Sunday, 22 August 2021

Planner-Journal. Kertas dan Pen.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Annyeonghaseyo!

Hari ini kita buka topik kisah planner, rasa agak banyak aku buat entry tentang planner ni, planner yang dibuat sendiri. Paling tidak aku hanya guna buku nota kosong from front to the back, wah gitu! Last aku buat entry tentang planner pada tahun 2016, usah fikir aku berhenti pada takat itu sahaja ya, no no no! tanpa planner siapalah aku.

Aku belajar setiap kali menyediakan planner untuk tahun berikutnya, apa yang menarik, apa yang patut ada, apa yang patut aku gunakan dan paling penting apa yang aku selesa. Aku lebih suka menggunakan bahan recycle sahaja, habiskan segala kertas yang bersepah di rumah. Hanya buku dan sebatang pen!

Saaayaaanggg!

2011-2014 aku masih terikat dengan kerja, tambahan lagi baru belajar hendak mengelolakan rumah tangga yang beranak dua, huru-hara. Bila di opis sambil buat kerja, jika sempat aku isi, jika tidak aku tinggal sahaja dua tiga hari. Masa tu planner just memang untuk rancangan keesokkan hari atau luahan menyakitkan hati.

Bermula 2015 aku sudah berhenti kerja, pindah masuk rumah baru dan bersalin anak ke tiga. Jadi, masa tantrum banyak dihabiskan di rumah sahaja, proses membesarkan daktiga. Aku dan tuan asben masih struggle untuk mengendalikan rumah sendiri. Proses menyesuaikan diri dengan jadual dan perbelanjaan, aku pula proses menyesuaikan diri menjadi surirumah sepenuh masa. Tantrum teruk menyebabkan aku perlu mencari hobi menarik.

Sha whiteymommy banyak temankan aku pada tahun-tahun yang ku anggap tahun merudum, bloghijau pun ikut ke laut tah mana, tak dan. Anak berderet cenonet-cenonet tidak lari daripada menunggang balikkan rumah, tambahan kawan juga sudah mulai tidak ada. Sha yang banyak sharing aku tentang planner ni, tentang handlettering dan daripada situ sedikit sebanyak, aku belajar dengan komputer bersaiz notebook sahaja. Susah? ye susah. 

Semakin lama rasa seronok bila daktiga sudah masuk fasa explorace- main antara mereka sahaja. Jadi aku boleh fokus lebih sedikit lagi dengan kesukaan. Daripada membeli buku yang hanya kosong sahaja, lebih baik aku buat sendiri. Kertas A4 ada, kita gunakan. Kertas warna, manilakad, wrapping paper, aku memang simpan semua segala. Gigih belajar menjahit buku, hendak guna benang dan jarum yang bagaimana. Untuk tahun 2015 hingga 2017, aku buat sendiri daripada bersaiz, A4 kepada saiz A5, template dalam juga taste aku sendiri daripada melintang kepada menegak, daripada essay menjadi carta alur, ikut suka hendak buat bagaimana. Kulit notebook pun daripada kotak kek Secret Recipe. Tengok orang tampal stickers, kita ada banyak majalah dan buku lama, just selongkar dan gunting yang mana sesuai, cantik dan menarik. Sendiri je yang hendak baca pun, untuk simpanan dan juga rujukan. 

Mencuba beberapa method buatan tangan, terasa pula hendak cuba yang ring official planner, aku dapatkan yang 2nd hand sahaja itu pun dah RM90, tak apa for me masih mahal (sayakan surirumah) janji hati suka. Awal-awal memang suka, sebab benda baru jadi teruja hendak menulis dalam tu, makin lama-makin terseksa, hahaaa! hendak menulis dalam tu susah bangat bila tangan besar, asyiklah terlanggar dengan ring, hendak buka katup ring aku malas. Setahun guna, ok cuma bukan jenis yang aku suka, lagipun tidak muat setahun dalam tu, terpaksa cari clear ring planner untuk sambung 6 bulan terakhir. Fuh! Sha sahaja yang tahu keluhan aku menulis dalam tu, hahaaa. 

