunia dan akhirat warohmatullahiwabarokatuh di bawah payungan Allah SWT. - adik.

hahaaa 14tahun ye, terbalikkan.

Dan hari ini, aku terima lagi ucapan ulangtahun kelahiran daripada teman paling rapat dengan aku, memang biasa saban tahun akan lewat sehari, kakak Zila dan Khaida akan berlumpa menjadi siapa yang terakhir untuk memberi ucapan. Namun aku berasakan Edzna atau pun Shuriza bakal menjadi orang terakhir, hahahaa. Masing-masing kelakar. Teruntuk rakan-rakan blogspot, terima kasih atas ucapan harmoni kalian semalam. Alhamdulillah. Lagi sekali, terima kasih atas ucapan dan doa yang baik untukku, didoakan juga agar semuanya dilimpahkan berkat rahmat atas rezeki setiap masa. TERIMA KASIH. Spread love!

Yesterday!


Tuesday, 6 May 2025

Setelah 20 Tahun.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Ni entri show off jap tau, kasi peluang jap hari ni ja.  

Tergelak aku mengenang satu entri hijaucantik ni. Campak belakang: 10 tahun

Setelah 20 tahun tu maknanya umur aku akan jadi 40 tahun, jadi kita campak belakang lagi tahun lepas genap umur aku 40 tahun.

expected.
tak ingat mana dapat apps ni, FB rasanya.

Reality.

Kepada diri sendiri, bermimpilah setinggi langit dan berusahalah sekuat tenaga kerana tiada yang mustahil bagi hati yang tidak pernah menyerah. Berehat boleh namun jangan berhenti. 
Selamat ulangtahun kelahiran diri sendiri. 
Six of May nineteen eightyfour!