Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Kelihatan cantik dan sempurna adalah idaman setiap wanita, baik kecantikan dalaman mahupun luaran. Selain daripada pemilihan pakaian
yang bersesuaian, rupa paras juga merupakan aspek yang terpenting bagi hampir semua kategori wanita, yang bertubuh ramping, bersaiz gempal, berkulit cerah mahupun berkulit gelap. Pembayang mata, pemerah pipi, bedak compak, celak dan paling tidak ketinggalan pentingnya ialah lipstick atau gincu merupakan pelengkap untuk wajah yang diidamkan. Makanya untuk entri kali ini, kita akan berkongsi sedikit info mengenai warna lipstick
yang bersesuaian untuk wanita yang berkulit gelap. Mari-mari, mereka yang berkulit gelap, usah gentar untuk menjadikan bibir anda setanding cantik dengan mereka-mereka yang seangkatan.
Bagi wanita yang
berkulit gelap, adalah penting untuk anda mengenakan solekan atau make up yang
bersesuaian agar penampilanan anda tampak lebih menyerlah. Antara warna lipstick yang dicadang paling bersesuaian adalah seperti berikut:
1) Coklat gelap.
Pilihan warna lipstick terbaik untuk semua wanita berkulit gelap ialah coklat gelap. Warna coklat gelap akan memberikan anda tampil dengan solekan yang ringkas tetapi masih mampu menarik perhatian orang ramai.
2) Merah.
Ahaaa, mesti anda berasa takut untuk mengenakan lipstick warna merah yang terang seperti ini, terasa bagaikan kecantikkan bibir anda yang lebih mendahului namun merah itu lambang keberanian, usah gentar. usah takut. Oleskan sahaja dengan rasa berani. Warna merah ini akan menjadikan anda kelihatan si seksi dan menggoda! auuummm.
3) Fuchsia.
Warna fuchsia ini tergolong juga dalam warna terang. Ya, wanita bertona gelap sekalian, sila jangan takut untuk oles bibir anda dengan warna fuchsia, kerana ia memberikan anda elemen misteri. Anda si misteri akan menarik perhatian untuk orang mengenali anda. Bersedia ya!
4) Margenta.
Warna terang lagi khas untuk wanita berkulit gelap dan menyukai merah jambu. Anda sudah lama berkenan tetapi terasa-rasa bagaikan tidak sepadan. Jangan bimbang, anda berani oles makanya anda lebih menyerlah. Margenta ialah alternatif terbaik selain warna merah. Mereka setanding.
5) Natural.
Yang terakhir ialah, warna ringkas, warna kegemaran semua pastinya, warna natural. Bila-bila masa untuk anda tampil ringkas tetapi elegan, inilah padanan warna paling sesuai, natural. Cantik bukan? berkenan bukan? apalagi, sila jangan gentar untuk cuba. Sayang bila sudah beli tetapi hanya tersimpan. Kejelitaan anda kebanggaan anda juga.
Semua wanita mempunyai kecantikan dan daya tarikan yang tersendiri, tidak mengira apa pun warna tona kulit anda dan bagaimana cara untuk anda menghargainya. Namun untuk wanita berkulit gelap, adalah penting untuk anda mengenakan solekan atau make up yang bersesuaian agar penampilan anda lebih menyerlah. Diharapkan contoh-contoh liptick di atas dapat membantu anda membuat pilihan yang berani. Sekian sahaja sedikit perkongsian daripada penulis.
A woman, is most beautiful when she smiles. - Beyonce
2 comments:
suka warna natural
kakNani: kita tak pnh pakai lipstick. tak reti.
Post a Comment