#paperdorablegreendiary2018 & #cleargreenplanner2018

Tahun seterusnya, tuan asben beri organizer free daripada Prudential, ahaaa biasalah benda baru akan teruja lebih walaupun warnanya grey, puas perah otak hendak jadikan hijau. 2019 aku tidak buat template sendiri, just write on. Bermula juga aku sakan bershopping stickers. Awalnya banyak geng planner yang bagi sebabkan aku beginner, dorang nak gain bakat aku yang tidak berapa sangat ni. Adalah dua tiga kali membeli, lepas tu aku back perangai lama balik, just tulis dan conteng malas hendak kalut menampal. Aku belajar hand-lettering join challenge everymonth yang disediakan oleh host-host hebat dalam lettering. Busy jugalah dengan tempahan gift, kad ucapan, guestbook disamping quilling aku selitkan lettering yang tidak seberapa. Udah daripada planner tadi jadi mengumpul notebook, pen dan stickers pula kisahnya, aduh!

#sya2prudentialplanner2019

Guna planner prudential ni best, nipis, besar senang hendak menulis cuma ruang kecik, aku terpaksa guna notebook spare untuk wish note birthday teman-teman kesayangan. Kira kena guna dua journal.

Tahun 2020 tahun mencabar, namun sempat lagi bertemu dengan Sha sebelum kena kuarantin kaw-kaw. Sha menjual sebahagian notebooknya kepada aku, termasuklah dengan beberapa helai kemeja dan juga ring planner lagi bersaiz A5. Besar sedikit daripada sebelumnya. Macam biasa, insert pun dah ada dan yang aku suka ianya kosong, plain. Kali ini insert dalam aku pakai cop-cop pula, hahaaa. Larat cari cop tarikh dan cop huruf, so nampak lebih kemas sedikit. Isi dalam masih panjang-panjang, planner-journal. Berusaha hendak memahamkan planner, planner-journal, journal, bullet-journal. Nampak je mudah planner, rupanya ada banyak lagi yang daku tidak tahu. Selama ini aku more kepada planner-journal.
 
#sya2greendiary2020

Disebabkan banyak sangat join lettering-challenge, ada sebahagian notebook aku bagi teman lain, ada yang lain aku copy balik jadikan stickers. Guna sendiri. Sejak ada PdPR, ada kemudahan printer berwarna, aku tumpang guna sebaiknya juga, print stickers, heheee. Melihat aku buat stickers sendiri, mana-mana teman sedekat yang kenal dengan aku menempah juga stickers untuk kegunaan mereka sendiri, terjebak kisah lain pula. Alahaaaiii!

Jadi for tahun 2021, aku belajar bullet-journal pula. Tidak mahu membazir, aku guna notebook yang dibeli daripada Sha. Tengok mahal pula notebook kosong sampai RM35 dan ke atas. Kertas kualiti tapi masih juga kosong dalamnya, sama je kan? Mengukur baju di badan sendiri kekdahnya, ayuh deco insert. From zero to wow! (ceh perasan). Yang masih sama juga conteng sendiri, sedikit hiasan dan stickers yang masih tidak digunakan. Sofar, awal-awal colourful. Insert yang dilukis sendiri mengikut tema setiap bulan namun macam biasalah lepas enam bulan dia akan jadi malas dan ke laut. Tambah-tambah pengaruh duduk rumah sambil Kdrama makin kuat, memang itu sahajalah yang aku hadap, hehe! janji stay at home.

