Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Selesai mencetak sebahagian projek hobbiesart yang masih belum selesai, aku termenung, belek home bloghijau. Kesian, day by day hendak update sudahnya youtube juga yang dilayan, running man, Song Jihyo, belek Instagram balik semula, tiba-tiba log out terus, ignore kembali membuat fulltime job, aku seorang surirumah, kesian.
Bila mengenang iklan nuffnang yang sentiasa running, terasa semangat hendak taip entry tapi apa yang hendak diceritakan pun entah, asyik cerita pasal kerja surirumah tangga, macamlah orang lain tidak buat kerja yang sama, hendak cerita pasal trio sahaja, pun pening kepala juga. Banyak sangat peel trio ini, jadi bersimpang siur hendak cerita yang mana satu. Hendak cerita pasal suami? argh! suamiku bukan encik perfect 10. Tapi gelihati gak, tuan Erwandi boleh layan movie suamiku encik perfect 10, setia daripada mula sampai habis, bahaha. Aku tengok jejeling je sebabnya tuan Erwandi tahu bahawa, isteriku si ratu kpop. Aku lebih banyak menonton drama Korea berbanding drama melayu. Ini serius.
Sebenarnya aku terharu bila nampak komen di entry bloghijau atau pun blogoren, aku menghargai semua komen lebih-lebih lagi komen yang menyatakan suka dengan gaya penulisan entry bloghijau. Aku bukannya seorang penulis, cuma aku suka menggunakan bahasa atau menggunakan perkataan lengkap ala-ala menulis novel. Sesuailah dengan satu hobi lagi selain hobbiesart, membaca novel. Aku hanya menggunakan skill mengarang dan menyusun ayat yang telah diakui oleh seorang guru Bahasa Melayu pada tahun 1996 dahulu, karangan bahasa Melayu aku pernah mencecah 93% dengan hanya mempunyai sedikit sahaja kesalahan tatabahasa. Mungkin bakat aku berjaya dicungkil oleh cikgu Wan Basri menjadikan aku seorang yang suka menulis.
Salah satu cita-cita aku juga ialah menjadi penulis, sesuai dengan perangai suka berangan aku menulis cerita pendek, cerita yang aku suka ubah bila menonton drama, dalam buku latihan sekolah yang tidak habis digunakan. Entah, aku suka menulis cerita merepek ikut suka kepala hendak fikir apa. Betul, aku seorang penulis diari paling tegar satu tika dahulu sehingga sekarang. Aku tulis cerita, aku baca sendiri dan aku simpan. Tiada langsung berniat untuk di komersialkan sebabnya aku masih banyak kekurangan.
Aku suka menulis pantun juga, aku suka menulis sajak juga, cuma sajak yang tidak berapa hendak berbunga bahasanya, sajak frust paling selalu. Tulis dalam diari dengan tulisan dihitam besarkan, kadang sampai koyak kertas, terus buang dalam tong sampah then pergi bilik air, menangis bawah cucuran air. Aih! perangai. Lepas tu, aku sudah tidak frust lagi.
Bila sambung belajar, aku mula diperkenalkan dengan blogspot. Seorang kawan memperkenalkan. Aku tidak mahula share blog yang sebelum bloghijau, skema tahap maksima, hahaha. Aku menulis dalam bloghijau dengan cerita hanya berkaitan aku. Aku dan kejadian-kejadian sekeliling. Kisah emak-emak sahaja, kan sudah kata aku bukan penulis.
No caption!
Terima kasih kerana sudi membaca bloghijau yang tidak seberapa ini, terima kasih sebab sudi kawan dengan aku, terima kasih kerana masih setia, terima kasih kerana menerima aku seadanya, terima kasih-terima kasih dan terima kasih. Muahciket!
Jeling jam, eh! sudah 10:25am, sekejap sahaja masa berlalu, mana Ersyad Arrizqi ni tidak bangun lagi. Aku hendak sambung projek hobbiesart sekejap sebelum hero super comel tu bangun. Sekian sahaja entry untuk hari ini. Jumpa lagi, daaaa...
8 comments:
ko mmg bukan penulis...tp penulisan ko mmg daebak...aku pon suke running man...dah abis layan sampai 240 ni...nak tunggu 241 lak..hahahhah
singgah sini ... rindu kamu semua .
suka baca yg cha tulis, ralit dibuatnya .. sampai kdg xtau nak komen apa ... tkt apa yg di komen menguris hati .. yg benoonya line opis tahap siput lajunya huk huk huk .. kat rumah mmg xde masa bukak blog, bkk ig sahaja itu wajib ... sdhnya blog sendiri pun bersawang.
Terima kasih umi kerana msh trus menulis..
Terima kasih umi kerana menulis terus dari hati..
Terima kasih umi kerana luangkan sedikit masa umi menulis demi kami..
Terima kasih umi.. Terima kasih.. Muahciket!!! Hahaha
Sue: RM mmg the best. Aku suka je ulang2 tgk pangai dorang tu.
kakYanti: rindu kakYanti jugak.
sisYana: hahaha, komen mengguris hati? amboi apalah tu kan...?
ibuAqil: mmmmuah...mmmmuah....mmmuah :)
kalau buat novel...
akak org pertama beli...
jadi jangan lupa...
buat novel please
kakJue: sudah dua orang hendak menjadi pembaca novel kita. baca blog je la.
Assalam cha,
akak pun dah berkurun tak layan dedrama melayu he3
Post a Comment