Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Annyeonghaseyo!
Jika hendak berjumpa kawan dengan atur rancangan berskema, memang jarang termakbul. Bila rancang secara spontan, haaa insyaaAllah ada rezeki berjumpa. Sejak mendapat tahu dia berkerja berhampiran dengan rumah aku, beria rasa hendak bertemu, Shuriza one of my best of friend. Shuri kata, jika hendak bertemu dengan puas, jumpa hari Jumaat. Aku mula menghitung Jumaat yang sesuai untuk Shuri.
Malam sebelum Jumaat, sekali lagi mempastikan waktu untuk bertemu. Lepas tu, busy la aku mencari outfit of the day sangat sampai masuk dalam mimpi. Jumaat datang, eh? tuan asben tidak kerja? apakah? alaaaaaaaaa... lari lagi jadual aku nampaknya. Macam biasa, pantang aku hendak keluar dia yang keluar dahulu. Apakah? lelaki memang payah difahami. Tuan Asben minta aku bawa kelisa, alamak dia minta aku bawa sauna tu, huaaaaaaaa... memang tinggi la suhu bila scan nanti. Eottokhe-eottokhe?
Jadi, tak apalah aku bawa juga si sauna tu. Berusaha mengisi kesejukkan, biar Shuri naik nanti rasa selesa. Aku menunggu Shuri betul-betul di pintu hadapan tempat kerjanya, rasa sweet pula tunggu teman, ajak makan. Aku sweet tak Shuri? hari inilah rezekinya memandangkan daktiga tidak ke sekolah. Shuri keluar, berbaju blue black sama dengan aku, juga bertudung biru agak muda sedikit juga sama dengan aku. Owh what!!? hahahaaa, kebetulan memang terjadi. Aku menjadi biru (kebiasaannya hijau) hari ini memang demi Shuri. Kalau tak sweet juga taktau la.
And, kita tak tunggu lama untuk berborak mesra dalam kereta. Shuri hanya punya waktu rehat pendek sahaja jadi borak selagi punya waktu. Ketawa-borak-ketawa-borak-lagi. Kami tidak punya waktu sepi. Seorang bercakap, seorang lagi mendengar, memberi respon yang wajar dan kadang sama, bersederhana. Masing-masing punya cerita, hormat mendengar cerita sehingga ke penghabis. Sebab itu aku lebih memilih untuk berdua berbanding ramai-ramai. Keluar berdua dengan Shuri pada kali ini, aku dapat spend lebih dengan dia sahaja, mendengar ceritanya dengan jelas, mendengar ideanya dengan jelas, dia tahu keadaan aku, aku tahu keadaan dia. Aku bersyukur dapat berkenalan dengan insan yang ku panggil Shuri ini. Senang hendak sebut, Shuri-Syasya. Punya adik beradik sama, kedudukan dalam keluarga sama, nama panjang pun yang dekat hendak serupa Noor Shuriza - Noorulsahida (NS) dan kami sebaya, cuma aku lahir dahulu.
Kami makan nasi ayam sahaja, aku teringin sangat akan nasi ayam. Alamak kedai pun macam sauna even duduk bawah kipas. Tahan la sejam sahaja lagi-lagi bila Shuri kata "api neraka lagi panas." Fuh! berdesing pula telinga aku sekejap, hahahaaa... selesai cerita, dan tapau nasi ayam, aku menghantar Shuri di pintu yang sama, sebelum turun mari wefie dua ketui. Alhamdulillah... Shuri, jika ada masa lagi nanti, aku datang ambil kau makan tengah hari macam tadi k, terima kasih temankan. Terima kasih sudi kawan dengan aku. Sekian, pertemuan aku dengan Shuri. Sekejap tapi berisi padat.
Persahabatan yang kuat tu, tak perlu pun berbual setiap hari atau pun hendak sentiasa bersama. Selagi ikatan persahabatan tu kekal dalam hati, ikhlas, kawan yang baik sentiasa di sisi. Betul tak?
1 comment:
Ini betul-betul sejiwa ini.. Semoga persahabatannya kekal hingga ke Jannah.. Bukan mudah jumpa yang sehati begini..
Post a Comment