Friday, 14 November 2014

Aku sepasang kasut.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Aku berwarna kelabu, kelabu ala baldu yang tidak berapa hendak gebu. Sebenarnya, aku sudah lama mendiami tingkat tiga rumah 6 tingkat ini, aku duduk bersebelahan si gojes turquoise ala diva. Rasa rendah diri betul duduk di sebelahnya.

Awal pagi lagi aku telah disergah, hrmmm tuan aku berlenggang sahaja dengan purse dan handphonenya, terkocoh-kocoh pula anaknya si Auni mendapatkan si princess comel, kasut untuk ke sekolah. Aku fikir mesti dia tidak mahukan aku pagi ini, sah-sah dia mencari pak cik selipar tua tu. Aku nampak semalam pakcik tu ada di bawah buai sana selepas diperkotak-katikkan dek hero tuan aku yang dua orang lagi itu. Seram juga melihat rumah tingkat atas kena punggah keluar dengan mereka berdua. Berdegup kencang jantung aku menanti nasib yang sama, rupanya tidak sempat berikutan tuan aku sudah mula me'naga'.

Turun naik dadanya, berasap-asap kepalanya, merah matanya menahan amarah sambil bersandar di muka pintu. Eh, aku tipu je hehe. Selepas itu mereka semua masuk ke dalam rumah tanpa mengusik atau menegur atau menyapa aku. Hrmmm, lamanya lagi aku hendak keluar daripada rumah ini. Jengkel dengan budak turquoise seorang ini. Bersih je, cantik je, macam baru sahaja. Memanglah baru, aku jarang sangat nampak tuan menggunakan dia. Asyik-asyik aku sahaja yang kena keluar, ke Tesco la, outstation ke Langatla, paling mengharukan dan letih apabila kena ke Johor. 

Sakit badan bila kena pijak tidak dipedulikan. Nasib tidak baik kena air hujan, sejuk betul. Paling tidak tahan kena pancaran matahari, aduhaiii boleh mengelupas baldu I ni. Tersopak sana-sini. Yang selesa sikit bila dapat tempat dua teratas anak tangga, rasa selamat dan suhunya pun nyaman sahaja walaupun panas, walaupun hujan. Feeling mahu diva juga seperti turquoise. 

Turquoise tu? ahahaha, dia ada hanya duduk dalam bonet kereta. Dia berkawan dengan si handbag Micheal Kors sebab mereka punya warna yang sama. Bila tuan aku tidak bawa handbag MK, makanya dia duduk sahaja dalam kereta. Sebab itula sentiasa cantik dan berkilauan mutiaranya. Tidak mengapa, aku lebih suka digunakan tuan aku, dapat pergi jalan jauh-jauh. Dapat tengok dunia luar dan cuci mata. 

Turquoise si diva.

Makwe? malula, aku suka dengan si turquoise tu sebenarnya. Tapiii siapalah aku. Dapat duduk sebelah dia pun sudah cukup buat aku gembira. Aku dapat cuci mata dengan batu-batunya yang berkilauan. Sekali hari tu tuan aku membawanya ke Cameron Highland, kesian melihat ia sedih dan malap kerana badan ala baldunya bersalut lumpur apabila ia kembali ke sisi aku. Dua minggu selepas itu tuan aku memandikan dia, geli katanya pada masa tuan aku membersihkan badannya. Untunglah dia, di mandi dan wangi, tidaklah seperti aku yang warnanya kelabu, kotor pun tidak nampak. Tidak mengapa, aku anak jantan, gagah dan kuat. Comot sedikit tidak jadi masalah asalkan jasaku akan dikenang. Harap-haraplah.

Lebih pada itu aku tidak tahu kerana aku masih lagi berkhidmat pada tuan aku. Jadi, aku masih dalam jagaannya. Semoga pembaca dapat manfaat daripada cerita aku ini. Hehehe, ok sekian sahaja cerita aku sepasang kasut...

Belanja selfie satu, hahahaaa. 

5 comments:

Mama Kembar Tiga said...

cute ja crita ni cha! hahahaha

puanstoberi said...

comel ja tau..akk igt pjg lagi citer nya.. buat sambungan lagi please... huhu

eima said...

TU DIA .... JD JD CITE BIOGRAFI KE HAPE TAH KARANGAN ZAMAN SEKOLAH TU ... HEBAT KO WEI

Salina@IbuAqil said...

Hahahahah
Comel btol cara cha menulis..
Sorry deq cha...
Entry cabaran akak trkandas..
Lebih kpd entry emosional.. ;,(
Dtg ziarah sini hujung mggu.. ;)

ch@ said...

kak Nani: ahahahaaa, saje.

kekDa: sambung? hahaha.

Eima: Autobiografi. aku penah buat karangan "aku sebuah tudung saji" time tu tak pk pun ayat2 canggih. Pertandingan mengarang, apa laie kalah la.

ibu Aqil: eh, cabaran tu bkn paksaan. saje2 je kan. salam takziah utk ibu dan keluarga. smg tabah.