Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Haaai...cak! termenung eh, tunggu hari Jumaat. Sabar ye, tidak lama lagi sampai lah si Jumaat yang penuh barokah tu, ke ada yang akan cuti awal? hihii, bagus-bagus. Emak tiada cuti pun, cabut gigi pun tidak dapat mc, cuti emak hanya dipandang penuh kesepian.
Hari ini emak serba turquoise, menyesal pula beli kasut warnanya turquoise kerana payah benar hendak menyuaipadankan seragam harian. Sejak menjadi emak trio, jarang ke kedai dengan slipar Jepun, rasa macam seksi sangat je kaki ni, haha. Poyo. Sebenarnya, senang hendak memandu kereta bila pakai kasut tapak rata. Ye, si Diva Turquoise tu sudah menggantikan si lasak kelabu Aku sepasang kasut.
Itulah satu-satunya kasut yang emak ada, selain kasut sukan. Macamlah pergi bersukan, ini semua poyo, hahahaaa. Emak sudah malas hendak bersukan, harap bersemangat je beli tali skipping sudahnya tersorok dalam kotak. Hari-hari emak exercise turun naik tangga, solat di tingkat atas, melepak dan sebahagian kerja rumah di tingkat bawah. Belum pukul sepuluh pagi emak sudah selesai mengemas, termasuk hantar kakak Oni pergi sekolah dan beli sarapan pagi, muahaha. Jika cuaca panas, maka peluhnya mengalahkan orang yang berada di tengah padang menjadi berganda panasnya bila memakai PB, terasa betul lemak terbakar. Auta.
Tujuan sebenar menaip entry hari ini ialah hendak cerita, tadi sidai baju batch anak-anak, sidai punya sidai, rupanya banyak sungguh baju warna merah. Sejak anak-anak emak sudah besar ini, semua uniform kena bertukar saiz kepada yang lebih besar. Abang Aie pakai baju kakak Oni, adik Qiqi sudah pakai baju abang Aie, kakak Oni? untunglah beliau dapat baju baru. Akan tetapi tidak banyak yang boleh diturunkan berikutan, kebanyakkan baju kakak atau abang, ada yang berlubang kena gunting, ada yang lebar leher menjadi dua kali ganda besarnya dan kebanyakan seluarnya juga telah kembang. Dengan itu emak akan isytiharkan, beli sahaja uniform baru, kekeke.
Being sister and brother means being there for each other. Siblings make the best of friends.
Uniform kali ini emak dapatkan dengan Puan Bee melalui instagramnya @iluvonlineshop. Bukan takat baju bajan trio, baju yang emak pakai pun beli dengannya malahan emak tambah lagi satu item barang untuk rumah iaitu karpet bulu. Ahaaa, sudah terlajak shopping online, so duduk diam-diam je jangan minta apa-apa lagi, kekeke.
Jadi, siapa-siapa yang macam hendak terpengaruh dengan emak ini bolehla mendapatkannya ye, silala ke instagram berkenaan, nak melawat instagram emak pun boleh juga, tapi emak ni bukanlah artis atau peniaga, ngehehe. Oklah, mesin cuci baju emak sudah berhenti, sambung sidai baju batch baju dewasa pula, lepas tu sambung buat art then kejap lagi hero ensem emak adik Qiqi akan muncul minta susu. Sini dulu, take care ok, daaa. See ya.
8 comments:
masih setia berdondon hehe..
geram plak nengoknya :)
sesetengah budak tk nk pakai yg sedondon dgn adik beradik lain...tp kebanyakannya mmg nk sedondon
wahhhh .... kat rumah pun sedondon kan ... budak ber2 tu klu tak rumah ... bj hilang ke mana
wahh kapet bulu².. geli².. bestnya nak beli .. nak beli ... jenuh pujuk hubby tau ... amir dh besoo pun dia tak bg beli jugak pfttt....
Alamak emak...
Elok ibu tgh baca entry emak ini mesin basuh ibu pn berhenti..
Nasib sudahkan jgk baca satu entry ini..
Emak, walaupun emak kerja non stop..
X ada cuti kelepasan atau cuti nak melepaskan diri atau apapun..
Asalkan emak puas dan bahagia..
Itu lbu bernilai rasanya dr cuti tp kita rasa kosong kosong kosong (ayah kerja abg aqil tuition)..
Huwaaaaaaaaaaaaa!!!!
Ibu bosan sorang2...
KakNad: hahaha, esok adik baby keluar bolehla dondon.
KakAya: sng nk beli baju.
Eima: esok lusa memasing da sekolah, sama jugaklah agaknya.
SisYana: hahahaaa kita pandai2 je beli sendiri. Da ada kat rmh 'si dia' da tak boleh kata apala. Da mmg kita je yg di rmh.
IbuAqil: kadang2 bosan gak bu. Asyik berlengas dgn kids je, sesekali nak lepaskan tekanan. Gittu.
Assalam cha,
soka kalo anak2 pakai baju sama2 kan3
boria gitew
anak iols baru seketui
so sekarang ni dok boria ibu ayah anak sajork he3
Sha: Wa'alaikumussalam. nnt da berderet bolehla boria.
Post a Comment