Wednesday, 28 May 2014

Aku, cerita dan anak-anak.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Hi, kosong. Aku blur, aku tidak tahu apa yang aku harus bebelkan pada hari Rabu begini. Satu entry hari Rabu telah terlepas, minggu hadapan, minggu hadapannya lagi, entahla semakin lama terasa semakin hendak terkubur bloghijaucantik ini. Aku pun tidak tahu apa yang sudah termasuk dalam kepala otakku sehingga aku jadi sangatla malas untuk mereka cerita dibloghijau ini namun setelah melihat album di Picasa, banyaknya gambar yang aku telah muatnaik untuk tatapan peminat tersayang (bajet macam retis kejap) makanya aku perah dan pulas juga idea supaya menjadi satu entry.

Ada pembaca suka mengikuti perkembangan trio hijaucantik yang sering sedondon, ada pembaca suka membaca apa yang aku karangkan, ada pembaca lebih gemar cari tanda pangkah, ada pembaca selalu sahaja tertunggu-tunggu hari Rabu untuk mengetahui rahsia apakah yang akan aku buka kali ini. Aku, minta maaf sekiranya kelihatan entry aku pada kali ini bunyinya seperti poyo sahaja. Aku sudah terikut-ikut bahasa novel yang bertajuk Aku Keliru hasil tulisan Nurul Syahida. Ahaaa, bajet macam nama sendirila kan. Itu bukan akula, itu ialah seorang penulis novel yang aku beli daripada bondaQWP. Masih ada empat buah novel lagi yang masih belum di baca.

Sekarang mood Korea dan mood untuk berguling-guling dengan trio sahaja. Dalam mood jengkel sebab cuti sekolah sudah bermula dan aku masih lagi bergelumang kerja yang sama daripada hari ke hari. Sebagai mana pepatah inggeris ada menyatakan "housework: No one notices when you do it, but everyone notices when you don't". Maknanya? terjemahla sendiri, aku percaya pembaca sekalian sentiasa berbekalkan Google Translate. Apabila kerjarumah jatuh atas bahu emak, makanya emak akan menjadi Master Of Multi-tasking (MOM), muehehe. Sudah namanya pun multi-tasking jadi semua benda, semua perkara, semua hal yang berkaitan rumah harus dimulakan dengan "umi, umi, umi, umi dan umi".

Bunyi macam mesra sahaja, hakikatnya bila sudah ditanyakan soalan yang pelbagai, soalan yang sama dan tidak memberi cabaran minda makanya tindakan rifleks minda ialah ignore sahaja dan buat-buat biasa, kebiasaannya jika dilayan lelebih makanya stres pun mendatang, bila sudah stres mulala hendak migrain pula, bila migrain mulala hendak jadi hulk. Ahaaa, perubahan ini yang akan memakan diri sendiri akhirnya. Sedih!

Terapi aku setiap pagi ialah, tiada muncung itik walaupun aku adalah orang paling akhir masuk tidur dan orang yang paling awal bangun, tidak perlu mengeluh sangatla kerana itula hakikat seorang emak. Bila sudah pegang gelaran emak makanya usahla hendak berangan buat jadual masa bujang-bujang, jika buat juga makanya hati tidak akan tenang untuk sepanjang hari kerana dihantui rasa bersalah. Hakikat sebenarnya ialah, timer emak-emak sudah mula sebati dalam diri emak dimana timer ini tidak sama dengan masa masih bujang dahulu.

Penat lelah menjadi pengurus rumah tangga berbaloi apabila, masih ada masa untuk membaca novel, masih ada masa untuk melayan Korea, masih ada masa untuk membuat benda kesukaan, masih ada masa untuk berguling dengan anak-anak. Sejak masuknya usia 30 tahun, aktiviti FB aku sangatla tidak ada. Paling malas, aku hanya buka dan baca sekali lalu, dengan pantas aku mencari butang log-out. Aku pun tidak tahu kenapa aku jadi sedemikian, hendak kata pengaruh rakan sebaya, mungkin jugala. Atau, pertambahan usia yang berasa aku sudah tua, atau aku sudah mula hendak menjauhkan diri daripada sebarang media sosial yang semakin menggila laporan beritanya. Entahlah!

Aku menjadi lebih tenang sekiranya melayan kerenah anak-anak. Aku tahu, aku kena menikmati tumbesaran mereka bertiga sekarang ini, umur 5 tahun, Auni sudah boleh melayan adik-adik bermain, boleh diharap untuk buat perkara-perkara mudah, dia sudah pandai mengemas rumah, dia pandai mengira, sudah cerdik untuk buat lawak kepada adik-adik, Auni is penglipurlara, please remember it! Apa perasaan bila melihat dia mendodoi adik-adik tidur, menyanyi lagu yang tidak faham butir liriknya tambah menghiburkan apabila Adli memanggilnya emak. Yes, mereka sedang bermain emak-emak, Auni emak Adli bapa dan Arrizqi anak. Nampak manis dan terasa hendak join sama. Aku sanggup memberhentikan apa juga aktiviti yang aku sedang buat untuk sama-sama menonton beberapa drama sebabak daripada mereka bertiga. 

