Wednesday, 1 February 2023

Keranamu Selipar.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Annyeonghaseyo!

Sejak Ahad lepas, aku berperang dengan Adli dan Arrizqi yang demam, bila demam part badan panas ni menjadikan aku sendiri pun naik panas. Dalam kepala, hantar Auni dan Syafiqah dahulu, then cari lauk basah, sepertinya sudah lama tidak makan ikan. Asyik ayam belaka. Bawa Adli dan Arrizqi sekali menghirup udara selain berkuap dalam rumah. Arrizqi bising seliparnya putus, sibuk hendakkan yang baru. Sudah bersiap, tuan asben bertanya,

"Auni ke sekolah pukul berapa?"
"siap tu nanti, ke sekolah la." ujarku menunggu Auni dan Syafiqah bersiap.
"biar abi hantar lah." yeah! terima kasih. Ayat tu paling best dan sedap sekali kedengaran di telingaku ini.
"oh! boleh saja, terima kasih." aku terus melabuh duduk atas sofa. Sabar-sabar, sebab sudah berjanji dengan Arrizqi untuk mencari selipar baru. Alasan.

Pergi sahaja yang bertiga itu, aku pantas mengajak Adli dan Arrizqi keluar. Keluar awal, balik cepat. Ralit sangat berbual menjadikan aku tersalah simpang, sepatutnya menegak sahaja, boleh pula aku menghala ke kanan, eh? hendak ke manakah ku ini?
Buat pusingan u ke pasaraya biasa membeli lauk basah, mudah-mudahan adalah ikan yang best-best. Masuk perkarangan parking pasaraya mulutku membaca doa makan, rezeki dapat tempat meletak kereta nun tegak sahaja ke hadapan, berusaha menyelit kereta panjang ini ke dalam kotak parking berikutan troli yang bersepah di tepi garisan. Sebaik sahaja kereta berhenti seorang pakcik merenungku dari luar tingkap. Adli sudah memaku pandangan, aku menoleh. Pakcik membuat isyarat  belum makan dan menyua tisu. Ini sungguh mencairkan hatiku. Lemah.

Aku mengorek beg, dalam hati berbolak-balik, bukan tidak mahu memberi, tapi aku takut sebenarnya. Takut perkara diingini berlaku. Adli mencuit aku lagi sekali.
"cepatlah umie, pakcik tunggu tu." 
"sekejaplah, confirm tak apa-apakan ni?" tanya aku pada Adli.
"bagi je, dia lapar tu. Cepatlah." balas Adli. Sedangkan Arrizqi sudah kehilangan jasad. Dia menyorok, bertuah anak. Aku turunkan tingkap kereta dan menghulurkan seberapa yang aku ada. Bukan aku kedekut, aku tidak bersedia dengan ini semua. Melihat air muka pakcik tu berubah gembira, sambil menadah tangannya dan berdoa. Allahuuu... aku mencair di situ juga. Daripada ayatnya yang aku faham hanyalah beta dan Ar Rahman. Melihat tindak balasnya, dia mendoakan aku, aku turut menadah tangan mengaminkan doanya. Baik-baik sahaja pakcik ya. 

Hilang berdebar, aku meluru turun kereta dan terlupa memakai mask, Adli dan Arrizqi menunggu aku yang berpatah balik semula ke kereta. Haih! macam-macam. Selesai mencari barang keperluan, Arrizqi mengajak aku mencari lagi seliparnya kerana tidak berkenankan selipar di pasaraya yang sama. Eeee budak ni kan, dan tak pasal-pasal sampai ke Bandar Baru perginya. Isklaaa... keranamu anak.

Sekarang beli barang dapur biasa-biasa je pun mencecah RM100, pening pala hendak menyusun bajet bulanan. Kehidupan perlu diteruskan, aku percaya semakin banyak kita memberi, Allah swt memberi lebih banyak rezeki lain kepada kita, berusaha dan yakin. Tidak salah menjadi baik.





2 comments:

Kakmim said...

betul tu cha... mmg ada yg betul² susah tp ada juga yg sindiket yang main paksa... kalau yg betul² memerlukan tu kalau kita bg seringgit tu mcm apa dh mereka doakan kita... tp kalau yg mcm marah je dpt seringgit tu sindeketlah tu

ch@ said...

kakMim: oh begitu, terima kasih akak, bagi kita tips. terharu masa part dia mendoakan tu.