Saturday, 10 January 2015

Rasa.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Hari ini Sabtu, aku rasa hendak berehat, aku rasa hendak balas dendam dengan tidur sahaja. Aku rasa hendak mengadap cerita Korea daripada pagi hingga ke malam. Aku rasa hendak malas sahaja. Tapiii sebaik sahaja aku buka mata, aku terus sahaja dengan aktiviti seperti biasa, mandi bersiap dan turun ke ruang tamu. Bersepah dengan mainan, bersepah dengan cebisan-cebisan kertas dan makanan, tunggang langgang. Secara tidak langsung aku mengutip pinggan/mangkuk cawan yang kotor campak masuk dalam sinki. Tuperware kaaans!

Aku punggah mesin basuh siap batch pertama malam tadi punya, masuk batch kedua. Aku capai penyapu sebelah mesin, time for sweeping the floor, done. Kemas dapur, cuci pinggan mangkuk, buat sarapan dan susu trio sebab mereka sudah standby depan tv. Balik ke dapur sidai baju, sambung mandikan trio (Auni yang mandikan pun, haha. Aku pakaikan baju je!) Then, sambung di dapur, fikir menu je sudah separa senget otak aku, dapurku kosong deh!

Sambil memikir aku sidai baju 2nd batch. Nama hendak makan di luar, memang tidaklah. Nama hendak outing, wash-wash eye pun memang tidaklah, nama hendak shopping? lagilah tidak. Yes, my hujung minggu, just at home. Alaaa, namapun stay at home mum, redha sahajalah. Then, menu hari ini, nasi goreng sahajalah bersama cekodok jagung kali pertama buat, feeling sesorang. Baru 7 ketul siap, gas habis. Menduga kerajinan sungguh. Lepas tn Erwandi tukarkan gas, kisah bersambung lagi. Masak dan berangan, hahaha. Asyik bangat!

Akan tetapi, akan tetapi, akan tetapi, pabila aku ke ruang tamu, aku terkelu, aku terkedu, aku tergamam. Oh my nota tiga, my baby boo, my lovely nota tiga yang baru sahaja berusia 5 hari - diterima pada malam entry pandang-pandang telah-telah-telah diperkotak katikkan oleh trio aku. Jujurnya, aku marah, apabila melihatkan pennya sudah patah dua. Jujurnya, aku rasa hendak mengamuk-dah mula campak barang, dah mula hempas pintu, dah mula merajuk, dah mula mogok. Tetapi...aku tengah masak.

Aku tumbuk perencah nasi goreng hampir sahaja memecahkan lesung batu, dengar sebatu daripada jauh. Aku baling pinggan, aku baling mangkuk, aku hempas sudip, aku marah. Aku potong ayam, aku potong bawang hampir sahaja papan pemotong terbelah, aku geram. 

Auni datang,
"umi dah siap masak?, bau sedap ni" aku jawab,
"hendak makan, masaklah sendiri". Adli pula datang, menangis,
"umi...tu bantal busuk abang, kakak ambik" aku balas,
"biarlah, bukan bantal busuk saya" dia sambung nangis kejar Auni. Arrizqi datang tunjuk sudu dalam bekas sudu...
"thuduk umi, thuduk, nak naik atas" minta duduk atas table top. Aku jeling, 
"no, tak boleh" aku sambung masak sambil manabahkan hati mengkentalkan jiwa. Aku marah tahap trinoserous, kalaula boleh nampak api dan asap keluar daripada lubang dan liang badan aku ni, memang macam supersaiya. Grrrr....grrrr.....grrrrr....

Siap aku masak, aku dapat satu pelukan. Aku dapat satu special kiss. Ok, aku cair sudah. Tn Erwandi melayan trio makan tengah hari, aku layan drama Korea. Aku sudah tidak marah lagi, apabila dapat tengok runningman, muahaha. Tidak mengapalah nanti aku beli lain pen nota tiga tu. Simpan duit, hihiks. Fighting!

Pen nota tiga ku.

Gambar pertama daripada nota tiga. Aummmm!

Masa aku taip ini, keadaan sudah pun reda. Aku sudah boleh terima hakikat akan ke'patah'an pen nota tiga tersebut. Ada rezeki dapatla aku yang baru nanti, mana tahu still under waranty, kan-kan-kan! Tanpa pen pun, nota tiga ku masih berfungsi dengan cemerlang. Aku rasa gembira-gembira-gembira. Yeay! Terima kasih sudi baca entry rasa aku hari ini, jumpa lagi nanti. tataaa. 

4 comments:

Masya said...

tak tau nak rasa apa .. marah jugak, geram, atau bertabahlah hati baca entry ni.. mmg begitulah jiwa mak²kan kt juga punya rasa dlm hati ... mulut senyum hati menangis itulah rasa yang pedih ... chaiyok cha ... nnt mintak abi belikan yg baru.

eima said...

hmmmmm sedihnye ... ingat kn pen ape td ... huwaaaaaaa

ch@ said...

sisYana: ahahah, ada rezeki nanti belilala. stakat ni biar je la dulu, tidak guna sgt pun.

Eima: hahaha, pen note3 tu. jakun aku pun blm habis lagi, tapi da rosak. hrmmm...

Unknown said...

Hug n kiss jd cair.... Melty sudah.....xjd marahahaha,aptb laa ....lex3:-)