Template insert tu berubah setiap minggu. #diygreenotes2021

Entahlah, aku pun tidak tahu mengapa suka benar menghabiskan dakwat pen dan kertas. Menulis tentang perjalanan hari-hari je pun, nampak sangat perjalanan hari tu tidak sama setiap hari, hehee! Buat planner cantik-cantik ini terapi, bukan aku hendak menunjuk aku hebat, tidaaak... aku masih je belajar lagi, apa yang baru aku praktikkan. Lagi-lagi bila ada masalah mental, aku kena banyak meluah melepas apa yang berbuku. Kadang tak boleh pun hendak tulis lebih senang menangis sahaja.

Bila dah pandai beli kertas stickers.

Tajuk lagu Nu'est pun boleh onz...

Untuk tahun 2022 aku masih berfikir, hendak recycle tahun 2020~ dah susun tempohari atau hendak guna notebook sahaja macam 2021, mudah dan ringkas. InsyaaALLAH- mudah-mudahan. Sekian cerita santai-santai tentang kegemaran aku nan satu. Nanti kita share pasal quilling pula, baru-baru ini tuan asben sudah belikan mini shredder maka bolehla onz projek seterusnya. Daaa...

Always expect good things to happen!

2011, 2012, 2013, 201420152016 , 2017 = #diygreendiary

Wednesday, 18 August 2021

Memori di Axiata Arena, Bukit Jalil II.

In my friend, I find a second self.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Annyeonghaseyo!

Usai Solat subuh, aku bangunkan hero nan dua orang itu Adli-Arrizqi~ Auni bercuti lagi, untuk solat Subuh sambil baca AlQuran. Turun ke bawah sambil angkut baju kotor sumbat dalam bakul. Pelan hari ini, kemas rumah sambil tengok Sakuragi Hanaminchi lalu meminta tuan asben tapau dan pergi vaksin kali kedua bersama Khaida.

Biasalah, kita merancang Allah swt yang menentukan segala, aku memunggah seisi rumah mencari remote tv tak jumpa. Seingatnya malam tadi, Arrizqilah orang paling akhir menonton tv, sudah di kejut Arrizqi yang sangat liat membuka mata selepas solat Subuh tadi namun matanya masih tidak mampu untuk terbuka. Mencari remote tv masih tidak berhasil sehinggalah kedengaran deruman enjin kereta tuan asben yang sudah  pulang setelah dia bermalam di pejabatnya semalaman. Bila tuan asben pulang, peluang untuk Sakuragi Hanamichi juga takkan ada dek kerana dia akan main ps5 menggunakan tv yang sama, grrr~ 

Sebaik sahaja pintu pagar utama berbunyi, Adli menjumpai remote tv dicelah sofa. Siyeslaaa... aku cari ditempat yang sama tiga kali kot! 
"Apalah umi ni, rasalah dengan tangan. Umi tengok je memanglah tak jumpa." kata Adli sebaik dia campak remote tv atas longgokan kain baju kering yang berlambak depan aku.
"cisss...abi korang dah balik tak dapatla tengok Sakuragi!" aku menjawab sambil bergegas bangun ke dapur lagak isteri misali, membancuh teh o dan mengambil penyapu, ahahaaa baru nak tuang kerja.
Selesai membersih ruang depan dan dapur, buang sampah lalu membelek pepokok yang kehujanan, kebasahan dan keterlebihan air. Stay stronglah pokok, ujar aku dalam hati sebelum disergah tuan asben untuk menu tengah hari. Aku mengirimnya tadi sebelum dia sampai rumah, kedai makan tutup katanya lalu mahu Foodpanpan (Foodpanda) sahaja. 
"kita nak set yang vegi tu ayang..." ujarku sambil mengorek tanah.
"vegetarian delight ni?" tanyanya untuk kepastian.
"ye pasti" aku menjawab.
"makan sayur je? ceh!" sambil memilih dan membebel dia masuk ke rumah bertanya daktiga pula. Aku menyambung mengorek tanah semula sehingga selesai.

