Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Aku sedang apa? aku sedang meniarap menaip blog entry menggunakan android, hahaha pemalas maksima. Oh hello, aku baru meregang otot ok, sambil tv menayangkan six flying dragons kali ke tiga, ye drama Korea fashion lama tapi berjaya memikat hati aku untuk menontonnya sehingga ke episod 18. Bangun awal pagi aku segera menyumbat pakaian kotor dalam mesin cuci, sapu rumah berselang menonton six flying dragon.
Dalam kepala merangka menu tengah hari, dilema emak-emak hari belum esok sudah mikir menu untuk hari yang mendatang, ikutkan hati dan perasaan serta perasaan iri hati ini ingin sahaja aku mengabaikan segala benda yang terjadi disekeliling. Hanya aku, hanya dunia aku. Mikirkan ke best san tuan Erwandi yang boleh hangout dengan kawan-kawan secara sendiri, aku jadi cemburu yang berganda. Ah! sila abaikan.
So, menu tengah hari ini ialah ayam goreng dan kimchi, muahaha. Semalam, Sha WhiteyMommy datang rumah semata-mata hantar kimchi buatan tangannya sendiri. Ah! benda yang namanya free, memang sedap. Eh! kimchi Sha memang sedap, aku namakan dia kimchi buatan Malaysia, makan dengan nasi panas-panas. Syarat makan kimchi ialah, gaul sebati dengan nasi. 진짜 맛있다 (jinjja masissda: sangat sedap). Sanggup Sha buat sebab ada geng makan kimchi dengan dia, aku la tu.
Aku ingat dia sejenis orang yang skema, berikutan tanya design untuk template pun macam hendak bergaduh je gamaknya, but Sha is ok, setelah hampir lima tahun kenal dengannya kini baru aku tahu dia ialah 'kipas susah mati' korean drama juga. Hi five!. Sejak aku memegang jawatan pengurus rumah tangga, sudah tiga kali Sha datang rumah aku, hantar novel, hantar kimchi, datang bersembang. Dia ialah salah seorang yang senang diajak berbual, anaknya Khalis sebaya dengan Auni, senang sahaja bergaul dengan askartiga.
Kerana Sha juga aku belajar tulisan Korea, untuk apa? entahla aku pun tidak mengerti mengapa aku belajar. Just basic 한글: hangul. Gigih aku belajar sehinggala aku boleh mengenal pasti sedikit ejaan, huruf dan bahasa Korea. Saja-saja, tidaklah aku melopong bila menonton Korea.
Teringat masa tingkatan dahulu, aku merupakan pelajar aliran yang mengambil matapelajaran Bahasa Arab. Aduh! aku sering sahaja terasa seorang pelajar yang jauh ketinggalan di belakang. Stress. Aku bukannya seorang murid kegemaran ustazah Hubsah, makanya kewujudan aku dalam kelas bagaikan halimunan, hahaha... dan lagi tidak hairanlah PMR bahasa Arab aku ialah D, habis!
Keypad handphone pun nak korea. kekeke...!
Whatever you decide to do, make sure it makes you happy!
Ok, berhenti sini dulu, baju minta di jemur. Jumpa lagi di entry lain kali... Daaa selamat cuti sekolah.
6 comments:
tak pernah rasa kimchii
huhu..teringat buat essay bahasa arab je mesti fail..
mcm best je homemade kimchi tu...terasa-rasa nak rasa..hehe
Umi!!! Aqil rindu...
Bilalah dpt jmpa sha dan bila pula lah dpt jumpa umi lagi..
Rindu teramat rindu..
Hurmmmm
Dh rasa macam newbie plak dlm dunia blog ni umi..
Salam ziarah.. salam rindu cha..!!!!
yuhuu.. lama bebeno akak tak jalan jalan sini, masa tk mingizinkan plus kemudahan pun tak mengizinkan.. lahai..
moga sihat selalu, dan ceria sentiasa.. bila lagi can kita nak bersua kan.. lama sungguh tak jumpa..
waah semangat awak ye blajar korea.. syabas..hihi..
Husna Rahman, kakNani: masin, tapi sedap sgt.
Travelog Sunyi: uhuh! betul2. kena ujian lisan, tergagap-gagap.
ibuAqil: welcome ibu. rindu ibu jugak.
kakIna: wa'alaikumussalam kak. takpe janji akak ngn baby sihat2 selalu k.
Post a Comment