Thursday, 18 September 2014

Dicabar.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Sejak laptop out of service, aktiviti art aku pun macam perlahan je. Aku pun sudah mula hendak dijangkiti penyakit M. Bila sakit M mula menyerang memang apa pun tidak boleh, makanya aku hanya duduk atas sofa sambil makan-makan-makan dan makan dengan mata menumpukan penuh perhatian kepada, televisyen, hrmmm...One 393 la apalagas. Pagi sejam, petang dua jam, malam tiga jam, bahahaha. Korea-korea-korea. Oppa!

Ok, disebabkan makin lama sakit drama Korea ni makin merebak makanya aku cuba juga buka sesikit, selongkar kertas-kertas art semula. Korek sana korek sini dan bagaikan tahu-tahu aku tengah menggubah, menampal kelopak bunga, terdengar bunyi isyarat Wechat masuk. Bunyi suara burung itu hanya orang-orang tertentu sahaja yang menggunakannya selain ahli keluarga. Mesej daripada kenalan aku semasa di Kilang semikonduktor, Kelana Jaya, kakYani.

Dia mencabar aku supaya aku belajar membuat guestbook untuk dihadiahkan kepada pasangan pengantin sepupunya. Erk! aku tercekik. Jujurnya, aku memang tidak pernah melihat guestbook, aku tidak pernah menandatangani guestbook, malah untuk membuatnya memang langsung tidak ada dalam kepala berikutan otak aku telah pun diset dengan, susah.

Untuk memudahkan aku, kakYani mencadangkan aku hanya membuat muka depannya sahaja, buku guestbook disediakan sendiri olehnya. Aku berfikir dengan perasaan cuak dan tidak yakin. Ergh! aku punya skill quilling art tahap beginner je, dengan gam merata, dengan bentuk yang entah apa-apa, dengan quilling typography masih dalam proses pembelajaran. Aduhaiii!

Ok takpe, aku teruskan dengan kelopak bunga dicantum menjadi bunga sambil otak merangka apa yang patut ada pada muka depan guestbook. Buat research dengan Google. KakYani kata, buat bulat tampal bunga, amboi senang sungguh bunyinya. Ok, orang buat bulat kita bulat jugalah. Aku guna mangkuk dengan apa pun tak fikir, aku terus buat nama pengantinnya. Mula tu nak ikut hukum tutorial betul typography, nampak bentuk huruf. Malas pula aku nak lukis blok huruf tu, lenjan sahajala janji ter'eja' namanya, muahaha. Macam yang dilihat, aku gulung dan tampal je, main agak-agak. Tanpa komputer, tanpa pembaris. Bila nama sudah siap, datang pula idea-idea lain, yang menjadikan seperti gambar tertera, bingkai-bingkainya, adunan warnanya, kerawang-kerawangnya, semua aku bubuh dan letak. KakYani kata, aku terlebih rajin, huahaha.


 Cantik tak-cantik tak?

Selain muka depan guestbook dia minta aku quillingkan belon, sepasang pengantin pegang belon untuk diframekan. Dia send aku gambar berkomputer tanpa quilling yang diframekan sebagai contoh. Dia lukiskan juga draftnya. Aku pening, sebab laptop aku out of service untuk aku print gambar pasangan pengantin tu. Waktu semakin suntuk, berbekalkan handphone aku google, tiru, lukis atas kertas dan quillingkan mana yang patut. Gila ketui.

Quilling balloons, haaa gambar pengantin tu la yang aku lukis sendiri. Bila tengok dengan HD memang kantoi la guna pen. 

Inilah rupanya, sudah lengkap untuk dihadiahkan kepada pasangan pengantin. kerja tangan aku dihargai, aku rasa terharu sangat-sangat.

At the end, aku berjaya juga menyiapkan keduanya mengikut citarasa kakYani, so far. Eh, cantik juga rupanya karya aku setelah siap dengan lengkap. Cun seh! terima kasih kakYani sebab mencabar aku membuatnya. 

Amacam, cantik tak-cantik tak? hihiii, saja mau perasan lebih.

9 comments:

nad said...

cantek sgt!
tahniah cha:)

syawalsimpsons said...

adoi mek cantik sangat tu

eima said...

mmg cantik sgt2 wei .... aku kagum ....

Unknown said...

Cantik la kak cha.kretif sungguh

eija_sweetmama said...

cantik sgt cha..
tgn org kreatif ni buat ape pun cantik..

SYUHADA WAHI said...

Kreatifnya.. cantik sgt.. mesti jenuh juga nak siapkan tu kan.. hihi

Salam kenal..

Jemput singgah blog saya..

http://syuhada-wahi.blogspot.com/

Masya said...

Cantik sgttttt .... Klu mau tempah jgk blh x??? Hahahaha

Mama Kembar Tiga said...

cantiknya cha! yg quiling balloons tu sgt sgt cantik!

ch@ said...

kak nad: terima kasih kerana sentiasa menyokong kita, saaayang ketat2.

sue, eima, siti fatimah yusoff: terima kasih kawan2.

kak eija: eh sy bdk baru belajar la kak eija.

syuhada wahi: salam perkenalan, jenuh berperang dgn trio, haha.

sis yana: in shaa Allah, boleh sis.

kak nani: 1st time tu kak. failed adun warna.