Friday, 7 November 2014

Pendidikan.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Menuntut ilmu biar sampai ke negeri China. Ilmu pelita kehidupan. Definisi tentang ilmu sama seperti definisi cinta, sangat meluas maknanya sangat banyak kegunaannya sangat penting dalam kehidupan. Justeru itu, pendidikan awal menuntut ilmu adalah penting untuk masa hadapan. Ceh! ayat bagaikan pakar sangat je, hehe. Payah juga hendak huraikan kepentingan pendidikan dalam kehidupan saya.

Almaklum sahajalah, saya hanya belajar tahap diploma. Diploma Kejuruteraan Komputer, gittu. Dua tahun juga saya bagaikan belajar tidak belajar, belajar tetapi tidak menumpukan perhatian, belajar tetapi lain pula bidang masa berkerja, belajar sehingga sudahnya duduk di dapur sahaja, adeih!

Day 7, sejauh mana pendidikan penting bagi anda.

Macam hendak pilu sahaja menjawab persoalan ini, rasa bagai tidak layak benar untuk huraikan topik besar ini, rasa tidak mahu kata apa-apa pun ada, akan tetapi mari kita cuba sehabis daya. Saya akan huraikan mengikut pengetahuan yang tidak seberapa. Bagi saya pendidikan begitu penting lebih-lebih lagi pendidikan awal zaman kanak-kanak, ini akan menentukan ke mana arah kanak-kanak itu akan pergi. Auni sendiri, saya cuba bergabung tenaga dengan guru sekolahnya untuk memahirkan dia menggunakan ilmu yang dia pelajari dalam kehidupan.

Pendidikan seorang pengurus rumah tangga secara tetap, walaupun pemegang diploma saya masih lagi belajar mendidik diri untuk menimba ilmu rumah tangga, bagi saya pendidikan ini tidak boleh dipelajari atau diperolehi dengan sikap malas. Kita malas, makanya apa pun tidak boleh dan kita pun tidak akan dapat apa-apa. Even, menonton drama Korea (perangai), banyak juga yang boleh kita perolehi pengajarannya. Usah menonton drama hanya bermenung kosong depan televisyen-kadang saya buat juga tetapi untuk rancangan hiburan.

Begitu juga dengan sesi mengemas rumah, jika hari ini kita menyapu, mencuci pakaian dan mencuci tiga buah tandas sekaligus hingga keluar semua peluh jantan dan letih, mengapa tidak akan datang kita kurangkan kerja, usahla buat kerja mencuci tiga tandas dalam satu hari, kan boleh satu hari satu tandas. Daripada situ kita belajar menguruskan kerja dan masa.

Walhal sebelum ini, saya hanya belajar Kemahiran Hidup Bersepadu sahaja, ilmu yang sedikit itulah saya aplikasikan dalam kehidupan. Kan pepatah ada kata practice make perfect, janganlah jemu berusaha, buat je banyak kali meskipun banyak kali gagal memenuhi citarasa, daripada situ kita boleh belajar untuk menambah baikkan apa yang kita sudah buat. Jika sebelum ini, saya buat sambal tumis udang tanpa mengopek kulitnya, sekarang tidak lagi. Saya telah belajar sesuatu daripada suami, dia hanya makan udang yang sudah siap dikopek kulitnya, manja betei. Pendidikan juga tu, pendidikan mengenali rakan serumah anda, hehe.

Pokoknya rendang, eh? pokoknya jangan buat kerja sesaja membuta tuli, tetapi buat kerja dengan berfikiran positif, ambil faedah daripada kerja yang kita buat, secara automatiknya kita dapat belajar sesuatu daripadanya. Bagi saya pendidikan tidak kira status tinggi rendahnya -  hanya pendapat saya, bila ada usaha, bila ada minat, bila-bila sahaja, bila-bila dan di mana saja kita boleh memperoleh pendidikan. Berpendidikan rendah tidak semestinya tidak boleh berjaya. Saya memang tidak mahu berpendidikan tinggi, mengapa? entahlah, pendidikan diploma ini pun telah dipaksa oleh ibubapa setelah berkali-kali memujuk saya. Mungkin saya tahu tahap kecekapan dan kebolehan hanya takat situ sahaja sehinggalah saya menjadi seorang pengurus rumah tangga.

Pendidikan awal menjadi isteri.

Pendidikan awal ber'anak satu'.

Pendidikan awal ber'anak 2'.

Pendidikan awal ber'anak' tiga.

Sekiranya pembaca berpeluang berpendidikan tinggi, jangan lepaskan peluang. Belajarlah. Rezeki di bumi Allah meluas, tuntutlah ilmu. Sekian sahaja pesanan penaja. Gila mencabar entry hari ini. Sekali lagi saya hendak minta maaf sekiranya ada yang terasa hati di kalangan pembaca, ini hanyalah pendapat diri saya sahaja. Saya tidak punya ilmu yang tinggi. Saya hanya yang biasa-biasa sahaja. Sampai jumpa lagi, daaa.

6 comments:

Jue said...

cha ....
bila nak buat novel...
mesti laku dan meletup2 nie..

betul pelajaran takkan putus walaupun dimana kita berada

Masya said...

cantik muka cha sanding dah macam noraniza idris pulak kuikuikui ... itu yg dikomennya dulu .. jgn marah ...

samalah kita cha xde tinggi mana pun belajar ... apa yg ada ni cukuplah .. dah karat rasanya nak menghafal...

Najib Ariyan Ali Basha said...

salam kenal... saya pun biasa2 jer... susah nak belajar tinggi ni kalau dah tua2... apa nak buat... hehehe... tu alasan saya

salam kenal

ch@ said...

kak Jue: buat novel? itu bidang lain kak, byk nak kena fikir bila da tercebur.

sis Yana: hahahaa. siapa tgk gmbr tu mmg itula yg dikata. mak andam punya kerja.
btl la sis, hr tu training excel, ma'oi tak masuk satu apepun. haha.

Abang Bear: salam perkenalan, hahahaa. hendak seribu daya, tak hendak ikutla suka mana. muehehe.

Whitey Mommy said...

setiap masa pun pendidikan..
dan setiap masa pun ilmu..:)
tak semestinya ada segulung ijazah itu menjaminkan kecemerlangan,
pentingnya pendidikan apabila ianya bermanfaat..:)

ch@ said...

Sha WM: hi five! stuju sgt pendapat Sha tu.