Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Annyeonghaseyo!
Sejak dua menjak asyik memerap di rumah ni, semakin rajin menonton rancangan bualbicara, forum, ceramah dan mendengar muzik pun yang iramanya ala melayan kepala. Manusia berubah, insyaaALLAH semoga berubah ke arah yang lebih positif. Semalam, entah macam mana aku boleh melayan rancangan Suara Rakyat, perbincangan tentang pendidikan daripada rumah. Hari ini, aku boleh layan Hello Doktor berbincang tentang tajuk yang tajuk aku cukup suka, Mental Health.
Syasya is focus, mulanya aku hanya menjeling daripada meja makan sehingga beralih ke atas sofa. Aku layan daripada awal sampai habis rancangan, dalam pada tidak sedar air mata aku bergenang. Bagusnya depa kupas tentang Mental Health ini. Terasa seperti dihargai. Aku bersyukur, aku masih ada sehingga ke hari ini, aku juga bersyukur kerana kawan-kawan di sekeliling aku, walaupun mereka jauh, mereka menjaga aku bagaikan aku berada di depan mereka. Dan aku paling berterima kasih dengan satu-satunya sahabat baik aku, Khaida yang tidak pernah jemu bertanyakan apa yang aku buat setiap hari.
Dapat keluar daripada belengu kelemasan pemikiran sangat membuat aku lega. Aku bersyukur, kali pertama aku kena serangan panic attack, sahabat maya aku, Sha mengajar aku bertenang walaupun hanya berbalas whatsapp, sakitnya hanya Allah swt yang mengetahui. Sakitnya hanya orang yang mengalami sahaja yang mengetahui. Dan rentetan selepas itu, menjadikan aku tidak boleh tidur. Aku tidak berada dalam ketenangan langsung, dua minggu aku berulang-alik, keluar masuk rumah dengan muka tidak siap. Badan aku tidak berada dalam kondisi yang baik langsung, anxiety yang sebelum ini biasa-biasa sahaja menjadi-jadi kejadiannya. Benda-benda sekeliling aku yang sebelum ini biasa-biasa sahaja boleh menjadi trigger. Aku hendak bercerita, tapi aku tidak tahu dari mana aku hendak mulakan. Badan aku terasa tidak berpijak di bumi nyata, aku berada dalam dunia lain. Sepanjang dua minggu, berat badan aku menyusut sehingga 4kg akibat tidak tahu hendak makan apa, bila makan dada kiri aku sakit memaksa tuan Erwandi membawa aku ke hospital. Di hospital, doktor hanya memberi aku nasihat dan ubat tahan sakit. Aku masih tidak lega sehingga Khaida mengesan perubahan mendadak aku.
Mengajak aku bersarapan dengannya, memaksa aku makan, memaksa aku bercerita mengeluarkan apa yang ada dalam kepala aku. Aku masih ingat aku merenung Khaida tanpa berkata, Khaida masih membebel akhirnya aku menangis, Aku tidak tahu apa yang aku hendak cerita. Nasi kerabu tidak dapat kuhabiskan, aku hendak balik rumah dan tidur. Waktu tidur aku sedikit-sedikit dan bila-bila masa sahaja. Malam aku tidak dapat tidur, aku menangis dalam Tahajjud, Allahuakbar... Allah swt menguji aku, aku perlu bangkit.
Kak Suraya melihat aku setiap hari, dia nampak kondisi aku memang kurang sihat, mata sembap, badan susut. Khaida datang rumah aku setiap hari, menanya keadaan aku, menemankan aku. Akhirnya aku tidak tahan juga, aku left semua group yang boleh buat aku trigger, aku ignore semua gadget, sebulan aku tidak menonton Kdrama, depan tv sahaja, aku tidur. Akhirnya, aku beranikan juga berjumpa doktor lagi sekali kerana sakit dada kiri aku tidak lega. Kali ini, rezeki aku dapat doktor yang aku kenali, yang memahami. Aku dinasihatkan supaya, tidak stres, tidak terlalu penat dan tidak overthinking. Bahagi tugas dengan suami, jangan terburu-buru. Buat kerja ikut kemampuan dan dia bekalkan pil penenang untuk redakan degupan jantung aku yang laju. Makan hanya bila diperlukan sahaja. Alhamdulillah, segala puji bagi Allah swt, aku bersyukur sekarang aku tidak bergantung dengan pil itu lagi. Semoga aku terus positif dan sihat terus. Doakan.
