Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Annyeong! Selamat kembali ke sekolah, tinggal beberapa minggu sahaja lagi sesi persekolahan akan berakhir. Aktiviti biasa sebelum akhir tahun, acara sukan sekolah, majlis konvokesyen, majlis perpisahan, majlis sana-majlis sini, dan yang pasti emak-emak sudah siap list panjang untuk perancangan awal persekolahan tahun depan. Itu belum list, acara bercuti, acara berkumpul sanak saudara, acara kenduri dan kendara, twehehe. Aku? Aku biasa-biasa je, buat seperti tiada apa-apa walhal dalam kepala sudah berselirat dengan segala peta agenda.
24jam/5hari sudah berlalu, Sabtu kembali. Like always, mom's wake up 1st today is Auni's School Sportday. Aku? siap berdandan kejut Auni, mendengarkan hanya aku sahaja yang akan temankan dia di padang, mood yang semalam sudah ke laut kembali semula. Kasi can aku bersosial di padang sekolah nanti without abi Erwandi dan juga brotherhood. Selesai bersiap, minta abi Erwandi hantarkan ke padang sekolah, agak malas untuk memandu kereta, sah-sah akan kena block dengan kereta lain bila sampai awal nanti.
Jam 8pagi kami tiba di padang sekolah, aku gegas sahaja melabuh duduk di kantin sekolah, mencari mangsa-mangsa untuk di ajak berborak. Ahah! Emak Syafika, kebiasaannya kami berjumpa masa ambil anak balik sekolah agama, ye sampai da akhir tahun aku tidak tahu namanya, aku hanya panggil dia kakak dan dia memanggil aku Syasya as always. Itu pun dia dapat nama aku daripada emak kawan Auni yang lain, adeih!
Auni sudah pun beratur mengikut guru kelasnya, hilang daripada pandangan aku. Aku mendaftar bersama emak Syafika dan dua tiga orang emak kawan Auni yang lain, yang aku kenali semasa Auni belajar di tabika. Bila anak-anak sama membesar, syukurnya aku masih menjalin persahabatan dengan mereka lagi. Sebaik sahaja aku selesai mendaftar, kawan-kawan yang berborak dengan aku tadi semuanya sudah menghilang, eh? mereka yang hilang diganti dengan kawan yang lain pula, hahaha. Aku? layan sahajalah. daripada berkepit dengan abi Erwandi, baiklah aku buat hal sendiri-sendiri begini. Acara padang dimulakan dengan acara perarakan perbarisan rumah sukan dan juga badan beruniform. Siaplah sekali dengan gimrama, gimnastik, aksi pentomen bagai. Macam-macam costum, warna-warni.
Aku mencari seorang lagi emak kepada kawan Auni, aku memanggilnya kak Enie untuk aku serahkan dua buah guestbook daripada hobbiesart. Lega rasanya dapat menyiapkan guestbook itu setiba pada waktunya, aku hendak holiday petang ini makanya tidak mahu stress memikir kerjaan yang belum selesai. Alhamdulillah, berjumpa juga dengan kek Enie nun di tepi longkang hujung padang. Dia belanja aku rm10 lagi sedangkan bayaran penuh untuk dua guestbook sudah diselesaikan. Rezeki Auni hari ini, terima kasih kak Enie. Aku masih mencari mangsa untuk berborak, kembali semula kepada kak Nor, dia mengajak aku membeli sarpan untuk anak-anak. Jom kita... aku belikan Auni roti handmade 2 bungkus dan cupcake 3 ketui berserta air Milo kegemaran. Dengan bekalan, kami berdua ke khemah anak-anak, alahaiii comel-comel.
Disebabkan Auni dalam kelas pertama, aku terus sahaja ke khemah paling hujung, terpandangkan guru kelasnya ada bersama, maka di situlah aku bertemu dengannya. Minah yang sudah hilang satu gigi kapaknya, masih belum tumbuh lagi kelihatan ceria air mukanya apabila nampak muka aku, lepas tu mulala dia buat perangai, pantang emak ada depan mata, ambil kesempatan hendak bermanja. Dia makan roti yang aku bagi sebelum mengambil roti yang gurunya bekalkan. Jadilah buat alas perut sebelum mula berlari nanti.
Auni, kadang geng kadang tak geng dengan emak.
Me with the kids.
Muka da manyak gumbira!.
Happy face.
Dapat tempat kedua. Okla tu, upah penat.
Bye guestbook by #hobbiesart @sya2ablatib_ha for kakEnie.
Habis sahaja acara dan penyampaian hadiah, aku dan Auni bergegas untuk balik. Kami akan bertolak ke Port Dickson balik sukan ini. Ikutkan hati aku, aku masih lagi mahu bermalas-malasan di padang ini, ketawa-ketawa, berlari, berjalan sambil mengeluarkan peluh. Kebelakangan ini aku terlampau tekanan sehingga kesihatan aku sedikit terganggu. Aku menelefon abi Erwandi untuk mengambil kami di sekolah, balik ini perlu terus bersiap. Yang pasti aku jugala yang bertungkus lumus menyediakan segala, pun tidak cukup juga, haih! Tahniah kepada pasukan Bendahara yang berada di kedudukan kedua, semoga terus success. Sekian dahulu entry untuk petang Rabu ini, hiii. Jumpa lagi. Daaa....
You don't get what you wish for, you get what you work for
2 comments:
happy auni .... sekolah anak aku utk darjah 1 dan 2 tak terlibat dgn sukan sukan sekolah ...diorg sukaneka ... so tak yah aku perluh kat pdg dgn dia .... sukaneka buat hari sekolah kihkih
Makin slim ummi leps ni :)
Post a Comment