Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Maksudnya gotong-royong di sekolah Auni, dalam pada aku berfikir-fikir sambil memujuk rayu abi menyuruhnya pulang setelah 4 hari berkerja di luar daerah, memang aku mahu angkut sahaja trio ini pergi gotong-royong tu hari Ahad baru-baru ni.
MakUsu Mira sudah pun balik ke kampung kerana ada jemputan perkahwinan sepupu paling rapat dengannya pada hari Sabtu, sepupu sekampungnya pulang daripada Sabak Bernam dan singgah mengambilnya pada hari Jumaat. Makanya, aku selaku emak trio ini memulakan rutin back to normal rutin pung-pang-pung-pang, pulun berkerja.
Letih luar biasa, syukurnya malam sebelum bergotong-royong abi menyatakan dia sudah pun berada di opis, yeay! aku boleh pergi gotong-royong hanya dengan Auni. Faham sahajalah kalau hero dua lagi tu ikut, alamatnya memang apa pun tak bolehla, asyik menguruskan dorang sahaja nanti.
Pukul 8.30pagi sudah pun berada di sekolah Auni, sudah ada juga dua tiga orang yang awal dan Auni sekali lagi diserbu pertanyaan, "adik, ni kakak ke emak?" Auni terpinga-pinga dan malu. Menyorok berlari masuk kelas. Aku berbual seketika sambil menanti cikgu Auni buka pintu pagar. Pergi gotong-royong dengan Micheal Kors. Kelas tak kelas kannn...!
Auni sudah jumpa regu, makanya giliran aku menyesuaikan diri, dengar cerita sana-dengar cerita sini, sambil tangan laju dengan kerja mencabut gambar-gambar yang bergantung di dinding. Cabut semua, kelas akan bertukar wajah seketika nanti. Hendak menyampuk orang bercerita sangatla aku tidak retinya. Dorang punya cerita, memangla sangat banyak pengalamannya berbanding dengan aku. Dapat jugala aku berkenalan, dengan kakCT dan kakIna, cikguCT (cikgu cantik) dan cikguBasha (cikgu Auni) juga beberapa AJK JPTP yang lain. Selidik selongkar ye, aku memang paling muda ada anak paling ramai dikalangan ibu-ibu disitu. Cikgu Basha punya anak 5 orang, semuanya sudah besar. Aku je la yang anak masih cekonet-cekonet.
Bertahan aku buat kerja, siap mengecat, menyapu, menyusun, Auni pun bawa diri punya la rajin mengerok sampah di sekeliling sekolahnya. Seronok dia, anak orang lain gasakla punggah mainan. Aku pun jadi hairan dengan perangai dia hari tu. Baik je. Tidak juga terjerit-terpekik yang keterlaluan.
Cikgu Basha kata, Auni memang ada potensi hendak belajar, dengar setiap apa yang cikgu suruh. Kembang kejap emak yang mendengarnya. Walhal aku tidak pun bertanya tentang Auni pada masa itu, ibu lain yang bertanya tentang anaknya di sekolah. Sambil buat kerja bersembang dan makan, akula tu. Makanannya pula, memang menggoda tekak, nasi lemak, apam, karipap, roti canai. Airnya sahaja ada tiga jenis satu jug besar, saja memang hendak suruh aku berlama-lama di situ.
Cintaku, Auni.
EnWan, pengerusi JPTP.
kakIna, membalut fail untuk anak-anak.
Tengah hari, dengan muka tidak malunya aku tapau nasi lemak bawa balik, haha. Serius aku memang tidak malu, daripada terbazir macam tu, baiklah aku tapau kenyang juga yang di rumah nanti, hero ku yang bertiga itu. Aku tinggalkan mereka dan terus pulang kerana ada orang hendak datang ke rumah aku. Makanya, aku berangkat pulang bersama Auni.
Sampai rumah, macam biasalah. Baik anak, baik abinya semua mengejar emak. Sabar je la. Pengalaman pertama, aku join aktiviti sekolah Auni. AJK tu, naib setiausaha bawah cikguBasha kenala jaga reputasi, tak gittu? ihiks. Sikit je gambar, mood tiada hendak ambil gambar.
9 comments:
ok la join aktiviti gini .. klu ai mls sikit even AJK kelab waris Pra sekolah fahim asek berdoa tak de aktiviti .... ape tah diorg sesuka hati pilih haku pun tatau ... ingat aku ni berkaliber ke hape ... haprak ade la .. dr 75 ibu bapa murid boleh depa pilih aku salah sorg ajk .... gile aahhh ..hissshhhh
ajk haruslah jaga reputasikan.. untung² akhir thn dpt pg rombongan free yahooo ...
seronokkan bila rasa pengalaman mcm ni walaupun gotong royong, yg penting peluang mengenali ibu bapa yg lain.. nak jgk tahukan ibu bapa kawan² ank kt kat tadika..
Wah dh ada jawatan? Hebat :)
Beso dah auni..
auni sekarang makin bijak...
wah dapat pegang jawatan lagi...
bagus nie
baguih ni join XTVT ni
kembang dah emaknya yang dah sedia kembang kan? haha...
abinya pun ngejor ummi kekdahnya! ;P;P
Eima:
mungkin kau rajin temankan Fahim kalau ada xtvt sekolah. tu yg dorg dah cam ko. mula2 ye kot, takut2 esok lusa aku mls jg.
SueJemak, kakJue, sisYana:
rombongan free? pastu nak kena angkut dua lg tu pula, hahaa.
tak harap sgt pun, sbb masa perlantikang tu mmg takde org lain lg dah.
kakNad:
Auni blm pun 5thn lg, tapi bila cikgu kata, bdk 6thn pun masih ada yg belum kenal abc rasa mcm Auni cerdik sgt pula.
kakSal:
aha, tu la. makin lama duduk rumah kembang sekembangnya.
Fizah:
kan...? semua ngejor.
Cantik dh sekolah auni... waa cha, anak kecik pun dilantik jd ajk ye..good good... :-)
Post a Comment