Friday, 1 March 2024

Perjalanan Johor-Selangor: Terbabas Simpang.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. 

Bila kau merasakan kau sudah terror kononnya, Allah swt beri pengajaran cash macam tu sahaja. 

Bercuti di Johor kali ini sepertinya berdikari, seminggu yang lalu aku menyelesaikan urusan mengemas rumah sendiri, termasuk mendobi, menguruskan si Kenit (kucing), ikan di akuarium dan segalanyalah. Alhamdulillah, semakin rasa bersemangat nak balik Johor bersama dengan daktiga sahaja. Almaklumlah, jika tunggu tuan suami, makanya percutian akan menjadi pendek. Jadi, marilah kita belajar do it yourself.

Bertolak keluar rumah awal pagi dan sampai rumah mamapapa ngam-ngam waktu makan tengah hari. Perjalanan lancar dengan bantuan cuaca yang cerah sepanjang perjalanan. Daktiga juga tidak buat hal, masing-masing ketiduran kerana hari masih awal. Aku sahaja yang lapar dan layan karaoke sesorang.

Sepanjang sembilan hari di rumah mamapapa, kami hanya di rumah sahaja berikutan aku di jangkiti selsema dan batuk, ikutkan perancangan aku hendak menjelajah Johor Bahru, namun Allah swt maha mengetahui. Urusan shopping baju sekolah daktiga juga telah dibereskan.

Akhirnya, waktu keberangkatan pulang ke Selangor. Alaaa, kan dah pernah buat sekali sebelum ini, come-on! tiada masalah.

Awal perjalanan baik-baik sahaja, smooth sahaja. Setelah 4jam perjalanan, otak aku sudah hilang fokus. Tambahan co-pilot pun endah dan tidak sahaja membantu membaca peta. Erfan Adli sibuk dengan handphonenya. Tahu-tahu sahaja aku berada di tengah-tengah bandar Bangi. Udah! Gimana sih?

Ni macam mana nak keluar daripada kesesakkan ini? sambil mulut berzikir, aku membaca satu persatu papan tanda. Kena cari balik lebuhraya menghala ke Sg. Buloh. Aiyaaa! Jalannya biasa dilalui oleh tuan suami, bila aku yang co-pilot memang ignore sahaja part hendak membaca peta, bila sendiri yang memandu, hahaa padan muka!

Daripada Erfan Adli bertukar kepada Ersyad Arrizqi yang membaca peta, daripada tol LEKAS masuk pula leburaya LDP, daripada jumpa Paradigma Mall jumpa One Utama. Entahlah, kita redah sahajalah. huahahaaa!

Alhamdulillah, dengan bantuan Google Map, akhirnya kami sampai juga di rumah. Uiii! mencabar siot. Dengan kesesatan ini, dapat aku belajar bersabar walaupun rasa tidak sabar menguasai segalanya. Dapat aku belajar bahawa setiap masalah dan ujian itu ada penyelesaiannya. Dapat pengajaran bahawa, jika jadi co-pilot usahlah tidur sahaja. Mudah-mudahan semuanya baik-baik belaka.

onway going back Johor.

ukur shopping mall.

dinner.

lunch.

onway back Selangor.

2 comments:

Azhafizah MN said...

Perjalanan yang agak jauh dan mencabar juga tu. Bila drive sendiri ni barulah kita alert mana simpang semua kan. kalau tidak memang ignore je. Pengalaman mengajar kita. Lepas ni lebih confident nak drive balik kampung dan balik rumah.

ch@ said...

Azhafizah MN: haaa betul sekali. Payahnya asyik nak balik je pula. hahaa!