Masuk waktu Zohor, da selesai dengan Subway aku bersiap sebelum Khaida datang nanti. Khaida ke Axiata Arena bersama dengan aku, suaminya outstation. Cuaca masih elok, sehinggalah kami memulakan perjalanan hujan mula turun, sepanjang jalan hujan tidak berhenti, mudahkanlah urusanku pada hari ini. Meskipun tuan asben yang memandu, rasa cuak tu tetap ada. Khaida senyap sahaja, letih hendak terjerit-jerit bercakap sebab tuan asben tengah dalam meeting, dengan bunyi hujan, dengan bunyi radio- rasa sesak kepala dan situasi dengan bermacam bunyi. Kelisa memang tak sama dengan Alza meskipun keluaran yang sama, haaahaaa!

Sampai sahaja di Axiata Arena, hujan masih lebat. Tuan asben tak dapat nak berhentikan kami berhampiran bangunan Axiata Arena berikutan jalan keluar dan masuk telah pun jem. Maka berlarian aku dan Khaida sambil ketawa sambil berlari, hahaaaa! terus mendapatkan khemah berdekatan pintu masuk. Aku nekad sahaja naik dengan Khaida, sempat juga bergurau senda dengan petugas yang mengawasi, sempat lagi aku ke tandas bila nampak pintu perpapantandakan wanita hampir sahaja dengan tempat aku duduk. Apalagi, sesejuk begini memang tandasla untuk membuang. Menunggu sambil selfie-selfie sampailah ke tempat pendaftaran. 
"Owh! puan... puan salah ni, ini HCO A. HCO B di bawah!"
"laaa ye ke, ingatkan sama je." 
"vaksin sama, tapi batch tu tak sama, ada siapa-siapa boleh hantar dia tak?" petugas bertanya pada seorang lagi.
"kena masuk daripada pintu depan semulalah." jawab petugas seorang lagi, alaaa sombongnya, kau datang menyibuk je pun, oh! sila positif Syasya, jangan buruk sangka.
"jauh sangat, sian pula nak pusing sampai ke luar." aku terus bangun sahaja. Menyampah pula dengan petugas yang ke dua tu. Takpe, aku tau... sedang aku berjalan, sambil beristighfar, aku ditegur lagi dengan seorang petugas yang lain.
"puan dah cucuk ke, puan?" lembut sahaja, dia pelik barangkali melihat aku melawan prosedur.
"belum cucuk, kena turun bawah. HCO B!" aku tunjuk slip temujanji.
"ikut sinilah puan, takpayah keluar. Sini saya tunjukkan." dia temankan aku sampai HCO B tempat aku cucuk kali pertama sebelum ini. 
"ni puan ni nak cucuk, dia pergi naik di HCO A tadi."
"laaa ye ke, takpe puan. Puan terus je duduk kerusi belakang yang ada orang baju putih tu." Gitu dia bagi aku arahan sambil duduk sahaja. Aku ni udahlah mamai kesejukkan, melihat di kejauhan pun sudah samar-samar sahaja.
"takpe puan, mari saya temankan. Mari saya tunjukkan." Pelawa petugas seorang lagi meninggalkan yang memberi arahan tadi menyambung sembangnya sementara yang menghantar aku tadi telah pun naik semula di atas. Aku ucapkan terima kasih dan ikut langkah seterusnya sambil berbalas mesej dengan Khaida yang telah pun selesai di cucuk. Khaida pelik bila aku hilang dari pandangan matanya kerana aku belakang dia sahaja tadi. Khaida menunggu aku sehingga aku selesai. 

Yeay! kita lupakan kesulitan tadi, biarpun sulit kita dapat eksplore ruang Axiata Arena. Sebaik sahaja aku keluar pintu, mataku mencari Khaida. Terjerit-jerit bila mata bertemu mata, riang bebenar sampai berpusing dua tiga orang yang menunggu berhampiran, hehe! Jom pose, bergambar banyak-banyak. Habis semua tempat bergambar kitorang pose, siap dengan monopod stick tu la. Sayangnya aku tidak dapat bergambar dengan keseluruhan bangunan Axiata Arena kerana hujan masih turun renyai dan lebat sekejap-sekejap.


