Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Annyeonghaseyo!
Mood Syawal lagi kan? meriah, meriah, meriah. Sempena cuti Hari Wesak ni, moh kita kenangkan memory 1 Syawal yang for me, saangat bermakna. Tahun ini, tuan asben dapat cuti fasa II serupa betul dengan cuti sekolah tempoh hari, aku hendak suka ke tidak pun tidak tahulah. Dua minggu sebelum puasa, dia sudah mula susah hati, berikutan ketidakrajinan aku hendak bershopping, sudah berumur ni hendak bersesak-memilih-plus anak-anak semua pun ikut memilih, aku pening.
Kakak ipar, adik ipar sudah mula bertanya di mana sambutan Aidilfitri aku tahun ini, don't worry girls, tuan asben ini walaupun sambutan Aidilfitri tu di Johor, dia akan balik rumah abah uols dahulu. Steady ok. Preparelah menu apapun, biar lebih jangan kurang. Masing-masing sudah punya menu dan agenda hendak berkumpul bersama. Alhamdulillah. Bila kumpul adik beradik tuan asben ini, sangatlah meriah, kecoh dengan keletah cucu-cucu tokki yang cenonet-cenonet tu.
Kami sampai dua hari sebelum Aidilfitri. Mengemas bagasi paling besar mengambil masa tiga hari plus bagasi kakak Auni, diakan sudah ada taste, barang peribadi kakak Auni asing dengan yang lain. Yang hero-hero ni, hrmmm kutip towel dan gadget saja. Hanya aku sahaja yang balik paling awal. Mengemas rumah sendiri bagai nak rak, tup-tup tak sampai 2 jam perjalanan dah sampai kampung, hahaaa. Kena gelak dengan jiran sebelah rumah, cepat sangat sampai kampung walhal baru jumpa kejap tadi. Petang sedikit akhir Ramadhan, adik ipar lelaki sampai, havoc dengan anaknya yang tiga itu, kami seri 3 sama, 2 lelaki 1 perempuan. Bertambah kaki tangan di dapur, aku rindu teh tarik isterinya. Malam Aidilfitri baru kak Ipar sampai, bahan-bahan merendang semua aku dan Amiza (adik tuan asben) siapkan pada siang hari, mencuci 5 ekor ayam pakej mengemas rumah sekali memasang wallpaper kabinet supaya kelihatan baru, gitu!
Everything is ready, aku dengan ayam masak merah dahulu then turn kak Dilla merendang siap dengan menu siklemaknya. Alhamdulillah, Allah swt memudahkan urusan kami adik-beradik. Ruang halaman bingit dengan jeritan anak-anak saudara sebelum masing-masing mengadap tv.
Pagi Aidilfitri menjelma, bersiap bergilir-gilir memanas lauk pauk, aku pilih mandi awal pagi. Sejuk tak sejukla air bukit, kupasrahkan aja. Bertemu dengan adik ipar seorang lagi, yang sampainya waktu orang lain enak beradu. Seorang demi seorang bersiap, mengejut anak masing-masing, makan dan abah mertua pulang daripada masjid. Menyuarat ahli keluarga dahulu, sayu je. Masuk tahun ke dua Aidilfitri tanpa ummi. Selesai, agenda bermaaf-maafan dan bergambar kenangan.
Aku suka berkumpul bergini, keluarga tuan asben mempunyai banyak pasukan, banyak ragam kerana tuan asben anak ketiga daripada enam orang adik-beradik. Selesai bermaafan, kami ke kubur arwah mak dan arwah ummi, juga arwah atuk dan nenek serta saudara-mara, bacaan doa di ketuai oleh birasku abang long. Selesai, barulah beraya ke rumah makcik dan pakcik tuan asben yang berdekatan, rumah makItam, aku cari daging dendeng dan menghabiskans sebotol air masak, hahaaa haus wei! Rumah makAnjang aku cari air masak tak jumpa, minum sahajalah air terhidang bersama semangkuk mihun sup. Berlengas panas, balik semula rumah abah anak-anak terjun swimming pool, haaa... meriah ko. Lapar lagiii, makan.
Satu persatu keluarga saudara mara arwah mak datang berkunjung. Mereka juga punya agenda setiap kali 1 Syawal. Menunya rendang, sik impit, lemang, ayam masak merah, siklemak, kuah kacang, laksa penang, bergilir membuat air. Simple tapi alhamdulillah cukup hingga ke malam. Adik-beradik tuan asben meninggalkan aku pulang ke rumah masing-masing, macam biasa. Kami juga yang paling akhir tinggalkan rumah abah, Aidilfitri ke dua bergerak balik Johor. Biasanya abah akan balik Terengganu, kali ini abah mengikut rombongan anak-anak saudaranya pergi beraya. Sekian perjalanan 1 Syawal pada tahun ini.
Salam Aidilfitri,
Mohon Maaf Zahir dan Batin.
Allah swt is the best planner, Alhamdullah!
Best moment:
Kurang satu keluarga, keluarga abang ipar tidak ada, ke rumah mertuanya dahulu. |
Me and family, warna pilihan Arrizqi yang kiri sekali tu, yang terbongsu tu, haih! |
Rumah mak Itam dan kehijauannya tahun ni. |
Rumah mak Anjang. |