Wednesday, 12 February 2014

Cuti-cuti Penang.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Penang, aku datang! Setelah percutian kali terahir yang betul katanya bercuti pada 2010 ke PD. PD? haha, macam kelakar. Orang lain dok ulangalik je PD tu, aku ni hendak pergian bertahun-tahun baru dapat peluang, kesian-kesian dan yang harunya, memang setiap kali bercuti harus ada ahli keluarga yang lain, bukan hanya kami-kami sahaja-tak pernah lagi bercuti berlima. Lantakla, janji aku dapat berjalan.

So, mengambil kesempatan menemani satu-satunya adik lelaki aku yang telah selamat dinikahkan pada 9hb lepas, kami berlima (aku, adik abi dan trio) dibawa abi dan adik aku berjalan di Penang. Dua hari sebelum tarikh kami tidur di Tunes Hotel, Kulim Kedah. Usahla ditanya aku tentang rate harga bilik ke bilik, memang aku langsung tiada maklumat, aku hanya hendak berjalan makan angin sahaja. Sebaik sahaja sampai berehat, bersiap kami keluar makan di Old Town White Coffee, bersebelahan hotel. Melayan perut memalam buta, ambil menu yang mahal-mahal belaka, menghentam si tukang bawa, haha kejam. 

Tiada maknanya hendak makan tenang-tenang kalau sudah melayan trio tu, memacam ragam dan tabiat baru ditunjuk, orang yang jarang sangat pergi ke tempat orang makanya pelbagai ulah la dibuat. Sampai naik pening yang mengawasinya. 

Lepas check-out esoknya, terus ke homestay pula, selesai berurusan terus pekena bawal goreng garing mantap seh, memang sedap di Restoran Wan Zai Bawal Goreng, Perda. Yummy! Lengkap sambal belacan dan ulam-ulaman. Aku yang sangat gila makan, haha.

Lajak terus ke Penang untuk mencari parent aku yang baru sahaja sampai dan menginap di hotel. Mereka datang datang dengan orang Felda sebas, amekaw! Sekejap sahaja sebelum bergerak terus ke Bukit Bendera. Bagi aku dan anak-anak, ini kali pertama tetapi tidak yang tiga orang lagi tu. Mereka sudah pun sampai, mereka sudah pun merasa menaiki keretapi yang dok mendaki bukit tu. Kesian untuk aku! Macam biasalah kejakunan dan keterujaan aku memang nampak sesangat apabila semua port pun hendak pose. It 's memory, aku tidak tahu bila lagi aku akan sampai ke situ semula.

Aha, barulah boleh gambar berbicara, betapa gembiranya aku dan anak-anak, orang lain biasa-biasa sahaja. 

Jiwaku, Arrizqi yang sangat manja.

 Hatiku Adli, yang paling banyak hal, banyak ragam, banyak bercakap, bila berjalan hendak menonong sahaja. Kena angin utara, dia jadi aktif luar biasa, payah asyik hendak mengejar dia sesaja.

Cintaku, Auni. Semacam perangai sudah bertukar dengan Adli, mungkin faktor umur dan pergaulan dengan kawan-kawan di sekolah menjadikan dia seorang yang behave. Di tempat orang, dia lebih berhati-hati dan mendengar kata.

Keretapi. Syoklah!

We are sibling, aku dan adik, abi dan adiknya. Terima kasih makUsu kerana sudi menjaga trio dengan sabar. MakUsu rajin sangat. 

Family potret.

 Kami adik beradik lagi.

 Best photo of the day. Alamak! pakCu tiada dalam gambar.

 Selamat tinggal Bukit Bendera, jumpa lagi lain kali yang tidak tahu bila, hehe.

Sekian sahaja entry jalan-jalan cari kenangan 2014, jumpa lagi edisi jalan-jalan sama ada empat atau lima tahun akan datang, mujur sangatlah kalau ada, keke. Ok mari packing barang balik semula untuk balik kampung, majlis sambut menantu di Dewan Felda Sg. Sibol. Kalian pembaca bloghijau dijemput hadir.

Sorryla untuk mereka yang wordless tu, panjang pula entry aku kali ini. Satu-satunya yang setahun sekali pun belum tentu, muahaha. Minggu depan punya pun panjang juga, aku memang tidak gemar buat part-part sebab aku bukannya pengulas yang baik pun makanya aku pulun sahaja. Sekian, jumpa lagi. Daaa...

12 comments:

nad said...

Ok la dr takde kan..
Tu pun dh hepi sgt dah
Takpe tggu anak2 beso sket bleh jalan jauh2 trus :)

Moga majlis berjalan lancar.. Maaf tak dpt ke sana..

mamaarifakeemaisy said...

Ok dah tu..peluang sesekali dtg kan, harus enjoyy! :-)

Adli anak ke2 mcm akeem, sukar dikawal klu bwk bjlan..hu..

eima said...

ok la sekali berjalan jauh terus .. belah kedah nun mmg glemer bawal goreng ..pastu kuah kari ngans ambal belacan ... nyum2

Masya said...

tu dia sekali jalan jauh terus sampai penang ko... samelah merasa naik sekali jgk.. itu pun thn lepas kot.. kedua tahun sdh.. kemain kemarukk sy naik bergamboo hahahaha ....

Jue said...

bestnya dapat jalan2...
nak sweet je...

syawalsimpsons said...

best tu jalan2...walaupun sekejap kan...

Z.u.r.a and I.w.a.n said...

sekali sekala bercuti kn Cha
mmg seronok la...
dtg smpi ke Penang..itu satu peluang kn..

Irfan je blm jejak bukit bendera, wpon dia mmg stay kt png..haha...tk per one day

eh adik kamu makUsu tu cute orgnya...hehe..

Fizah said...

ku penah smp sini dulu..masa berempat....;))

ch@ said...

Sue Jemah, sisYana, kakNad:
inipun dah cukup seronok.

kakIeyna:
itula pasalnya, kena perhatikan dia lbh drpd biasa.

Eima:
btl sgt2. itula yg terhidang masa aku mkn tgh hari tu, ms kenduri pun jumpa sambal belacan. mmg cara la.

kakJue:
tak beli apa2pun, pergi bank pun tidak, haha. bkn kedekut tapi dah seronok melampau.

kakZura:
makUsu tu, adik ipar kita (mira adik kpd abi satu emak). adik kita, lelaki yg berisi tu ha, kakak kecik je.

Fizah:
untungla kamu. ini kali pertama daku kesana. kesian, kejakunan.

eija_sweetmama said...

sekali sekala berjalan terus berjalan jauh sampai ke penang..mestilah srnok.

lama dh x naik ke bukit bendera, dulu masa study dekat poly penang mmg selalu terjah bukit bendera..hehe..

Sheila Salim said...

Assalamualaikum awak. saya tak pernah sampai Penang ni.. bestnya berjalan bersama keluarga. anak2 awak semuanya comel2... suka tengok ~~~

ch@ said...

kakEija:
owh kakEija study sana ek.
panas membahang, mujur la angin pun byk.

Sheila Salim:
waalaikumussalam, sy pun baru pertama kali sampai, jarang sgt dpt jln2 camni tu yg jakun tidak terkata.