Vaksin dengan best over the friends memang meriah.


Bukan senang ajak Khaina menumpang kereta yang sama.

Setiap lima minit dia cari aku. Apa-apahal yang jadi aku suka dahulukan dia dahulu, hehe!




Picture ni buat banyak spekulasi, almost menggelar macam budak universiti, ahahaaa. 
Aku pun tak belajar di universiti wei, aku belajar satu tempat yang sama dengan Khaida.

Sudah selesai barulah sedar diri untuk cari kereta tuan asben. Dia sudah pun beralih parking yang katanya dekat, sama jauhnya, kena hujan juga~ hahaaaa... tergelak-gelak majn hujan dengan Khaida. Indahnya memori dengan Khaida. Alhamdulillah, Allah swt... ku mohon pelihara persahabatan kami ini sampai jannah~ mudah-mudahan InSyaaAllah. Perjalanan waktu pulang lancar sahaja, tuan asben singgah membeli yongtaufu dan sate, skip masak lagi. Mataku hanya terbayang bantal dan tilam sahaja ni- indahnya baring-baringan sambil tengok Sakuragi. Aku menghantar Khaida hanya dengan lambaian berat, aku hendak lepak dengan Khaida lagi namun dia perlu pulang kerana telah meninggalkan anaknya yang berlima seharian. Terima kasih Khaida, lepas dua minggu kita jumpa lagi, shopping time!- mudah-mudahan, InSyaaAllah.

Tuesday, 17 August 2021

Kebudak-budakan sangatkah? hahaaa!

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Annyeonghaseyo!

When your life brings you down, your hobbies brings you up! Have hobbies!!!

Kisah semalam.
Cuaca mendung saja diluar, bakal hujan rasanya. Aku sudah tidak endah pepokok di luar rumah tu, keterlebihan air ke, malas aku hendak ngejakan sesejuk ni. Hari ini bangun awal dengan target hendak mop lantai rumah, melekit semacam bila dipijak. Biasanya aku pakai selipar dalam rumah- kaki tidak tahan sejuk lantai, selipar telah selamat dalam tong sampah berikutan sudah dua kali aku hampir terjerumus kerana sudah haus. 

Subuh, sapu rumah dulu, mop lantai, eh! macam awal lagi, scroll handphone update instagram, update planner- Eh! hari ini birthday kakanda yang sama nama denganku, kak Shahida dan birthday isteri kepada kawan tempat kerja suami, Puan Ummi- dedulu team perkep sekarang tidak lagi. Aku memang begini bila someone yang aku sudah kenal, baik dengan aku, selesa dengan aku, aku akan ingat selagi punya ingatan- InSyaaAllah! Selesai hantar ucapan dan bertanya khabar aku meneruskan mengemas dapur yang bagaikan mahu terbalik.

@sya2chwimi

Selesai dapur, sambung lagi duduk dimeja dan buka pula buku PdPR. Bismillah... selesai take note, kejut Adli yang akan Google meet matematik. Sambil layan dia Google meet aku scroll Pandamart. Arrizqi sibuk hendak roti, biskut, jajan rutin seminggu sekali. Sambil tunggu pandamart aku menyambung mengemaskini buku PdPR. Hari ini sepertinya tugasan yang masuk agak lambat. Mungkin terpengaruh dengan faktor cuaca barangkali.

Planner dan buku PdPR.
(picture throwback)

Aku menyusun kertas planner untuk jadikan planner 2022 nanti, halaaa kita recycle je apa yang ada- aku bukan kisah sangat planner official yang cecantik tu, sebab aku lebih suka notebook biasa yang diisi dengan luarbiasa, ahaaa gitu. Nanti kita cerita pasal planner ni k. Tengah susun, Pandamart sampai. Done! 

