Thursday, 2 April 2015

SONshine.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Hujan rintik-rintik, air bergelora...
Ahaaa, bukan air bergelora hati emak yang bergelora. Gelora di hati emak, anak kedua sahaja yang mengerti. Mengerti dan peduli, that's my abang Adli atau dipanggil Arrizqi dengan panggilan abang Aie. Abang Adli, si manja, si aktif, si perajuk, si pengalah, si sopan. Akan tetapi bila sahaja disebut anak lelaki, secara automatiknya akan membuat emak pusing kepala 360 darjah.

Bila kemarahan emak tahap maksima dengan kenakalan lelaki-lelaki ini makanya, emak akan diam seribu bahasa. Kebiasaannya abang Adli ialah yang paling cuak bila emak diam. Dia risau bila emak tidak penuhi segala permintaannya, buatkan susunya, mencari bantal busuknya, memberi makannya, hahaha. Jadi, dia sentiasa menjaga hati emak pabila emak naik marah, abang Adli bawa diri jauh-jauh atau berlawan dengan Arrizqi tanpa diketahui emak serta mengaku secara jujur bila sudah tahu kesalahannya.

Seorang lagi yang meningkat naik ialah Arrizqi, ini ialah pemujuk nombor satu milik emak. Arrizqi, ikut perangai tuan Erwandi barangkali. Dia suka pegang pipi emak dengan dua tangannya dan kiss. I got a kiss-I got a kiss, hiihiii. Sweet Arrizqi bila sudah pandai berlawan cakap dengan abang Adli. Arrizqi peniru nombor satu abang Adli, sampailah abang Adli sendiri naik stres.

Arrizqi si pengusik, dia tidak mudah takut sama ada dengan abang Adli atau pun dengan kakak Auni kerana Arrizqi tahu, dia perlu baik dengan abang sebab hanya itu sahaja kawan yang dia ada bila kakak Auni ke sekolah dan Arrizqi juga tahu, kakak Auni sentiasa akan back-up baik punya, jika dia terbabit dengan kesalahan-kesalahan di luar jangkaan emak. Lagipun, emak tidak akan marah dengan Arrizqi.

Sebut tentang lasak, ye sama sahaja dengan anak-anak lelaki yang sebaya. Emak juga sudah sedikit lega pabila Arrizqi dan abang Adli sudah tahu mendengar arahan-arahan emak. Arrizqi sangat pandai mengambil hati emak, dia tahu macam mana hendak elak emak naik marah. 

Baik abang Adli mahu pun Arrizqi, keduanya emak bagi sama rata. Sudah kalo menghuru-harakan emak pun korang join venture, pe salahnya emak bagi sama rata. Satu yang emak fed-up, apabila korang berdua kalah dengan kakak Auni dalam sesi merebut channel tv. Kakak Auni sudah tahap kanak-kanak pintar dengan rancangan pendidikan sahaja. Hero emak sukakan ultraman, power rangers, superhero lain, hrmmmm... Hendak sangat emak join kan? satu- tutup tv, dua- tengok korea, tiga- gaduh sahaja, emak jadi pengadil (tengok sahaja). 


Jiwa dan hati.


Petunjuk Kesyukuran.


Rezeki Keadilan.


Mereka bukan kembar, jangan konpius.

You are precious in every way, the sunshine in my day, the joy in my soul, and the love in my life - mom. Saranghae.  

Apapun emak tidak kisah pun korang hendak buat apa, jangan ada yang cedera sudah. Emak tahu bila masuk tidur korang akan cari emak punya, masing-masing berebut pangku, masing-masing hendak pelukan emak, masing-masing hendak menyelit dengan emak, that's my sons. Kakak Auni tidak geng sangat dengan emak, dia sayang tuan Erwandi lebih sikit, hehe.

Ok, sini dulu entri hari ini, sedang berusaha untuk rajin update bloghijau ini, kesian menyepi sahaja. Wahai rakan-rakan blogger ku sekalian, aku rindu kamu semua. Jumpa lagi, daaa...

8 comments:

syawalsimpsons said...

rindu mung mek...anak ko mmg geng la kalo bergabung ngan anak2 aku kan..hahahha...

Masya said...

salu baca tanpa jemu ... hihihi .. kerenah mereka.. keletah mereka ... ragam mera.. semuanya mengenai mereka .. blog kt pun dh jrg berupadte.. ni hrp bln 4 semangat puih huahuahua ...

Fiza Rahman said...

As salam cha. Lama tak masuk sini ☺

Gitu lah penangan anak² kan. Especially anak lelaki. Bertabah jer lah.

nad said...

kat umah ni lain plak.. yg son nya behave.. yg doter plak la peel len mcm. sindrom anak ke2 mungkin? huhu...

Salina@IbuAqil said...

Rindu serindu rindunya..
Harap engkau kan mengerti..
Wohooooooohoooooooooo..
Umi cha, we come back..
Miss my triplet A (salah ejaan abaikan) so much..
Abg Aqil miss them too three four..
Miss umi cha dia jgk..
Muahxxxxx!!!

arysha_fayyadh said...

Assalam cha,
he3
kaaannn3
bebudak ni kalo kita marah pandai betul nak memujuk tau3

Shiqa Nawar said...

hehehe comel sngguh dak kecik berdua ni bila bergabung. adik ikut abg je hehe

ch@ said...

Sue: bila kita nak bergabung lagi?

sisYana: blog sis tu, kita baca tapi mls nk komen. eh, bkn blog sis je semua blog yg kita bacalah...haha. kadang2 je komen.

FizaRahman, Sha: wa'alaikumussalam, kita layankan je la dorg. sementara hendak besar.

kakNad: tu sindrom nak dapat adik, hahaha.

ibuAqil: yezzaaa, kasi update/tulis/taip byk2 ok. i'm waiting. miss ouls too three and forever.

Shiqa: emak dorg yg sakit kepala.