Friday, 13 May 2022

Aidilfitri 1443h-2022: Turn Johor.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Annyeonghaseyo!

Baru lepas basuh lantai ampaian dan mop lantai hall, peluhnya lencun t-shirt. Rest kejap sambil menaip entry tentang Aidilfitri, kan Raya tiba-tiba makanya haruslah abadikan kenangannya. hihiii. Di mana kalian masa pengumuman Raya? Aku berada dalam kereta dipandu tuan asben yang baru sahaja keluar daripada rumah abah, memulakan perjalanan untuk pulang ke Johor.

Aku sudah belek status whatsapp, ramai yang update menyatakan esok Raya, bila aku suarakan pada tuan asben namun tuan asben juga sependapat dengan aku, Raya pada hari Selasa, sehinggalah lepas satu persatu status whatsapp di update menyatakan esok Raya dan ok, esok Raya. Group family Johor riuh, group family Selangor pun begitu juga, ada rasa kelakar, ada rasa sayu, ada rasa macam tak percaya dan ada rasa seronok.

Kita baru sahaja berbincang tentang menu untuk sahur esok hari masa berbuka tadi, tahu-tahu sahaja sudah Hari Raya. Kami tiba di simpang empat terletak sebuah masjid, dengan rasa masih tidak percaya, akhirnya laungan takbir Raya kedengaran, Allahuakbar! Akhirnya percaya atau tidak, terkejut atau tidak, pasti esok Raya. Di Johor, mama sudah mula bersilat, rezekinya keluarga adik aku sudah pun berada di rumah mama.Di Selangor abah yang tadinya rileks sahaja juga memulakan operasi persediaan untuk menu Raya bersama dengan adik bongsu tuan asben. Siapa sahajalah yang tidak panik di kala ini namun harinya tetap akan tiba dan perlu di rai.

Arrizqi juga masih belum bersedia untuk Raya, dia berfikir ada peluang satu hari lagi untuk berpuasa dengan tokpapamamanya, bila aku kata esok dah Raya, dia terdiam dan akhirnya tertidur. Perjalanan tetap diteruskan, kerana rancangan asal memang kami akan berhari raya di Johor pada tahun ini setelah dua tahun beraya di Selangor. Alhamdulillah, perjalanan di permudahkan. Jam 8pm aku bertolak, kami sampai di Johor jam 12.30am. Traffik lancar, syukur. Sebaik sahaja aku sampai, sedulang ketupat sudah siap berisi beras minta di rebus. Mereka meninggalkan tugasan ini untuk aku, kerana aku membawa peranti Periuk Nasi Noxxa, hahaaa! Dan sesi merebus bermula sebaik sahaja aku selesai berkemas dan uruskan daktiga. Esok Raya, lauk dah siap, ketupat mesti ada. Akhirnya, ketupat berjaya habis direbus jam 4am. Jadilah dapat tidur sebentar sebelum bersilat semula pada pagi Raya. 

Rindunya suasana kesibukkan begini, iron baju, bersedia untuk makan, bersiap untuk ke masjid, dan bermaaf-maafan, sayu hati ini makin sayu, rindu hati ini makin rindu... haaa gitu! Segala puji bagi Allah swt, segala terima kasih hanya untuk Allah swt, dengan izinnya keluarga Bani Ab Latib yang sederhana besar ini dapat berkumpul. Syukur.

Anak-anak juga sudah pandai bersiap sendiri, pandai minta untuk bergaya. Memotret diri masing-masing pada hari Raya. Biasanya hari Raya pertama begini, memang tidak ada aktiviti melainkan lepak makan dan makan, namun Ina mengajak aku menemankannya ke AEON Kulai, kepala aku mula berkerja, jom ajak mama kita tinggal anak-anak, just three of us. Mulanya dia seperti berat hati, namun aku nyatakan tak apa, tuan asben juga ada untuk temankan, Auni juga boleh tengok-tengokan sepupunya itu. End up! berjaya juga ke AEON dengan berbusana Aidilfitri, haaa barulah boleh OOTD.



Inilah yang menanti orang Selangor.

Balik tabir.

Kids nowadays.


Sesekali.

Masuk outlet by outlet, beli barang-barang kegemaran tanpa gangguan, syukur Alhamdulillah. Akhirnya kami mengopi di Starbucks. Time for pulang, tidak boleh lama-lama, anak-anak sudah mula bertanya, sabar je la. Jadi hari Raya pertama kami mencipta kenangan manis sendiri, kali pertama kami keluar bertiga setelah lama sangat merancang. Suka dan puas hati.

Berhenti di sini dahulu, aku hendak menggosok baju hero-hero untuk sekolah agama petang nanti, daaa.

4 comments:

Sha Mohamed said...

Tahun nie nampak suasana raya kembali meriah seperti sebelum covid19 melanda.. Aktiviti kunjung mengunjung dan ziarah.. seronok rasanya..
Salam Aidilfitri buat awak..

ch@ said...

Sha Mohamed: Alhamdulillah, mudah-mudahan perhubungan dapat terus dipererat.

Syu Deris said...

Selamat hari raya & salam perkenalan juga

ch@ said...

Syu Deris: Salam Aidilfitri. Salam Perkenalan.