Bangun buatkan milo untuk daktiga, terdengar bunyi motor berhenti dipintu pagar. Owh! spegetti grill chicken air tangan kakak Aida- jiran setaman, yang dipesan dua hari lalu sudah sampai. Kegemaran Arrizqi, aku pesan dua pack puas makan tidak berebut. Belum sempat habis membebel, datang lagi sebuah motor, kali ini duyan crepe air daripada cikgu yang juga jiran setaman, kegemaran Adli- dia makan 4 daripada 5 crepe tu. Inilah masalah bila sudah terjebak dengan group geng satu taman, ada saja!

Meneruskan aktiviti random klik youtube entah macam mana terjumpa pula video Sakuragi Hanamichi, arghhh pitamlaaakan melayan hobi Syasya ni, siapa pula kali ni? Pemain bola keranjang Slam Dunk. 4 hari aku pulun baca siri komiknya dalam malai (Arrizqi said Malay) version. Rasa macam teruja pula hendak tengok siri animasinya. Ok, layan sampai episod 3 baru ingat hendak mandi pagi, ahahahahaaa! tengok jam sudah masuk Zohor, sempat share dengan tuan Asben nak tengok Sakuragi. He said, dia dah muat turun siri animasi Slam Dunk ada dalam harddisk, siap mengajar aku macam mana nak buka harddisk tu di tv. Yeay! Pergi mandi dulu...

Sakuragi Hanamichi.
Kiri: Baru masuk training.
Kanan: Bila sudah rasmi jadi pemain.

Selesai mandi, time for me 100% rileks sambil temankan daktiga buat kerja sekolah- mesti tunggu dan buat kerja sama-sama di ruang tamu. Aku layan Sakuragilah sambil-sambil. Hendak main games sebelah malam kerja sekolah mesti siap pada hari yang sama. Macam biasa, Arrizqi yang akan siap sepenuhnya. Adli walaupun sudah aku bantu, dia tetap lambat. Dia memang suka termenung. Dapat pun tengok Sakuragi sehingga tuan Asben balik kerja, welcome back asben!

"wah tengok Slam Dunk!" kata tuan asben sambil buka langkah besar berikutan ruang tamu berantakan dengan buku.
"abi, saya dah buat kerja sekolah, malam ni saya main komputer boleh?" Arrizqi bersuara sambil mengemas buku. 
"mainlah dik!" dan tuan asben terus berlalu untuk mandi. 

Inilah suasananya.

Sekian kerja aku seharian siang di rumah, hahahaaa! Sudah 37 tahun layan animasi, nasiblah!

Monday, 16 August 2021

Kejutan buat eonni.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Annyeonghaseyo!

Anything is possible when you have the right people there to support you.- Misty Copeland.

Sejak memegang jawatan surirumah tangga hampir masuk tahun ke sepuluh ni, aku mendapati bahawa aku tidak mempunyai ramai teman. Bertambah lagi dengan pkp yang masih tidak berpenghujung, teman sekitar menjadi semakin mengecil, cuma hikmah pkp ni aku lebih mengenali jiran setaman yang berdekatan. Jadi, baru-baru ini kakak datang dengan Shuri melawat aku sambil mengambil barang dagangan, sebelum ini kakak juga datang dengan kak Shahida yang aku gelar kekanda. Sedangkan dalam kepala otak aku, aku teringat dengan seorang lagi temanku eonni Conie.

Ye, aku mendapati bahawa yang rapat dengan aku kebanyakannya almost kakak atau lebih setahun atau dua daripada umur aku, aku pun tidak tahu mengapa jadi begitu. Mungkin kesan kena palau dengan kawan sebaya atau satu kelas pada zaman sekolah menyebabkan lebih selesa berkawan dengan yang berumur atas daripada aku- aku tinggal asrama daripada tingkatan 1. Sejak daripada tingkatan dua, aku sudah tidak satu bilik belajar dengan kawan sebaya.