Yang sweet dalam drama mereka ini ialah, emak mencari rezeki manakala bapa menjaga anak di rumah, ye sama seperti rancangan kartun Henry Hugglemonster. Emak mengayuh basikal ke tempat kerja manakala bapa masak bekal dan melayan anak di rumah, hahaha. Siap main suap-suap ok. Dulu, aku main juga emak-emak, aku tidak punya ramai adik makanya aku bermain dengan jiran-jiran, itu kalu kalau berebutkan mainan memang menyesalla sebab tidak dapat main, mainan jiran yang punya. 

 Ini trio. Apasahaja hendak sama-sama. Mandi, minum susu, makan, main sudah tentunya.

 Main emak-emak sampai terbawa-bawa ke shoppingmall. Baru betul-betul main namanya.

Ini hero, kakak sekolah, Adli main peranan. Kadang dia baik dengan adik, kadang dia jadi betul-betul hero, tolak adik. Arrizqi? dia pun sudah nampak heronya, sudah berani tolak abang balik, sudah berani lawan jerit dengan abang. Demam pun hendak sama dengan abang. Oh, jangan keliru dorang bukan kembar :)

Ini sahajala yang buat aku jadi terhibur, buat aku jadi separa stres, buat aku jadi bengang, buat aku jadi tergamam, buat aku jadi sedih, buat aku jadi terharu, buat aku jadi menggelabah, trio ini boleh menjadikan perasaan aku macam-macam dan pelbagai perisa. Syukur sangat-sangat. 

Akhir kata, selamat bercuti untuk anak-anak yang bersekolah. Bestla cuti sekolah lama-lamakan? Siapa yang hendak datang rumah aku bolehla roger ye, kita potluck ke. Best juga. So, cukup panjang tidak ni? kakNad kata dia mahu panjang-panjang sebab skip Rabu lepas, adeih!

10 comments:

Unknown said...

Betul la..
recently mmg sangat menghargai keletah anak2..
Kalau dorang kacau merengek nak itu ini, bengang..

Tapi bila drg main sendiri.. diam.. tak kisahkan maknya. saya mula mencari.. nak join main doktor-doktor.

heeee..
Tapi betul la statement pasal hausework tu.. " Kalau dibuat orang tak perasan pun.. tapi bila tak buat sangat nampak ketaranya"

syawalsimpsons said...

serius mmg aku baca novel pepagi rabu ni..kikikiki..tak pe mek sebagai mak...kiter la hero dalam keluarga kiter..aku bangga ngan mu mek...bangga ada kawan yg sangat hebat di mata aku....nnt aku bawak tiramisu mung yaa

Jue said...

huhuhuhu
seorang umiyang cekal...
seronok tengok trio nie...

nad said...

haha! baru puas baca!
bila nak wat potluck? rasa mcm nak ikut sue amik tupperware haha!

jaja_NorLiza said...

comel...trio yg kiut dan emak yang hebat!

LYAfrina said...

betul tu cha.. apa y cha tulis benar belaka.. terutama bab menjadi surirumah tu. memang kita yang paling lewat tido ..tp kita paling awal bangun pagi.

btl kata cha, kt akan lbh tenang bila melayan kerenah anak ni. inilah y lya rsakan sepanjang cuti berhat kat rumah. terasa bebas sangat.. tak fikir blog, fb, ig.. cuma ..bila rasa nak update-update je. kalo dulu2 bila tak buka ke apa, terasa sesuatu. tetapi sekarang tidak lagi. mmg tnang sangat. dlm msa y sama byk perkara y menyeronokkan bila masa kita melayan anak2.

sweet trio tu bermain bersama. lya pasti bila mereka besar nanti, mereka akan saling melindungi kakak, abg & adik. boleh nmpk sgt keakraban..

asya gak la kesian.. main sorang2.. kdg2 lya n papa dia kna join dia main masak2 ke..

eima said...

terbaik la cerpen ni cH@..lagi lagi ,...

wahh pandai nye main mak2 ... mak auni garang tak ...

Fizah said...

hehehe...kalu nak baca ni kena di waktu yg tenang ni..cerpen sgt dah ni...hehehe apapun, supermomlah kamu!! :))

mamaarifakeemaisy said...

Puas mmbacanya, mcm baca cerpen..hiii...
Cabaran seorg ibu dan suri rumahtangga sepenuh masa memang berat.. byk bermain dgn emosi sehari2.. nak tak nak kena positifkan diri, anak2 mcm2 ragam... apapun ia, sgt2 mengujakan kita kan... tmbh2 bila time baik2, main together2 tu.. terhibur hati :-)

eija_sweetmama said...

mmg puashati membaca, suka baca kisah anak2 cha ni, makin bijak auni ye..mmg sweet..:)