Tuesday, 12 March 2024

Ordinary mother.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Alhamdulillah, diberikan rezeki bertemu dengan Ramadhan lagi kali ini, mudah-mudahkan diberikan kesihatan yang baik untuk menunaikan ibadah puasa, juga semoga Ramadhan kali ini lebih baik daripada tahun sebelumnya.

Emak ialah manusia paling sibuk bila menjelang Ramadhan, lagi-lagi aku memikirkan bagaimana situasi anak-anak balik sekolah petang nanti, mudah-mudah berjalan dengan lancar hendaknya, merupakan tahun ketiga anak berada di dua sekolah berlainan dan balik serentak. Semalam sahaja sudah huru-hara, mujur ada yang memberitahu info anak balik awal, jadi aku cuba berlagak tenang sahaja. Petang nanti pasti lagi sibuk, kerana ada bazar Ramadhan berhadapan dengan SK, ntahlah malas aku memikirkannya, pimaipimai aku kena menghadapinya jua, kita redah sahaja. Sebagaimana tahun lepas, aku hanya menunggu di SRA sahaja, semua balik bersama. Tahun ini, hanya Adli-Arrizqi sahaja ajomlaaa kita jalan bazar.

Yang terakhir sampai ke rumah semalam ialah Adli. Auni pulangnya tengah hari, Arrizqi keluar awal satu setengah jam daripada Adli dan Adli paling terakhir, dia baik-baik sahaja sudah agak biasa balik dengan kakak, kadang-kadang azan Maghrib baru sampai rumah. Selepas Isyak, aku terdengar pintu grill di buka, eh??? tuan asben muncul, tapi aku tak dengar bunyi motosikal pun?

Dia balik dengan Ford Ranger kerana bawa motosikal untuk adiknya di kampung, alang-alang sudah balik, dia balik terus ke rumah. Rindu aku lah tu! hahaa. Dua minggu berkampung di Pahang-Terengganu, tidak sempat hujung minggu sudah muncul di Selangor. Alhamdulillah dapat berpuasa bersama di hari pertama Ramadhan. 

Selamat menunaikan ibadah puasa.

Salam Ramadhan.

1st day school. Yang kanan tu, asyik tanya bila hendak ke sekolah. Member tidak biasa sekolah petang.




2 comments:

Azhafizah MN said...

Bulan Ramadan ni agak mencabar kalau jalan yang kita lalu tu ada Bazaar. Kena banyak bersabar. Seronoklah bila tuan husband ada di rumah dapat berpuasa bersama 1 Ramadan.

Selamat berpuasa juga untuk cha dan keluarga.

ch@ said...

Azhafizah MN:
itula, alah bisa tegal biasa. setiap tahun merancang macam mana hendak meredah bila bulan Ramadhan.