Aku whatsapp bertanya khabar eonni, berita yang eonni sampaikan amat mendukacitakan. Dia baru sehari menjalani pembedahan membuang fibroid, bila aku khabarkan padanya aku juga punya fibroid malah cyst, teruslah dia berkhutbah panjang. Aku tidak tahu kebetulan atau apa, rezeki sebab aku baru sahaja bercerita dengan kakak hendak buang fibroid setelah menerima vaksin dos lengkap nanti- doakan aku. 

Setelah mendapatkan butir lengkap eonni, aku mencari kakak untuk bercerita alkisah dan kakak setuju untuk hantar kejutan buat eonni. Alhamdulillah! syukur sangat dikurniakan orang yang baik-baik ni. Tidak sampai dua hari, eonni update gambar telah menerima kejutan kitorang. Suka dia dan tidak sabar untuk lekas sembuh bertemu dengan kami.

Get well soon, eonni. Bogosipeooo!
 
Me, kakak and eonni.

Sunday, 15 August 2021

Udara luar rumah.

Lama sangat duduk terperap dalam rumah mengadap gadjet seharian pun tidak baik juga. Bila aku ajak temankan keluar ke kedai meskipun hanya dalam kereta jawapannya mudah 
"kobid la umi"
"malasla umi, nanti duduk dalam kereta je, handphone umi bawa" ada saja jawapannya. Aku sendiri tidak tahan untuk tengok suasana rumah sampai tahap cari hobi baru bercucuk tanam. Apa sahajalah yang ada di dapur tu, habis semua aku semai sampai menjadi. Memang bukan bidang hobi aku namun demi tidak mahu sesak dengan suasana rumah, aku terpaksa.

Aku dikira agak bernasib baik jugalah bertemankan si Khaida, yang kadang datang untuk kidnep aku supaya temankan dia, ke kedailah, ke sekolahlah, ke banklah, Khaida kan seorang guru, kadang tu dia sibuk menguruskan tugasan untuk anak muridnya, keseorangan di sekolah boleh mendatangkan ketakutan tiba-tiba, sekolah tempat dia mengajar tidak jauh dari rumah aku.

Kadang lama sangat tidak bercakap live ni, hilang skill bercakap, lupa dengan tatabahasa yang tunggang terbalik. Jika dengan Khaida, janganlah ada salah frasa ayat memang dia akan membahan dua hari dua malam kadang sampai berjumpa balik semula diingatnya. Tidak sabar hendak pergi vaksin 2nd dose dengan dia nanti, doakan semoga urusan kami dimudahkan. Eh! bukan ni nak cerita...

Ahaaa, ni aku heret daktiga ni main di luar rumah, depan pagar je pun. Kasi hirup udara luar sambil keluarkan peluh. Asyik PdPR and games sampai mata aku yang letih melihatnya meskipun yang mengadap gadjet tu bukan aku. Aku ajak dorang main bubble, hahahaa! aku beli RM 2.12 je sebatang, beli masa keluar dengan Khaida, di NTShop. Harus cari kedai yang tidak ramai orang.

Masa aku bawa balik tu, daktiga tidak hairan pun. Aku paksa jugak dorang main kat luar sambil tengok pepokok yang baru-baru nak naik tu (dah subur cantik baru interframe), hehe! Jadilah dapat main 2 hari sebelum semua habis dalam bilik air. Tunggang langgang dibuatnya bila 2boys together. Sekarang ni, hujan turun saja bila hari sudah petang. Daktiga berguling dalam rumah sahaja semula. 


Macam sedang terbang pula. Terbanglah buih-buih!

Cuti lagi, nak ajak main badminton pula, tapi kena standby bulu tangkis banyak-banyak dulu pasal peratus nak terbang atas bumbung tu tinggi.