Thursday, 9 October 2014

Biasa-biasa sahaja.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Haaa, baru turunkan volum suara, macam halilintar membelah bumi suara aku dibuat dek anak-anak ni. Bila badan dah letih, migrain pun bagaikan ada ura-ura nak datang, siap siagala untuk berhadapan dengan hulk. Rumah, usah dikata kerana suasananya bagaikan tongkang dilanggar garuda, kesemuanya mainan. Sigagah, sigigih membawa turun mainan yang bermacam saiz daripada bilik atas ke tingkat bawah.

Sudahla bawa segala macam mainan bergaduh pula, berebut. Aku pun tidak paham bagaimana permulaan pembahagian mainan sewaktu dorang bawanya turun sebelum ini, kelihatannya baik-baik sahaja, gelak-gelak, baling-baling, semuanya bersama-sama malangnya bila masa bermain, eh? bergaduh pula. Memang aku tidak pedulila, selesaikan sendiri.

Balik rumah tokPapa, tokMama dapatla aku berehat barang sejam dua jam apabila tugas melayan bertukar servis. Celik mata, atok. Celik mata, mama. Tugas mandikan pun di ambil alih oleh abi dorang, muahaha. Aku ambil kesempatan yang ada, rest. Sudah namanya pun emak, takat manalah istilah rest betul-betul digunakan, apabila si anak-anak still umi...umi...umi...umi...dan umi. Konsentrasi terganggu tetapi aku tetap layankan saja.

Beberapa hari di kampung, tiba masa balik Sg. Buloh jua untuk back to normal routine. Hari pertama berkerja setelah cuti beberapa hari, blues bagaikan ala-ala Monday blues. Dengan tekad yang baru, aku harus gagah memulakan hari dengan semangat berkobar-kobar. Semangat itu penting selain berfikiran positif. Kerja yang terbengkalai, stuck perlu di habiskan dengan segera. Say no to pending duty sebab, bila pending duty mulala jadi terkumpul dan jadi malas terus untuk habiskan, nota kaki-aku je yang pangai macam ni.

Pendek ke panjang entry ni? aku main taip je thru SII, skrin cenonet membuatkan aku rasa sudah menaip dengan panjang lebar. Malas hendak on laptop dek kerana ramai benar yang akan mengerumuni, akan mengeluarkan idea dan akan mengaplikasikan jari jemari, sebelum laptop tersebut kembali kepada mode out of service, adalah lebih baik aku guna jalan lain yang lebih selamat untuk tidak dituduh "bukan hendak jaga barang elok-elok", muehehe.

Nampaknya mereka sudah kembali aman hari ini, jadi aku perlu berkerja dengan lebih produktif supaya meluangkan masa untuk menonton Korea pula malam hari nanti, muehehe. Sekian sahaja entry ringkas dan lebih kepada entry buntu sebenarnya makanya kita jumpa lagi di lain entry, salam penuh keriangan, daaa....

6 comments:

Fizah said...

hik hik hik...entri snatai...i loikeeee...lbh kurang je rutin kitaa....^^

eija_sweetmama said...

hehe..itulah kan mainan dah byk n ada sorang satu pun bergaduh lagi, sudahnya biar la pandai² korang la..mmg situasi yg biasa dialami oleh kita ibu² ni..


mamaarifakeemaisy said...

Hihi.. sambil baca smbil mmbygkan ,alau k,eina di tempat awak..ngee...skrg kalai budam berdua bergaduh sbb mainan, akak pun malas nak campur.. diam sendirilah nnti, wlu kdg tu sudah nya, menangislah nnti salah sorang...hahaha... letih kalau melayan ajer, tak jadk kerja kita.. hihi...

Selamat bertugas! ^^_

Mek Rose said...

salam cha,
lamanya tak mai sini..rindu nk berblog semula
cha dah tak berFB ke?
mcm lama je tak nmpak.

ch@ said...

Fizah: mu study lg kan mek? mu lg la gagah perkasa.

kakEija, kakIeyna: bila emak sudah tidak peduli, mmg emak naik marah la tu. harap dorg phm, serupa je. apa yg mereka tahu? haha.

kakRose: salam akak, marila berbloging :). mcm tu la nmpk nya, terminate FB akaun terus. tenang.

nad said...

cute!
mcm kita ni, susahkan nak dpt 'me time' - masa utk diri sendiri.. heee