Dah lama tak berjumpa, rindu rasa hati, inginku bertemu denganmu... (sambung....)
Ah sudah, menyanyi pula.
Aku saja test tuan asben, ajak dia pergi ke majlis persandingan sebelah aku nun di Shah Alam. Manalah tahu, ada rezeki dapatlah berjumpa dengan kesayangan-kesayangan yang memang bertahun tidak berjumpa. Nama sahaja satu negeri, tapi halangan tanggungjawab masing-masing itu terlalu banyak. Harinya tiba, pagi 21 Mei aku mendobi dua bakul baju kotor, namanya anak-anak sudah besar namun outfitnya lebih banyak daripada masa dorang kecil. Aku bersihkan dapur, buat kerja hakiki macam biasa.
"hari ni kan kenduri di Shah Alam tu?, jomlah nak pergi!" tuan asben bersuara. Apalagi, bersiap pantaslah aku. Siapkan outfit me and the kids. Aku ni kan, rasa suka je hendak keluar rumah cuma part bersiap ni, aduhaiii malas sungguhlah. Bersiap yang pertama tapi paling akhir juga menjadi orang yang menutup pintu. Fuh!
Kami ke rumah PakCik Leman dahulu, beraya. Merupakan bekas pengawal keselamatan di kawasan rumah kami. Memang setiap kali Aidilfitri tuan asben akan membawa kami melawatnya. Daktiga memanggilnya "atuk jaga". Selepas itu terus ke majlis perkahwinan adik kepada abang angkat aku masa sekolah dedulu, ada beberapa entry tentang dirinya dalam bloghijau. Macam tak sangkalah tuan asben juga hendak ke majlis yang ku panggil Along ini.
Masuk sahaja dewan yang sejuk itu, emak pengantin mengajak kami makan di meja luar, menunya lebih banyak, hehe. Aku kenyang lagi ni, makan mi goreng pakcik Leman tadi tapi tak apalah.
"pergi ambil makan dulu, abie tungggu tempat." ujar tuan asben. Aku mengajak daktiga ke meja hidangan. Auni macam biasa, jika buka time makan dia memang tidak akan makan.
"along datang tadi, dia suruh jumpa sebelum balik nanti." kata tuan asben.
"baik-baik" dalam hati aku lega, tuan asben terima abang aku ini. Dia payah hendak "in" dengan orang sebarangan. Along dan keluarganya memang dikenal baik oleh mama dan papa aku~ pernah jumpa beberapa kali. Along pula mempunyai sikap yang mudah disenangi oleh orang, dia pandai tackle orang yang dia tak kenal atau baru kenal. Tuan asben duduk disebelah aku setelah mengambil nasi.
"adik along kawen dengan anak dato polis ni ke?" erk! soalan tidak dijangka daripada tuan asben.
"tahu anak dato je, betulla polis gaknya, tu banyak logo polis." aku menjawab ikut apa yang aku lihat, tidaklah aku kaji lebih-lebih. Tapi melihatkan tetamu yang datang bagaikan orang-orang korporat, band dan khemah berlogo polis, kejap lagi aku gosip dengan kakLong~isteri along, hehe!
"jumpa kawan abie tadi, dia tanya macam mana boleh ada kat sini?"
"owh, ye la tu." aku hendak makan, jangan la tanya macam-macam. Sebaik sahaja selesai makan, tuan asben hilang dan kakLong muncul depan aku dengan emak dan abahnya.
"dah siap ke Sya?" tanya kakLong.
"dah-dah, duduklah." aku bersalam dengan emak kakLong. KakLong duduk sekeluarga.
"nak jumpa Jun masuk dalamlah, along ada kat tengah-tengah tu. Tunggu akaklah" ujar kakLong. Aku mendapatkan tuan asben sedang berbual dengan kawan-kawannya. Susah betul nak berjalan dengan kain ala duyung ni, haih!
Menunggu kakLong di luar dewan, nampak sesorang iras dengan along duduk di meja makan. Tanpa tunggu kakLong, aku masuk jumpa pengantin sedang bergambar.
"buka mask, orang tak kenal!" ujar tuan asben. Aku mendapatkan Jun. Huaaa...! hugs! Berbalas khabar, memberi ucapan selamat. Alhamdulillah, mudah-muadahan pernikahan kali yang kedua ini, Allah pelihara berkekalan hingga akhir hayat. Aamiin YRA.
Aku mendapatkan Along di ruang tengah sebaik nampak kakLong bersama keluarga sebelah Along. Mencari kakNgah (kakak along), bersalam. Aku ingat Uda, kakUda dan kakNgah saja, yang lain-lain lost. Berbual sambil memerhati daktiga yang tidak diam. Aduhai lamanya tidak berjumpa dengan keluarga yang satu ini. Tuan asben berbual dengan along, aku berbual dengan kakLong sehingga namaku dipanggil oleh kakNgah.
"Sya!" aku datang kepadanya, dia memelukku erat.
"Sya, ya Allahuakbar, adik kakNgah seorang ini. Sampai dah lupa kakNgah dengan Sya." aku ketawa sahaja, ya Allah bersalahnya aku tidak menghantar khabar berita.
"Dia selalu sangat jumpa kita, tu yang asyik ingat ke dia ja." along menyelah antara kami diperhati seisi ahli keluarga.
"Tu tanya dengan acik (panggilan along dalam family), yang masa satu ye? ingat-ingat balik, ooowh anak mama dengan papa. Mama papa sihat?" tanya kakNgah padaku yang masih dalam pelukan hangatnya. Memang antara ramai-ramai ahli keluarga along, kakNgah paling ngam dengan mama aku.
"lamanya tak jumpa, kali terakhir jumpa masa Sya belum kawen lagi rasanya, masa raya." ujar kakNgah lagi, aku senyum sahaja. Speechless! Kami berbual lama, sehingga tuan asben ajak pulang.
Aku bersalam dengan semua di meja tamu itu, mencari kakLong di luar dewan dan insyaaAllah akan ketemu lagi pada satu masa nanti, mudah-mudahan. Pulang sahaja dari majlis perkahwinan, Arrizqi mengajak aku membeli kasut sekolahnya yang sudah sempit. Kasut darjah 2 mahunya tidak sempit sekarang sudah darjah 4, abang kakak sudah dua tiga kali tukar kasut. Selepas itu terus sahaja pulang ke rumah, menjemur baju dua bakul, huhuu!
Pertemuan kali ini kuharapkan kekal hingga hujung dunia, perhubungan ini mudah-mudah mendapat kebekahan dan dapat syafaat di akhirnya kelak. InsyaaAllah, Allahumma Amiin.
Jun. KakLong. Along. |
2 comments:
Alhamdulillah.. semoga ukhwahnya terus terjalin dan terikat hingga ke Syurga..
Sha: Dengan izin Allah swt hendaknya, mudah2an. Ukhuwah kita juga Sha.
Post a Comment