Monday, 18 April 2016

Aktiviti dalam senyap.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

안녕하세요 hehe, semestinya kamu-kamu-kamu sudah mengesyaki kesibukan aku, well aku pun terkena demam Decendants Of The Sun, 392. Kalau sudah hantu drama Korea aptb. So, cuaca diluar tidak menentu ini, harap semua dapat minum air dengan banyaknya. Aku yang tidak suka minum air pun telah memaksa diri sendiri untuk minum. Bila muka sudah pun berjerawat merebak, dengan cuaca, dengan pemakanan yang main belasah ja, dengan habuk, dengan sibuk keluar masuk-keluar masuk ambil hantar anak-anak sekolah, barulah hendak sedar diri supaya menjaga muka sendiri. 

Jujurnya aku segan betul hendak berhadapan dengan orang bila jerawat naik, sakitnya tu di muka, terkena bias matahari lagila aku terasa merana kuasa lapan. Pedih dan terbakar dan pijar. Aku kena tunggu Auni balik sekolah dengan matahari tengah hari dan petang betul-betul sedang memancar sinar, dengan hendak handle Adli dan Arrizqi yang tidak reti duduk diam, hendak menangis pun ada. Aku gagah je la, biar la apa orang hendak kata.


Tapi apa yang menggembirakan aku ialah, walaupun jerawat aku sudah penuh sepipi orang tetap ingat Auni, Adli dan Arrizqi ialah anak saudara aku atau, anak-anak jiran aku tolong jaga atau paling kerap dengar mereka adik-adik aku, omooo. Bila aku kata mereka ialah anak-anak aku, "untungla u, anak-anak besar mereka boleh jadi kawan" hahaha. Ok kita tunggu sahajalah mereka besar, bagaimana jadinya nanti.



So aktiviti apa yang aku buat sampai bloghijau terbiar tidak terbela, kan aku da kabo tadi aku tengah busy dengan drama Korea, twehehe. Payah bila sudah terjebak ni, melarat dan berjangkit daripada satu drama ke drama lain, well aku tidak saja goyang kaki menonton ok. Even, aku gila drama Korea, kerja rumah, kerja mengasuh anak, mengajar anak, masak dan sebagainya tu masih lagi aku buat. Aku berbahagi jadual dengan anak-anak, sejak ada geng tambahan waktu tengah hari, mereka tidak perlukan aku sangat. Sesudah hantar Auni dan Danish ke sekolah agama, Adli dan Arrizqi lebih suka tidur sahaja, bila sudah keseorangan aku lebih suka buat art sambil menonton drama.

Masa tiada entry, aku bergelumang dengan art. Aku ni, tiada bakat sangat buat guestbook. Aku tidak pernah pun melihat guestbook yang sebenarnya dengan mata sendiri. Aku buat guestbook dibantu oleh team art, yang aku tubuhkan tidak lama dahulu. Kali pertama aku buat guestbook permintaan daripada kawan bekas sekolah menengah, kiranya aku bersyukur sangat dapat kawan-kawan yang still keep in touch dan saling memberi sokongan. Dalam tempoh dua hari, dengan langsung tiada pengalaman tentang guestbook, dengan kretiviti yang terhad aku gigih juga hasilkan guestbook pertama hobbies art daripada a to z. Bindingnya, bunganya, kerawangnya, dekorasinya, semua-semuala aku redah ja. Hasilnya, seadanya tetapi disukai oleh kawan aku tu dengan rasa syukur dan gembiranya dia.


 Love the colours.


Bila sudah siap satu, dia jadi melarat macam drama Korea juga, tangan gatal hendak buat binding sendiri, sudah ketagih. Bila guestbook pertama dipertonton, bakal biras aku request minta sponsor. Adik ipar sendiri yang nikah, apasalahnya buatkan satu sebagai sumbangan. Aku menggigih lagi, aku minta maaf pada team art sebab termacam mencaras kerjaya dorang pula sebagai pembuat guestbook tegar, rupanya dorang tidak kisah pun kerana dorang sendiri pun tidak menang tangan dengan order daripada penggemar hasil seni mereka sendiri.


Love the shape.


Ini hasilnya, kali kedua aku dengan guestbook. Bakal biras aku teringinkan typography, jadi aku buatlah typography. Typo... ni best, tapi jenuh sikit hendak menggulung memenuhkan ruang, aku pula jenis yang tidak pakar sangat lagi dengan bentuk-bentuk quilling ini, jadi redha apa yang ada je la. Bunga gebu itu pun aku baru belajar dengan team art. Fara, Wani and Hawa. Ye nampak benar karya aku agak kayu dibanding mereka yang memang kerjaannya guestbook, makcik redah je.

