Tuesday, 28 November 2017

Tapau: Auni.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Baru sahaja emak menutup daily planner menyusun schedule sepanjang minggu ini, Auni datang membawa surat daripada ustazah sekolah agama. Hrmmm, kena rombak semula jadual nampaknya, sebelum menyertai majlis perpisahan tabika Arrizqi, kena menghadiri Majlis Anugerah Cemerlang di sekolah agama Auni. Tahun lepas Auni tidak terpilih, tahun ini rezeki berpihak kepadanya. Jadi emak mencari pakaian yang lebih kurang sahajalah.

Mujur ada kakWan (emak Danish-kawan Auni) menghulur tangan membantu untuk menjaga Adli dan Arrizqi, jadi emak hanya perlu menemani Auni sahaja ke sekolah agama. Sejak tahun satu, ini kali pertama Auni naik pentas, walaupun kedudukan pretasi Auni cemerlang namun dia bersaing dengan kawan-kawan yang lebih cemerlang daripadanya. Emak tidak kisah sangat tentang kedudukan nombor anak-anak di dalam kelas, bagi emak cukup anak-anak emak menerima ilmu dengan terang hati dan berminat hendak ke sekolah, itu sudah cukup baik.

Gerimis menemani kami ke sekolah agama sebaik sahaja kakWan ambil Adli dan Arriqi, yang berdua itu dapat sahaja naik kereta kakWan, mereka sudah tidak menoleh ke belakang lagi, lupa terus kepada emak. Lega juga dapat emak bersiap seadanya. 

Emak sudah berjanji dengan kakLin (emak Zikri-kawan Auni) untuk datang lebih awal bagi mencari kedudukan terbaik untuk meletak kereta, maklumlah emak perlu mengendalikan tobot w tu, tobot yang memuatkan 9 orang timpasukan. Perlu meletak ke arah yang senang keluar dan tidak perlu orang menghalang berikutan emak hendak balik cepat. Hihiii!

Sampai di sekolah agama, kami mencari tempat berhampiran dengan pintu, mujurlah Auni masih di tahap 1 dan acara penyampaian hadiah didahulukan dengan tahap 1. Auni penerima anugerah matapelajaran jawi terbaik dengan 99%, dia memang suka jawi sebagaimana emak. Sebaik sahaja Auni menerima piala, dia menghilang ke belakang dewan. Zikri yang ambil lebih awal, lebih dahulu mendapatkan kakLin. Emak meminta Zikri carikan Auni, sementara orang di dalam dewan masih ramai, kita perlu mencabutkan diri, tidaklah menunggu acara sehingga ke penghujung.

Setelah Auni dijumpai, kami pulang terus menuju ke rumah kakWan untuk mengambil Adli dan Arrizqi, cuaca masih lagi gerimis. Dan kami melepak hingga ke petang, hahaaa. Emak pun berasa malas hendak balik rumah. Menghabiskan masa berbual dengan kakWan, hujan tidak mahu berhenti. Akhirnya tigaaskar ajak pulang jua. Jarak rumah aku dengan kakWan tidaklah jauh, hanya 5 minit memandu kereta, apabila tiba di pagar rumah, kereta abi Erwandi betul-betul menghalang pagar. Kami di dalam tobot w sahaja menunggu abi Erwandi loading barang-barangnya pulang daripada berkerja di luar setelah tiga hari.

Album:


 Dengan Zikri, tahniah korang tahun depan satu kelas yang sama, fight!

Sekian sahaja kejadian setengah hari untuk Auni. Tahniah Auni! Teruskan kejayaan yang cemerlang di masa akan datang. Emak biasa-biasa aja. Masih sama seperti dulu-dulu. Daaa... 

3 comments:

Warisan Petani said...

Tahniah auni.
Teruskan usaha

Kakmim said...

Hai cha... lama gila x singgah... mst dh x ingt akak dh... dh besar dh pun auni

ch@ said...

Warisan Petani: terima kasih ;)

kakMira: rasa dedulu panggil mira je kot. huaaaaaa rindu ah! ada insta tak?