Saturday, 6 March 2021

Ke SPA Nur Jannah bersama kakak.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Annyeonghaseyo!

Yeay! akhirnya masa yang dinanti tiba jua, nervesnya ya Allahuakbar! benda yang pertama kali hendak dibuat ni selalunya bisa boleh buat nafas tersekat. Dua hari sebelum hari ini, aku sudah meminta tuan asben untuk menghantar aku ke rumah kakak. Ahaaa, kakak mana lagi. Kakakku nan seorang itulah satu-satunya. Kali pertama aku hendak jejakkan tayar keretaku di rumahnya, ehehe! Alhamdulillah, tuan asben sudi hantar tapi location yang kakak hantar ni sangat susah untuk aku hadam (ㅠㅠ!)
"ikut jalan depan senang sikit!" kata tuan asben. 
"ikut jalan depan senang tapi jauh!" kata kakak pula sebaik aku sudah dalam keretanya, ㅋㅋㅋㅋㅋ! Syasya memang ada masalah membaca peta, geografi gagal.

Jumpa kakak sahaja sudah ketawa, Allahuakbar! sudah lama betul merancang hendak dating hang-out berdua, today is the day itu pun terisi dengan pergi memanjakan diri terlebih dahulu. Aku berterima kasih sangat dengan kakak, dia sediakan semua temujanji dan tempahan ke SPA Nur Jannah yang terletak tidak jauh daripada rumahnya. Kakak pun rujuk waze sama hebat dengan tuan asben.

Kami sampai awal, memikirkan bakal menghabiskan masa lebih kurang dua jam nanti kami ambil sarapan lebih dahulu. Kakak dengan aku tidak banyak beza selera sangat, kebanyakan selera, pendapat dan idea selalunya sama. Macam hari ni sahaja, kakak setia dengan biru, aku setia dengan hijau. Kakak dengan botol air biru begitu juga dengan aku, botol air hijau. Kami sama-sama tidak banyak kerenah dan tidak banyak hal. Hendak ke restoran berdekatan, tiada. Hanya gerai nasi lemak sahaja yang ada. Kami hendak makan dalam kereta, asalkan boleh. Turun kereta pun ketawa, ada-ada sahaja. Sampai gerai kena halau pula. Bukan apa, nasi lemak dah habis. Bubar!

Kami ke gerai kedua, jauh sedikit. Walaupun jauh, tetap berjalan sebagai senaman pagi kononnya, walhal mata sudah tertancap dengan papan tanda MR DIY dengan pintunya masih belum buka. Awal pagi katakan! Kakak, hendak ke gerai nasi lemak pun cantik. Menyampah betul! tapi sayang sangat!

Kami makan sebungkus seorang mihun goreng, sama sebab bila melihat menunya tadi, itu sahaja yang nampak menarik dan kurang berminyak. Kami agak menjaga pemakanan, cewah! ngam-ngam habis makan waktu temujanji sudah hampir. Aku fikir pintu spa tu yang besar di bawah, rupanya spa terletak di tingkat atas. Kami perlu mendaki tangga selepas habiskan sebungkus mihun goreng. Uuuuwarghhh! mengah. Ok, keluarkan handphone, pengalaman pertama perlukan video. 2 in 1, nak scan My Sejahtera pun ye juga, tapi berpusing cari QR Code, owh! memang tiada. Just kena tulis sahaja. Sedang tergelak kami disergah dipintu dengan orang memberi salam daripada dalam. Eh jap, bukan kami yang mendatang ke patut memberi salam, hahaaa. Staff comel hendak scan suhu.

Sebaik sahaja kaki melangkah masuk ke dalam SPA Nur Jannah, waaah! inilah spa yang sudah lama benar ingin pergi. Tapiii, kami dikejutkan lagi dengan arahan staff.
"seorang ke sauna di sana, seorang lagi urutan di sini" kami berdua tergelak.
"eh? laaa... asing ke?" tanya kakak spontan. 
"ya lah kakak, seorang demi seorang" terang staff yang kedua agak berisi sedikit badannya dengan peramah. Kedua staff Nur Jannah sangat peramah. Rasa macam sudah regular customer sahaja walhal kali pertama. Kami tergelak lagi kerana tersalah merencana. Dalam fikiran sudah tentulah, duduk di mesen keluar kepala sahaja dan bergosip, Allah swt tu kan maha melindungi dan mengetahui, tidak memberi kami peluang berbuat demikian, hihiii. Bergosip tu kan tidak baik! Hendak bayang sauna ala Korean tu, memang tidaklah. Kami berpisah di tengah ruang pendaftaran, kakak ke kiri aku ke kanan. 
"eonnie, najunge bwayo" aku berbalas lambaian dengan kakak sambil menurut kedua staff tadi.

Pengalaman pertama kali masuk bilik sauna, omooo "musowoyooo!" (menyeramkan) bukan dalam mesen kuar kepala tu ye, no! ini adalah sebuah almari kecil disebelah almari pakaian dalam sebuah bilik. Haaaa sama besarnya cuma bersuhu panas. Bahang dia, boleh mendatangkan panik jika tidak sabar. Masa berlalu, makin suhu meningkat from 37 to 48 darjah celcius. Panas, garing tapi tak boleh hendak lari pintu autolock. Tangan aku meraba suis lampu, mencari cahaya. Rasa hendak nangis pun ada. Habis semua poster dan majalah ku selak. Tak boleh fokus dek suhu panas membahang. Uiiii, panas donia panas sauna, panas lagi api neraka, aku bayangkan itu sahaja. Suku masa pertama, memang kepala fikir yang bukan-bukan sehingga aku ternampak detik masa mengundur, alhamdulillah. Tidak sabar hendak menunggu masa tu ke zero. Staff datang bertanya khabar di 10minit terakhir. Lubang cermin tu kecil sangat.

Peluh usah dikata, memang menitik seluruh badan, bagaikan sudah berlari selama 15minit (haaa ni sempat aku baca kat dinding bilik sauna). Selesai sauna, mandi. Fuh! nyamaaan weih mandi kat spa. Selesai mandi bawa segala barang bertukar bilik dengan kakak. Kakak masih lagi berurut. Wah! boleh layan tidur ni, dengan suasana yang memang spa, musiknya, harumannya, cahaya lampunya. Indah!

Aku jarang boleh tidur di tempat asing selain tilam bilik di rumah, berserah diri diurut. Berangin seluruh badan. Angin aku semua pergi pada staff bernama Ain tu, muda lagi 22 tahun umurnya. Lembut je melayan daripada mula sampai hampir habis treatment. Sedapnya diurut satu badan, setelah hampir 9 tahun tidak diurut. Berbuku-buku urat sekian lama berkerja tanpa rehat yang betul.

Selesai berurut, aku bersiap menunggu kakak sambil menghirup teh halia. Owh! sedap juga teh halia, boleh buat rutin harian ni, hehe. Selesai membuat bayaran, bergambar untuk kenangan, bergurau dan jika ada rezeki kami akan datang lagi. Sekian sahaja aktiviti kami berdua untuk hari ini, kakak terima kasih untuk segalanya. Jangan serik berkawan dengan kita ye. Alhamdulillah syukur!

Bersambung ke entry berikutnya, kami making sweet memories.




MAKE A DATE WITH YOURSELF,
RECHARGE. REFOCUS. RELAX

2 comments:

Ako Retna said...

best nya cha....
kita dah lama gila x pegi spa ni...

ch@ said...

kak retna: seronok rupanya pergi spa.