Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Hidung tersumbat, keduanya tersumbat gara-gara air mata keluar macam air terjun, makin di pujuk makin deras pula, daripada tuala kecil sampai ke selimut basahnya, muka usah dikata sembab sampaikan hendak tengok cermin dalam terang pun tidak berani, bentuk mata makin tidak nampak terasa-rasa bagaikan Daesung, BigBang. Rambut kusut masai, daripada berbantal lengan sendiri berpindah pelukan, terusan dipujuk terasa makin susah hendak bernafas. Argh! payahnya hendak menerima hari mendatang apabila gambar di skrin scan klinik tadi sentiasa berulang tayang.
Aku hanya menduga tapi tidak menyangka lain pula yang jadinya tetapi apakan daya berita harus aku terima berikutan ianya berkenaan dengan badan sendiri. Tujuan sebenar aku ke Putra Medical Centre hanyalah untuk ujian PapSmear, datang bulan aku pada Mei lepas berlarutan sehingga hari ke-18, tersangat lama sedangkan aku tidak mempunyai sebarang masalah kedatangan miss P pada sebelum ini mengikut tempoh 7 hingga 8 hari. Sukar rasa hendak menjelaskan pada pakar sakit puan yang sentiasa bermuka manis dan tersenyum ini, sumbang bunyi suara aku menyusun jalan cerita yang lintang pukang memaksa aku menarik nafas dalam-dalam dan mengulang cerita yang sama dengan betul.
Nah, terasa bagaikan scan untuk mendapat bayi baru, hehe. Ketawa sumbing, tidak ikhlas. Keputusan scan untuk 5 minit itu betul-betul di luar jangkaan kotak fikiran. Hasilnya? 2cm x 2cm cik Cyst di ovari kanan serta, serta, serta....3cm x 2cm cik Fibroid di uterus. Hrmmm, haruskah aku bertepuk sorak sehingga kampung tergadai? ataupun menangis sehingga air mata darah?. Tidak!!! Aku diam dan tersengih sumbing, kerana doktor bermuka manis itu menyambung kembali ayat tergantungnya, pendarahan tidak terbabit dengan cik F dan cik C, mereka berdua masih boleh tidak dipedulikan kerana masih kecil, memerlukan penjagaan yang ketat untuk mengurangkan saiznya. Ia tidak mungkin hilang.
Next. Kita buat pap smear. Gagal dijalankan kerana pada awalnya bersih, sebaik sahaja kerangka transfomer tu dapat pada cik V, terus leaking. kena datang semula minggu hadapan. Buat masa ini hanya makan ubat menghentikan pendarahan. Entah apa pula keputusannya nanti, selagi tidak selesai selagi itulah susah hati. Jadi... tunggu sahajalah.
Balik rumah, perasaan libang libu. Ketawa, senyum, bergurau dengan tuan Erwandi pun rasa macam palsu sangat. Berkobar-kobar hendak bertemu dengan encik Google bertanya lebih lanjut apa yang boleh dan tidak boleh tentang cik F dan cik C. Tanya tuan Erwandi memang entah belaka sahajalah jawapannya, Google dan bertahan sehingga semua anak-anak masuk tidur. Bertahan lagi sambil menyiapkan kad hari raya untuk pelanggan, katanya. Habis juga buat bersiap untuk masuk tidur namun mata masih degil dan tidak mahu lelap. Berkalih tidur pun, eh still terbayang kejadian-kejadian di klinik tadi sehingga membawa kesedihan yang tiada tara.
Pertama kali kot, mengalami kejutan perang saraf otak menerima berita tentang diri sendiri berkait pula dengan emosi, pergh! memang membawa berbaldi-baldi air matalah jawabnya. Tidak lama kemudian, tuan Erwandi balik daripada bertugas, masih tidak mampu menatap wajahnya dalam gelap. Dia pula yang mengelap air mata. Oh! tidak, ini bakal mengundang banjir. Memang betul pun, sampai tidak mampu bernafas menggunakan hidungla. Lama jugala sehingga dia memaksa aku bangun berjalan satu rumah jam dua pagi. Daripada aku sedih melampau sehingga aku jadi bahan gelak dia pula apabila melihat aku memicit-micit hidung sendiri sambil membebel-bebel.