Sehingga hari ini, aku tidak berani untuk keseorangan, Allah swt memilih aku semasa dalam keadaan pandemik di mana tuan asben juga berada di samping aku, dan daktiga juga berada dengan aku. Alhamdulilllah, ada hikmah disetiap kejadian. Sehingga hari ini aku juga menjadi lebih cengeng, aku cepat sedih, melihat iklan di tv sahaja boleh buat air mata aku bergenang, walhal aku ialah seorang yang agak keras hati juga sebelum ini. Aku ada berkongsi di instagram dan terima kasih kepada kawan-kawan aku yang memahami, ayat yang paling aku ingat "ketenangan yang kita cari, insyaaALLAH kita akan dapat". Aku juga terpaksa tinggalkan orang-orang yang memberi impak negatif yang tidak dapat aku cari dimana positifnya dia langsung. Aku tidak perlukan orang seperti itu kerana aku menjadi sangat sensitif dan kadang terlebih peka menterbalikkan keadaan negatif kepada positif.
Aku punya habit melepas geram atas kertas dan tulis dalam Hangul. Aku punya hobi yang boleh buat aku gembira, aku punya idola yang orang lain tidak boleh jangka, aku ialah aku. Kebelakangan ini, topik Mental Health sudah mula diperkatakan, mereka yang tidak alami agak sukar untuk memahami keadaan dan situasi, berbanding mereka yang pernah alami dan healing secara perlahan-lahan. Aku bersyukur aku masih diberi kesedaran, dihadirkan insan-insan yang berpengetahuan, Sha, Sha'adah dan Khaida yang sentiasa dengan pelukan hangatnya. Juga kakak Zila, Shuri dan sister Nora walaupun mereka tidak memahami namun mereka sentiasa dengan nasihat positifnya dan eonni Conie, bagaikan emak-emak. Dengan eonni, tidak perlukan cakap banyak, dengan isyarat sahaja dia sudah boleh faham. Eonni sentiasa mengingati aku dalam pada dia sibuk dengan kerja. Aku rindu mereka semua, huaaaa...
Aku berasakan Allah swt memberi aku peluang kedua untuk melalui kehidupan mendatang, mengajar aku tentang bersyukur dengan apa yang telah aku ada, menyedarkan aku untuk lebih menghargai sekalian alam sekeliling. Alhamdulillah, syukur seribu rahmat. Terima kasih sudi baca hingga selesai.
Khaida yang suka main bell-gate. |
Syasya-Shuri. |
Kakak Ziela and eonni Conie. |
Me: Syasya. |
“Along my journey I have learned that the more thankful I am, the more I have to be thankful for.”
5 comments:
Ya awak masih ada peneman, semoga baik baik sahaja disana dear. Semoga dipermudahkan urusan dan diberikan kesihatan yang baik baik saje.
bila kena tu cha??? skrg dh ok x? pasni cuba cari hobi yg menyebokkan diri tp menggembirakan... share tau dgn sesapa kalau ada something jgn pendam.. take care cha
fiza: tq, terima kasih, hihiii!
kak mim: awal tahun haitu, before PKP. masa PKP tu memang melepek je la.
Ibu kagum dengan ketabahan semangat mu umi..
Sampai sekarang kakak sendiri tak mampu nak berkongsi cerita waktu dalam kuarantin dulu..
Sampaikan terasa seolah2 dinding yang akak renung sedang berbicara dengan akak..
Gila kah akak waktu itu?!
Soalan yang tiada jawapan..
Semoga cha terus diberi kesihatan yg terbaik..
Kekuatan dan ketabahan yg luar biasa..
In shaa Allah! Aamiin!
ibu abang: terima kasih ibu, insyaaALLAH kita sama2 lalui detik sukar dalam kehidupan, nak habiskn 1 entry entah berapa kali air mata tumpah.
Post a Comment