Tuesday, 14 October 2014

Raya.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Raya yang baru sahaja lepas, AidilAdha tapi aku pun baru perasan bloghijau ini tiada entry raya Aidilfitri 2014, sudah alang-alang entry bertajuk Raya, mari kita gabungkan kedua-dua raya sekaligus. Kebetulan, kedua-dua raya tahun ini berpihak kepada belah aku, bangkit JDT. Eh? 

Aidilfitri lepas, aku berpeluang menghabiskan cuti raya (macam ada) di Johor, hampir seminggu jugalah apabila cuti abi trio banyak tertumpu kepada cuti sebelum raya ini bermakna, hari raya pertama kami berada di Johor. Aku tidak kisah pun tentang mana-mana giliran beraya ni cumanya aku kena minta simpati lebih la kepada abi trio berikutan aku hanya mempunyai dua orang adik beradik, adik aku sudah pun bernikah sudah pastinya berpihak kepada mertua pada tahun pertama. Bila adik aku yang biasanya ada, tahun ini dia tiada, apa pula perasaan papa mama daku di kampung. Ada yang mereka tutup rumah pada 1 Syawal. Ok, anak sulong kesayangan papa mama pulang dengan keretapi panjangnya, makanya raya kalian berdua sangat bermakna.

Aku juga sangat berterima kasih kepada abi trio sebenarnya, kerana dia sangat memahami keadaan aku dan keluarga aku. Rezeki aku sekali lagi apabila adik menyatakan dia tidak dapat pulang beraya pada Aidiladha lepas kerana bertugas di seberang laut - kena kerja kuat kerana bakal bergelar bapa tidak lama lagi maka dengan kuasa bulan, aku berpeluang bercuti lama di JDT untuk sekian kalinya. Tahun ini aku murah rezeki setelah berhempas pulas melawan emosi pada tahun lepas. Alhamdulillah. Lepas rindu tokPapa, tokMama dengan cucu-cucu-cucu kesayangan mereka.

Aktiviti raya? Aidilfitri, macam biasalah beraya, makan kuih raya, jalan-jalan pakai baju raya, kumpul duit raya, satu hari raya sahaja rumah saudara-mara sudah habis dijejaki. Minggu selepas itu sibuk pula dengan jamuan-jamuan raya, ahaaa ini pengalaman juga ni. Apabila rumah aku, malam, diserbu dengan makcik, kakak, abang, adik, sepupu-sepapat sebelah abi trio. Itu kali pertama aku masak menu yang tidak pernah aku masak, kali pertama juga rumah aku kena serbu macam tu, kali pertama rumah aku tidak sedia kuih raya, dengan balang-balang kerepek melintang telangkup atas meja, pergh! memang sejarah rekod 30 tahun aku hidup berhadapan dengan situasi macam tu. Keadaan rumah pada masa tu? happening.

Aktiviti raya 2, Aidiladha. Kebiasaannya selepas aku siapkan trio, aku duduk-duduk sahaja dalam rumah, layan diri-sendiri sebab trio akan ikut tokPapa atau abi dorang pergi tengok penyembelihan lembu. Itu tidak berlaku pada tahun ini, kerana aku sudah ready awal-awal untuk ikut sekali melihat acara penyembelihan korban. Rezeki aku sekali lagi, tempat penyembelihan hanya selang beberapa buah rumah daripada rumah papa, mama. Jalan kaki sahaja. Sudah berpeluh keti, aku balik malas mau tunggu. Esok lusanya papa, mama ajak tengok lagi sekali di pejabat papa. Ok, puas hati dapat tengok depan mata, puas rasa dapat biarkan trio berlari sakan sepadang sebelum melepak minum Lai Chee Kang, muehehe. 

Menu raya, sama sahaja. Menu kegemaran keluarga Encik Ab latib, ketupat/nasi impit, kuah lodeh, sambal kacang, ayam masak merah, rendang daging dan ketupat palas. Setiap tahun, setiap raya. Air tangan mama, memang yang terbaik. Aku pernah tanya, kenapa aku masak rasanya tak dapat hendak sama, then my mama said. "memangla, mama pun macam awak juga dulu. Bertahun-tahun belajar memasak, bukan terus pandai" hihiii. True-true-true, practice make perfect.

 Tengok trio ni, siapa paling hadapan? Ya, Arrizqi. Abang tolak dia, dia tolak abang balik, mengacah-acah abang yang penakut tu.

 Satu hal lain, kerjaan tokPapa. Belikan baju JDT da best da, tapinya kan ke raya? belikan jersey pula. Try test pakai even da pakai baju tidur.

 On the way balik rumah, habis mainan diangkut bawa, pastu emak jadi naga sebab berlaku juga perebutan.
 Throwback, ni la tetamu yang menghingar-bingarkan rumah. Semuanya sebelah abi trio.

Raya tahun ini, AidilFitri dan AidilAdha, inilah kami. Dua tahun lagi, in shaa Allah ulang balik pakai baju ni, untuk anak-anak kena tukar lainla.

Ok, sekian sahaja cerita raya, idea cerita raya ini datang apabila aku membaca sidebar bloghijau, mama3D update pasal raya, muahaha. Ampun kak, gua cedok tema sama lu, hiii. Ok, panjang sangat da ni, macam hendak balas dendam pun ada gak ni.

Notahijau: Aku pomen laptop ni sendiri, rezeki aku dapat balik connection internet setelah berhari-hari aku gagal connect kan, muahaha. Ini tau dek abi trio aku install macam-macam aplikasi ni, mau kena bebel. Lantak le, janji bloghijau daku sudah update. Yeay! see yaaa...

4 comments:

eima said...

oo ch@ 2 bradik je .. cam aku jugak la ek ...

cantik tema thn ni ....

eija_sweetmama said...

bersungguh trio melihat acara penyembelihan korban dijalankan..mesti diorang teruja n srnok berlari² 1 padang, k.eija sendiri x penah bawa anak² tgk ibadah korban ni tp nasib baik diorang berpeluang jgk tgk sbb ada atok yg rajin bawa.

betul sgt..practice make perfect, k.eija ni pun bknnye reti masak, tp nak x nak skrg ni kena merajinkan diri memasak secara x langsung lama² nanti kita pandai sendiri kan..

yeay..janji dapat update blog..hehe

Masya said...

baca entry cha, tetiba terpikir camnalah nnt kalau amir dah besar .. klu jadi anak tunggal .. hrp bolehlah dia bijak bahagikan masa jgk ..

ni yg suka ni .. entry raya pakej 2 raya sekali hahahaha .. kemahin suka trio yer.. bertuah cha abi pun memahami ... rumah kena serang x ku sanggup rasanya ... tp sbnrnya satu hiburankan bile org dtg rumah .. happening ...

ops.. pnjg pulak komennya...

ch@ said...

Eima: really? hi5 la kita. tema pilihan ramai jg rasanya.

kak Eija: dorang mmg selalu dibawa tgk,selalunya emak je yg mls nk ikut.

sis Yana: tetamu dtg bw rezeki, in shaa Allah. jemput dtg rmh ye sis, singgah je bila lalu2 tu.

Rose Azadir: salam perkenalan. nnt kita dtg. happy blogging.