Akhirnya, aku terlena juga dalam pelukan dia, feeling fresh dan tenang. Memujuk dan memujuk sehingga aku tersedar jam 4.30pagi waktu untuk bangun sahur. Puasa hari pertama, diharapkan lebih baik daripada tahun lepas, mudah-mudahan. Semoga aku terus tabah dan kembali ke posisi dan emosi asal, inshaaAllah. I will try my best. Hwaiting!!!
You can cry and get upset. You can think the world is over and there's no hope. But end the feelings that very night and start fresh the next day. Life's short! - #88lovelife
Jadi, pembaca tersayang bloghijau ini semoga dapat berkongsi sedikit tentang hal-ehwal cik P dan cik C dengan aku, maklumlah aku kan beginner lagi, beginner is always tough. Sekian sampai sini dahulu jumpa lagi entry akan datang, daaa.
Nota: Tiba-tiba ada entry kan? haha. Just sharing the feeling, give me some strength.
9 comments:
Elakkan makan soya.
cha akak takda pengalaman .. nanti ko kongsikan kat blog hijau ni.. dah macam renjatan letrik baca ni ... moga tak terlalu serius masih boleh di kawal sebab baru 2 cm kena kawal pemakanan yg tak boleh bg cyst tu lg besar dgn fibroid
Allah...
:(
moga tabah dgn ujian
cuba tanya cikjue.. cikjue ada operate sbb salah satu tu kan sblm ni?
Jangan lah sesedih.. akak kan dulu buat laps utk remove cyst n fibroid. Huhu. Tp akak tak pernah kena period panjang. Cumanya, pendek2. lain orang lain simptom. Kan?
Worries not, i'm always there for u.. buleh sharing ngan akak.. takde hal. Just w.app me okeh.
Dalam blog akak pun ada. Apa yg kena elakkan utk org cyst, utk org ada fibroid and dalam term kami yang TTC ini adalah endo..
Akk pun kurang sihat ni. Terlebih makan kambing dan terlebih duduk dalam ekon mungkin. Huhu.
bertabah la sayang .... jgn sedih2.... elakkan makan makanan high protien utk cik F...
aduh dik...
ko buat kakak ko ni nangis tau...
kuatkan semnagat inn shaa allah takde apa2 ...
nanti update tau...
kakak ko nie sentiasa nak dengar keluh kesah mu...
call, whassup je bila2 masa...
pasal Cik F n cik cyst tue tak merbahaya..
setiap orang ada cuma aktif ke tak je...
klu besar boleh operat...
jangan risau tau...
apa2 bagi tahu akak ye...
akak tahu cha ok...
jangan sedih2 tau...
Sakit tu khifarah..
Penghapus dosa2 kecil..
Sakit tu hadiah..
Tanda kasihnya DIA yg satu..
Sakit tu nikmat kerana bkn semua yg DIA pilih..
Sakit tu ujian..
Semakin kita redha dan sabar kerana Allah..
Maka di naik kan darjat kita di sisi nya..
Yg buat kita kuat adalah diri sendiri..
Yg menyuntik kan semangat itu adalah insan sekeliling..
Yg bt kita kebal dan bertahan adalah doa..
Allah swt sebaik2 pelindung..
Syg umi cha..
Syg sgt2..
Semoga Allah siapkan sesuatu yg istimewa utk insan yg dia pilih..
Be strong syg..
Please!!
Menangis puas2..
Sebab lepas tu akan buat diri mu makin kuat dan hebat..
In shaa Allah!!!!! Muahxxxx!!
Salhah Suhot: favourite tu.
sisYana: ihiii, tak serius sgt tapi mcm berita besar je kan, kecoh je kita ni, keke.
kakNad, eima: inshaaAllah kakNad, eima.
kekJue, kekDa: yeay, thanks kekDa, kakJue. syg kakak ketat-ketat.
ibuAbang: nak salin dalam diari la mcm ni. sukaaaa sgt ayat2 ibu ni.
Ya Allah Cha, k.eija baru baca dan tau..
Moga tabah hadapi setiap ujian yang mendatang..
x pernah lagi ada pengalaman seperti ni, tp hari tu adik ipar k.eija cute mum baru je operate cyct, dia punye kes pun tetiba je baru tau ada cyct n tau2 cyct dia dah besar n terus operate, tp alhamdullillah slps operate dia masih berpeluang mengandung dan baru je dpt baby baru..
Be Strong ye cha..
Post a Comment