Thursday, 18 June 2020

Dusun.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Annyeonghaseyo!

Tidak ada perancangan langsung dalam kepala ni hendak balik rumah mertua hujung minggu lepas, tup-tup tuan asben notakan di group wassapp hendak balik makan buah, sekarangkan sudah fasa musim buah. Rumah abah yang dikelilingi alam semulajadi dan hasil kerajinan abah menanam kebiasaannya akan mengeluarkan hasil. Papa di Johor pun sudah mengagih hasil petai di kebunnya. Ini bikin cemburu, makanya moh la kita pulang.

Mengemas macam the flash, esok sudah balik sini semula, haha. Jadinya tidak perlula bawa satu almari macam balik Aidilfitri tempoh hari, (alahaiii entry Aidilfitri tidak habis lagi). So, ai bersiap daktiga juga telah standby dalam kereta, sampah sudah dibuang, keperluan semua sudah dalam kereta. Tuan asben hanya tunggu ai sahaja untuk mengunci pintu, hehe. Bagus, macam ni la yang ai suka. Ai hanya ambil keperluan sendiri sahaja berikutan kesemuanya sudah diuruskan tuan asben and the kids. Thank you love!

Kerana masih lagi dalam mood PKPP, jadi tuan asben just singgah di stesen minyak sahaja untuk membeli keperluan makan tengah hari, kitorang memang sempoi sahaja. Ai turun dengan normal baru, topeng muka dan sanitizer, membeli keperluan dan jom balik kampung! ewah.

Sampai rumah abah, sepupu tuan erwandi sedang galak memancing ikan. Biras ai, Wani juga sibuk di dapur bersama dengan ummi juga isteri sepupu tuan asben tadi. Ai berbual dengan Ya, dia loghat Ganu pekat, ai longhat Selangor-Johor, kadang tukaq loghat utara, ai pun tidak tahu mana satu hendak guna. Kawan ramai sangat dari utara, sampai orang konpius, ai berasal daripada mana.

After makan tengah hari, ai hendak ikut tuan asben ke dusun, elok ai bersiap kak Dilla (kakak ipar) and keluarga sampai. Tak jadi la nampaknya berikutan anak saudara ai tu sudah bertenggek atas motor asben, haha. Ai di rumah saja, melayankan handphone yang tidak punya line. Malam itu rumah abah meriuh, anak kak Dilla vs daktiga plus adik ipar seorang lagi, mereka bermain games. Ramai hero banding princess. Princess ada tiga je yang besar-besar 11, 12 dan 13 tahun. Berkepit sahajalah macam ai and my cousin dulu-dulu. Part main games tu kelakar, dua version-version junior vs version senior. Yang junior, Afiq, Adli dan Arrizqi. Comel bertiga besarnya lebih kurang. Naufal dan Noah sudah balik petang tadi.

Awal pagi esoknya, sebaik sahaja bersarapan masing-masing sudah keseronokkan untuk ke dusun. Dek kerana buahan rumah abah tidak menjadi, maka kita ke dusun paklong. Dari semalam lagi memang ke dusun paklong, abang kepada ummi. Ai membonceng motor bersama dengan tuan asben, abah bersama dengan anak saudara ai yang sulong dan kedua. Selebihnya berkereta. Sampai di kebun, keghairahan mengutip buah manggis yang sudah jatuh bersepah. Wah! banyak sungguh. Geram ai dibuatnya.

Kaum adam, mengutip buah durian. Kaum bapa, busy menumbangkan pondok kecil yang sudah usang benar. Wah! terasa dusun sangat aih. Bila matahari sudah naik, ai duduk dengan kak Dilla mengasing durian untuk dijadikan tempoyak, asing-asing juga. Masuk mulut masuk juga, haha. Alhamdulillah, banyak hasilnya. Terima kasih kak Dilla sebab temankan balik rumah abah kali ini. Sebaik sahaja lepas makan tengah hari, semua berangkat pulang ke rumah masing-masing. Syukur dipertemukan lagi kali ini. Ada rezeki kita berjumpa lagi di lain hari, insyaaALLAH. Semoga kita semua di bawah lindungan Allah swt. Sentiasa selamat, sentiasa sihat, sentiasa di rumah jika tiada keperluan. Patuh SOP k.





Alhamdulillah.
So back to normal duty, Adli ada kelas pagi ini. Normal baru beb! Jumpa lagi next entry. Hahaha! Entry Aidilfitri, kkuk=mesti!


3 comments:

shaizhar said...

dah lama x pi dusun. hari tu pak mertua bawa buah2 dari dusun pakat makan ramai-ramai

ch@ said...

abangShai: gi dusun bawa anak-anak, semedang ngajak balik. budak-budak tak biasa dusun/kebun.

Salina@IbuAqil said...

Seronoknya umi..
Salah 1 impian Pak Imam kita nak ada dusun sendiri..
Ntah bila lah kot ada rezekinya..
Hihihihihi