Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Annyeonghaseyo, aku demam Scarlet Heart Ryeo, hahaha! - tiba-tiba je kan.
Isnin jam 5.30 pagi. Aku bangkit seperti biasa, bersiap seadanya, blouse dan skirt labuh sambil memikirkan beg tangan mana harus aku pilih. Outfit sya2kids dipilih oleh Arrizqi lewat malam tadi bersepah di sofa, pada kakWan emak Danish Aidil juga telah ku beritau agar menghantar keperluan pada awal pagi kerana kami semua akan keluar pada jam 7pagi. Ruang bawah rumah telah pun riuh papa dan mama sudah bangkit, bersiap.
Auni dan Adli memilih untuk menghantar tok mama dan tok papa ke TBS daripada sekolah, aku juga mengambil kesempatan yang sama apatah lagi Arrizqi yang sedia tahu dia memang akan diangkut bersama. Kami keluar rumah jam 7 pagi sebagaimana yang dijanjikan. Penduduk tempatan mula berkenderaan masing-masing menuju tempat kerja. Jalan raya sudah sesak. AbiErwandi memandu tenang ditemani waze dan berita-berita tentang laluan sesak.
Keluar sahaja jalan kampung menuju lebuh raya, sudah ada kemalangan daripada arah bertentangan, lori membawa pokok bunga terbalik melintang tengah jalan menjadikan laluan tinggal satu lane sahaja, kenderaan menuju arah dalam kampung bertambah panjang dan yang membuat kesesakan bertambah, lampu isyarat dan kawasan sekolah, hah! berderet. Sepanjang perjalanan ke TBS, memang aku terpegun dengan pemandangan betapa banyaknya kenderaan beratur atas jalan raya, huhuuu. Serius, dalam kereta sya2kids tidak henti-henti bercerita tentang kenderaan yang banyak, kereta jadi robotlah, jumpa bas terbang la, jumpa kereta berlumba la, entah macam-macam yang dorang imaginasikan, merepek akibat terlalu banyak tengok kartun sampai tidak kering gusi kitorang dibuatnya.
Kami tiba di TBS jam 8.30pagi sempat bersarapan dan melayan drama sya2kids dengan menu-menu tersendiri, seorang mihoon goreng, seorang mi goreng dan seorang lagi nasi goreng. Airnya milo ais sahaja, dua gelas untuk tiga orang. aku huruhara sebab abiErwandi ke tandas. Aku? macam biasa, tiada menu sebab aku tahu aku yang akan menghabiskan semua akhirnya nanti. Selesai makan di tingkat atas, kami turun ke terminal bas papa dan mom, papa nun jauh dihadapan, belakangnya abiErwandi dan brotherhood, Auni, aku dan mom the girls in family bersaing berselisih dengan pasukan polis bersenjata, fan girling-fan girling... hahaha, mujurla suami aku pun si saka biru. Saja. Tapi aku perasan abiErwandi siap berhenti berpaling menoleh aku, mom dan Auni. Jeles lettew!
After mom and papa turun ke bas, kami terus keluar daripada bangunan TBS, aduh pening kepala akibat laluan keluarnya berpusing satu arah mujur abiErwandi yang drive, kalau aku harus berhenti sekejap mencari kekuatan, kalau dah sya2kids pun bising, mengadu pening aku suruh saja mereka duduk tertib-tertib. Mengelak kesesakan yang masih bersisa abiErwandi memandu ke Taman Tasik Permaisuri. Aku? dia ni kaaannn... time aku pakai skirt ni la dia hendak beriadah, sudah berkali aku salah outfit grrr-grrr-grrr... takpe sempena birthday boy esok hari, Adli jadi kita layankan. Berpeluh mereka di sana, sempat membuang bagai, sempat memburu pokemon, sempat membuat segala aktiviti, kami kembali ke Sg. Buloh. AbiErwandi menurunkan aku di pasaraya untuk membeli barang dapur, huh! kali pertama aku menggunakan kad swap-swap aja... muahaha teruja weih. Selesai berbelanja, tapau makan tengah hari dan kembali ke rumah.
sya2kids.
"kitorang gayatlah umi" - Auni.
"gayat? bukan korang ke yang berlari laju atas tu tadi masa mula-mula sampai, ceh!" - umi.
Aku meneruskan tugas seperti biasa, mengambil Danish dan Thaqif pulang daripada sekolah walaupun Auni bercuti. Tanggungjawab perlu di galas. Syukurnya, sekolah agama bercuti selama satu minggu maka tugas aku selesai pada waktu tengah hari. Bersambung hari esoknya, rutin kembali tapi agak lega sedikit bila ada abiErwandi, dia mengambil Adli dengan membawa Arrizqi bersama, mencari kek dan hadiah untuk birthday boy. Puasla brotherhood tu berjalan. Aku mengambil Auni, Danish dan Thaqif balik sekolah dengan mini. Mudah bawa mini ni, main selit-selit ja.
Sampai di rumah, menanti abiErwandi pulang bersama brotherhood. Kemas meja serba sedikit membiarkan Auni dan Danish bersembang entah apa-apa dan mereka pulang dengan Adli interframe his tobot tak sudah-sudah.
"adik tak dapat hadiah pun umi, hari nikan harijadi abang Aie" that's Arrizqi say apabila dia berhegeh bawa kek yang lebih besar daripada diri dia sendiri. Dan kami menyambut hariulangtahun Adli dengan sederhana sahaja, meriah sedikitlah sebab ada Danish. Dia pula yang seronok potong kek mengalahkan birthday boy. Whatever la anak-anak janji korang gembira dan emak dapat makan kek, hahaha.
Adli turns 5 yeras old.
Everyone wants happiness, no one wants pain. But you cant have a rainbow without a little rain.- QuoteGram.
Ok sekian sahaja entry panjang berjela madah berhelah hari ini, aku mahu sambung membelek beg baru from Zalora with love, acceh! Duit poket sendiri tu, muehehe... hashtag syukurselalu. Jumpa lagi, daaa...
5 comments:
Happy birthday Adli syg...
Ibu doakan semoga Adli berjaya dunia dan akhirat...
Kenapa makin handsome anak ibu sorang ni?!!
Hihihihihi kalah lah Abg Aqil dia lepas ni.. ;)
happy beleted birthday adli...
jadi anak yang soleh ye sayang
membesar bagaikan juara
moga ALLAH sentiasa melindungi kamu
ibuAbang, ibuJue: terima kasih ibu-ibu, Adli miss to you all a lot!
lain dah muka adli.
big boy dah.. :)
kekDa:
membesar da kekDa, perangai pun bertukar but still manja kaw-kaw-kaw!
Post a Comment