Monday, 16 August 2021

Kejutan buat eonni.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Annyeonghaseyo!

Anything is possible when you have the right people there to support you.- Misty Copeland.

Sejak memegang jawatan surirumah tangga hampir masuk tahun ke sepuluh ni, aku mendapati bahawa aku tidak mempunyai ramai teman. Bertambah lagi dengan pkp yang masih tidak berpenghujung, teman sekitar menjadi semakin mengecil, cuma hikmah pkp ni aku lebih mengenali jiran setaman yang berdekatan. Jadi, baru-baru ini kakak datang dengan Shuri melawat aku sambil mengambil barang dagangan, sebelum ini kakak juga datang dengan kak Shahida yang aku gelar kekanda. Sedangkan dalam kepala otak aku, aku teringat dengan seorang lagi temanku eonni Conie.

Ye, aku mendapati bahawa yang rapat dengan aku kebanyakannya almost kakak atau lebih setahun atau dua daripada umur aku, aku pun tidak tahu mengapa jadi begitu. Mungkin kesan kena palau dengan kawan sebaya atau satu kelas pada zaman sekolah menyebabkan lebih selesa berkawan dengan yang berumur atas daripada aku- aku tinggal asrama daripada tingkatan 1. Sejak daripada tingkatan dua, aku sudah tidak satu bilik belajar dengan kawan sebaya.

Aku whatsapp bertanya khabar eonni, berita yang eonni sampaikan amat mendukacitakan. Dia baru sehari menjalani pembedahan membuang fibroid, bila aku khabarkan padanya aku juga punya fibroid malah cyst, teruslah dia berkhutbah panjang. Aku tidak tahu kebetulan atau apa, rezeki sebab aku baru sahaja bercerita dengan kakak hendak buang fibroid setelah menerima vaksin dos lengkap nanti- doakan aku. 

Setelah mendapatkan butir lengkap eonni, aku mencari kakak untuk bercerita alkisah dan kakak setuju untuk hantar kejutan buat eonni. Alhamdulillah! syukur sangat dikurniakan orang yang baik-baik ni. Tidak sampai dua hari, eonni update gambar telah menerima kejutan kitorang. Suka dia dan tidak sabar untuk lekas sembuh bertemu dengan kami.

Get well soon, eonni. Bogosipeooo!
 
Me, kakak and eonni.

2 comments:

Azhafizah MN said...

Mungkin sebab masing masing ada life sendiri. itu yang masing masing menyepi. Semoga Eonni cepat sembuh. Aaminnn...

ch@ said...

Azhafizah MN: betul-betul. lagipun dia petugas kesihatan, always sibuk.