Monday, 16 February 2015

Robocar poli.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Mereka dan robocar poli. Kartun terbaru di Astro Ceria yang berjaya menarik perhatian anak nan tiga ini. Celik mata - robocar poli, lepas mandi, lepas makan - robocar poli,  pantang tv di on kan, minta robocar poli sesaja. 

Satu hari yang meletihkan aku sungguh-sungguh, yang menjadikan bertambah letih apabila datang bulan begini, senggugut, sakit kepala bertambah dengan kerenah anak-anak, aduhaiii memang sudah dua tiga kali juga aku me'naga'.

Lepas makan tengah hari, Adli sahaja yang lena, daripada tadi minta main di luar tidak mendapat perhatian aku sebabnya, cuaca sangat panas terik, bila sudah main di luar memang confirm akan mengerjakan harta kepunyaan tuan Erwandi - kereta, akuarium, pasu bunga. Aku sudah naik malas hendak jadi naga banyak kali dalam satu hari.

Aku memujuk Arrizqi untuk tidur, Arrizqi bukannya sihat sangat untuk melasak bermain. Arrizqi ajak aku bergolek-golek, bergurau, main muka, main tangan, sebagaimana aktivitinya sebelum tidur. Lepas sahaja kakak Auni memunggah satu bungkus biskut di dalam tupperware, sekali lagi kakak Auni meminta main di luar, hari sudah mula redup sedikit. Lagipun aku sudah pun mengambil alih rancangan tv beralih ke drama Korea. Sepantas kilat Arrizqi bangkit daripada pembaringan, 

"atas tu kakak, atas" sambil berlari ke arah tempat letaknya kunci rumah.

"ye hendak ambilla ni" kakak Auni sudah pun memanjat kerusi, mengambil kunci.

"yeay!" Arrizqi kesukaan dan mengekori kakak Auni bermain di luar. Sempat aku minta kakak Auni menyapu halaman luar sudah alang-alang kakak Auni pegang penyapu. Sangat rajin menyapu memang, akan tetapi tidak lama kemudian...

Suasana senyap dan biasa-biasa sahaja, Arrizqi masuk mengunjur dua tangan depan muka aku, 

"yaks!, korang main apa ni wei?" aku jerkah, bangun membontoti Arrizqi yang menuju dapur, Arrizqi sudah pun mengelap tangan dengan kain buruk untuk lap pinggan, sobs-sobs-sobs! sebelum aku sempat mencuci tangannya. Arrizqi dan kakak Auni main tanah campur air, huaaaaa...

"buat apa tu? tunggu la saya, saya datang" kemain lagi, abang Adli tiba-tiba bangun. Bukankah abang Adli sedang nyenyak tidur tadi? Ha'ah memang pun tidur, nyenyak nya sekejap sahaja, selebihnya tidur-tidur ayam buat syarat sah tidur siang sahaja. Sabar je la.

Bila tiga sudah bergabung, memang tidak terkata apalah, malas sungguh aku hendak jengah. Pagi tadi sudah ku upah mainan buih sabun, tidak sampai setengah jam sudah habis sebotol, tumpah ler apalagi. Hendak bawa ke kedai, aku kena mikir dua tiga kali. Hendak beli barangnya satu dua sahaja, tetapi yang upah tu mesti hendak tiga. Minta tu yang harga tidak mampu milik, macam aku bawa wang berkepuk-kepuk. Bukan kedekut, tetapi aku berjimat untuk hari esok-esok. Masakan hendak habiskan dalam satu hari. Aku memang sangat bercinta untuk minta duit daripada tuan Erwandi. 

Arrizqi masuk rumah sekali lagi tangan bersalut tanah, apatah lagi baju putih sudah bertukar warna, argh! ini boleh mendatangkan marah. Aku arahkan kesemuanya masuk dan mandi. Kakak Auni, abang Adli dan Arrizqi sudah bersalut tanah. Kakak Auni mengetuai pasukan A untuk pergi mandi. Bagi can berkubang dalam bilik air pula, habis di angkut semua mainan.

Ingatkan sudah lupa, rupanya masih ingat lagi dengan robocar poli, keluar sahaja Arrizqi daripada bilik air, tanya robocar poli.

"roboya poyi, umiii" sambil mata menjeling tv masih lagi drama Korea. Aku siapkan Arrizqi dan menanti abang Adli keluar daripada bilik air. Aku panggil tiga kali baru dia muncul dengan segala mak nenek mainan yang di angkut masuk tadi, banjir lantai.

"robocar polis la umiii" haish! basah lencun, minta robocar poli. Sabar je la. Aku tukar juga channel tetapi tiada pun rancangan tu. Belum masanya lagi. Aku siapkan abang Adli pula, manja terlebih, layankan je la. Kakak Auni sudah pun siap bersolek, pakai baju sendiri.

Aku meniarap satu bantal dengan Arrizqi, sambil baca komik Anak Satria kepunyaan tuan Erwandi. Abang Adli datang dengan bantal busuk landing bersandar pada aku, datang pula kakak Auni dengan tupperware biskut yang dipunggahnya tadi, landing sebelah abang Adli. Hrmmmm...emak sudah jadi bantal. Masing-masing menanti robocar poli. Layannn. Arrizqi tidak sempat menonton robocar poli nampaknya apabila suda lena sebaik sahaja makan biskut dua keping, muahaha.

Biasalah....

Letih sudah... 


Sekian sahaja drama untuk sepanjang siang hari ini, badan aku terasa hendak kena kerusi Ogawa, tambah-tambah hujan lebat di luar sana. Owh! indah. Gambar tiada kena mengena dengan hari ini. Sekian...jumpa lagi, daaaa

7 comments:

Prince of Noob said...

meriahnya anak2. done follow ur blog, follow mine too :) - Noob

eima said...

rasanye fahim tak penah tgk lagi kartun ni ..... tuuu dia fuh memcabar betui la .... emosi kena stabil klu nk jd full housewife ..

kehidupan sihat said...

hehe..semua dah keletihan

salam perkenalan sis & jemput ke blog nana :)

Mama Kembar Tiga said...

cute je pic semua terbongkang tu hehehe

ch@ said...

Prince of noob: noted.

Eima: fahim tak layan sgt kot, da besarkan. mencabar tak mencabar aku redah je la.

Nana: thanks sudi singgah.

kakNani: da keletihan main seharian.

arysha_fayyadh said...

Assalam cha,
he3
dengan bebudak bukan boleh berjanji
deme ingat wooooooooooooo he3

ch@ said...

Sha: kan sha kannn...selagi tak dpt, selagi tu dituntutnya.