Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Annyeonghaseyo!
Dalam kepala sudah merancang jadual aktiviti untuk hari ini, merangka tanpa planner, malas hendak duduk di meja, kerja sekolah daktiga langsung tak jengah. Hari ni hari kedua menyesuaikan diri dengan segala macam ubat dan vitamin, hang in there Syasya, just for 5 days. Badan belum biasa dan rasa hendak baring saja. Seawal pagi aku sudah mengadap drama China, hahaha. Ingat aku layan drama Korea saja? no lah, marilah kita melebar sayap.
Dua episod drama First Romance selesai. Setiap kali tengok watak Yan Ke ni, doklah teringat my bias Nu'est si Jong Hyun (JR). Muka iras betul, dah terbayang my Jong Hyun tu berlakon, haha. After siap perang dengan dapur, sediakan mee goreng ala mamak tanpa api dalam kuali, aku sambung melingkar lagi, Yan Ke- Yi Fang again. Drama China ni teramat comelnya. Lepas Zohor, aku dapat teks daripada tuan asben menyatakan waktu kerjanya 24jam, wokey manse-manse-ma-manse! sambung drama Kairos pula, dek daktiga merengek hendak tengok. Daripada drama China yang cute, dak-dak sekolah kita balik kepada drama thriller Korea. Layan gak drama Kairos ni, Shin Sung Rok- Lee Se Young, dedua pelakon ni aku suka. Peyha dan partner Doc. John- gelaran aku bagi sendiri. Best pula hendak tengok ke episod seterusnya tapi boringnya kena menunggu minggu hadapan, tak sabar.
Lepas Kairos balik semula Yan Ke- Yi Fang, sebelum nampak Lee Dong Wook- Kim Bum dalam Tale of the Nine Tailed. Tengok jam ngam-ngam, sempat hendak lebur megi ni. Aku yang hendak makan megi, si daktiga ni buat permintaan juga. Hrmmm...
"megi sup 2 umi, megi kari 1, bersih taknak sayur taknak telur" Arrizqi punya order.
Menunggu aku di dapur lama sangat, Adli datang hulur bantuan. Sedia pinggan mangkuk, sedia bahan-bahan pastu tinggal aku seorang lagi sebab air sudah pun aku buat siang tadi. Masuk pula Arrizqi bila hidung sudah bau wangi megi, satu persatu mangkuk megi di hantar ke meja makan. Aku mengemas dapur. Siap aku punya, aku prepare sekali hidangan sampingan sebab aku malas hendak bangun dua tiga kali bila sudah bersila. Aku mengadap megi dan Lee Dong Wook diikuti Kim Bum dan juga Lee Tea Ri, aiii apa ni dorang berkumpul satu drama pula. Mana aku hendak sokong aih, all is favourite, ciskek betulla camni. Sejam mengadap sampai kering air megi aku dihirup dek Panther, haha! Mujurlah episod kali ni buat aku menyengih sampai telinga, real brotherhood walaupun aku taktau apa akan jadi untuk episod akan datang. Yang penting episod hari ini, best!
Sekian, aku bangun kemas dapur untuk kesekian kalinya, sebelum merengek pada Arrizqi untuk bentangkan tilam, hehe! Bila aku sudah landing, Adli datang membawa tilam dia.
"umi kata hendak tidur dengan saya." alamak aku lupa pula, tapi aku sudah malas hendak bangun.
"tolong alihla, saya malas la, esok boleh?" tak sempat habis ayat aku, Adli sudah pun angkat alas tilam aku dan Arrizqi sudah terbangkan bantal aku sekali. Haih! Aku memang tidur dengan daktiga ni, haha. Best dapat pillow talk sambil gelak-gelak. Biasanya akulah yang beradu paling cepat. Dorang akan kunci pintu, tutup lampu.
"abi balik esokkan umi?" tanya Adli. Aku jawab ya sambil layan TownShip dan terus lelap ke pagi. Ngantuk kaw-kaw. Goodnite, see you tomorrow. Begitulah routine sejak PKPB ni, Alhamdulillah. Hari ini dia punya mengantuk memang tak boleh handle langsung, celik mata tangan cari remote TV, haha! indah kehidupan.
Letak sayur banyak, taklah bersalah sangat makan megi.! |
Macam jejemput pisang tapi ini cok keria di hantar oleh kak Wan, kumawoyo eonni! dia teringat padaku, datang hantar bersama kereta barunya, cantik sangat! comel. |
Craving teruk, so kena beli. Tuan asben yang habiskan. (crying!) |
My life,
My choices,
My mistake,
My lessons,
not your business!.
2 comments:
Hahahahahahaha
Kakak yg baca ni pun terbuai2 sama dengan kehidupan mu dek..
Bersyukur dengan setiap nikmat yang kita ada sekarang ni..
Terutamanya nikmah keluarga kasih syg dan kesihatan..
Alhamdulillah!
ibuAbang: alhamdulillah. kita kena bersyukur dgn apa yg kita dah ada.
Post a Comment