Siap dua buah guestbook, datang lagi permintaan daripada kawan sekolah yang order kali pertama tadi. Kali ini dia mahukan ikut tema dia, construction dan retro. Seminggu aku rest tidak buat apa-apa, draft-delete-draft-delete macam tu hehari, termenung mikir retro+construction sudahnya dapat permission buang retro jadi contruction. Penah tengok guestbook tema contruction? hahaha, whole guestbook yang aku penah tengok memang bunga-bunga dan ala-ala ladies. Biasanya, perempuan je yang suka dengan guestbook ini. Tapi tak apa, aku cuba.

Mulanya aku hendak buatkan jambatan yang tidak siap, quillingkan sebuah jambatan yang masih dalam binaan siap dengan ceracak-ceracak besinya, apakan daya lain yang aku copy, lain pula yang aku paste. bila aku edit lagila jadinya lain. Daripada jambatan bertukar lebuhraya. Projek lebuhraya siap dengan papan tanda projek. Ketiga-tiga guestbook yang aku buat, aku binding sendiri, penebuk 2 lubang zaman aku belajar dahulu masih mampu melakukan kerja-kerja menebuk lubang, berjasa betul puncher tu.



Love the theme.

Dua minggu jugalah aku menggigih siapkan guestbook untuk Zamalulkhair disamping menjalankan projek dengan team art. Bersyukur sangat dapat kenal dan berkerjasama dengan mereka-mereka yang sangat membantu. Habis sahaja entry ini di taip, aku masih lagi meneruskan projek art. Insaf, tidak mahu lagi terbabit dengan guestbook, harus diserahkan kepada yang pakar. Ok Arrizqi sudah mula membebel, aku kena layan dia sekejap sebelum menyambung kerja lain. I am too busy, ok. Jumpa lagi pada entry akan datang. InsyaaAllah aku update. Banyak nak story ni, hahaaa. Daaa ;)

9 comments:

nad said...

glemer btul cite korea tu? tgk kt tv berapa tu? kak nad tak tau pape pasal korea2 ni. siap ada yg kenal pelakon lg.. zaman2 winter sonata, autumn in my heart ada la tau2 jugak. pastu harammmm nak kenai hehe..

ch@ said...

Decendants of the sun tu channel kbs, 392. minggu ni da last episode kakNad. dia 16epi ja.

puanstoberi said...

guest book yang bawah tu cantik. kreatip sgt.. hihi.
yg akak order kat cha tu ari.. muka depan je lah akk gigih buat cecantik.. lps tu dah terbiar sepi isi dalam nya. Huhu.. pemalasss nya lah akak nih...

Shu @ Mrs. Hamid said...

Cantiknye hasil kerja tangan Cha. Kagum!

mamaarifakeemaisy said...

huhu.. tkdan nak layan TV la cha.. padahal baru anak dua.. haha..

moga terus success dengan hobi kamu tu... kreatip sangat tau!

huhu.. cuaca mmg panas bebeno kan skrg, arif pun tgh demam panas, tak sekolah hari ni, tp anta jugak kt rumah pengasuh, akak bz nak audit iso..tak menang tgn nak settlekan kerja, debar menunggu due ebrsalin lagi..huhu.. going to 36weeks sabtu ni..wuu

Jue said...

cantiknya...
tergoda habis...
faham2 sangat bile terjebak dengan korea...
tak boleh nak stop dah...
hahahhahah

ch@ said...

KekDa: jgn la malas2 kekDa. Keep the memories. I pun 2x5 gak, malas (icon nangis-ikon nangis)

Shu: hi! Awak, lama x nampak. Busy ea. Nway, thanks. Tgn masih keras lg.

KakIeyna: akak kerja, tu yg mcm x cukup masa. Kita ni spend time kat rmh je la. Apa nak buat, lagi anak2 da skola. Layan tv je la menghilangkan kesunyian. Tahniah kak, bestnya nak dpt baby.

KakJue: thanks kakJue. Akak byk support kita. Bila da terjebak, mmg susahla nak elak, hehe.

shaizhar said...

tahniah!!
anda sangat kreatif.
nak tempah la. sila p.m harga.

ch@ said...

abangShai: nak pm kat mana ea... instagram abgShai aktif tak? terima kasih, kita tak reti sangat buat gesbuk sbnr nya.